innity

pages

Monday, November 21, 2011

Usap Janggut Suami Galakkan pertumbuhan telur wanita

Terus terang saya akui, selama ini saya tidak pernah menyimpan janggut. Bukan tidak suka, cuma tidak simpan. Dan saya tidak pernah pun mempertikaikan sesiapa yang menyimpan janggut kerana saya tahu itu sunnah.

Akan tetapi, misai saya meskipun kategorinya hanya jenis misai kucing, yang tumbuhnya jarang-jarang seperti anak pokok getah yang baru ditanam semula, saya simpan.

Dan kerana sayangnya saya pada misai yang jarang itu, saya boleh tidak tidur malam jika hitungan yang saya buat mendapati ia tidak cukup seurat.

Hilang seurat bukan senang mahu diganti. Jangan kata hari, minggu berganti minggu pun belum tentu tumbuh misai baru.

Mengenai janggut, saya tidak kisah sangat. Saya biasa mengandaikan kepada kawan-kawan, jika saya cukur janggut sebelum bertolak, sampai di pejabat, janggut saya sudah boleh dicekak.

Dan satu lagi andaian bida’ah, saya sering mengumpamakan wang (kononnya) dengan janggut saya. Cukur, tumbuh. Cukur lagi, tumbuh lagi. Kononnya. Akan tetapi, tidaklah pernah saya bawa janggut yang baru dicukur ke kedai untuk beli tepung atau gula. Mahu tak cukup tanah lari dikejar sambil dilaung, “orang gila! orang gila!”

Namun sejak sebulan dua lepas, setelah berulang kali mainkan klip video kumpulan rock kegilaan saya sejak remaja, Metallica, saya tiba-tiba jadi tertarik dengan penampilan penyanyi merangkap pemain gitarnya, James Hetfield.

Hetfield kini tidak lagi berambut panjang dengan misai bertaring seperti dulu. Panjang rambutnya sederhana namun sebagai rocker, itu boleh dianggap pendek. Tidak lagi bermisai, namun yang menarik, dia kini berjanggut. Lantas saya pun tiba-tiba teringin mahu berjanggut.

‘Misai kucing’ yang menjadi intan payung saya selama ini, saya cukur licin selicin-licinnya. Tanah sekangkang kera di bawah hidung itu saya sentiasa pastikan licin seperti telur, tiada lagi tunggul-tunggul gerigis.

Jangan! Jangan kata saya agungkan Hetfield, beristighfarlah! Saya sendiri pun beristighfar apabila teringat akan hal itu.

Saya cuma meniru apabila melihat dia nampak lebih segak, kemas, bersih, macho, dewasa - imej yang sepatutnya bagi ahli Kelab 40 - berbanding dulu.

Namun dalam keadaan saya sedang mendekati sesuatu yang sebenarnya adalah sunnah Rasulullah SAW, tiba-tiba saya dipertemukan dengan satu ilmu yang sangat istimewa. Yang menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik termasuk di kampung saya di Pendang, Kedah, juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

SUBHANALLAH!

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan wanita pasangannya. Itu saya tambah! Saya terpaksa sebut wanita pasangannya kerana dunia sekarang semakin cacamarba. Bimbang pula nanti ada lelaki yang mahu menjadi wanita, ketagih meraba janggut orang itu, orang ini, dengan harapan mahu jadi subur juga. Jangan! Hanya untuk wanita yang tulen sahaja.

Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.

Suami pula, apabila sudah diminta oleh isteri, simpanlah. Jangan sampai isteri terpaksa belai bulu jagung pula! Bulu jagung tiada manfaat apa-apa.

Kata Dr Jamnul Azhar lagi, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.

Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

 Saya beristighfar. Hati kini, sarat, penuh dan bulat mahu mengikut sunnah Nabi, tiada langsung bayangan James Hetfield.

Saya akan terus menyimpan janggut ini. Sama ada isteri saya masih berminat untuk menyambung produktiviti atau tidak selepas bergelar ’mak aji’, itu terserah pada dia sendiri.

Setakat ini, saya belum memikir soal. Pelan B.

Selamat mencuba ya, puan-puan! (baca dengan intonasi ala Chef Wan).

12 comments:

  1. patut lah orang PAS ramai anak

    ReplyDelete
  2. orang PKR tak ramai anak sebab masuk belakang

    ReplyDelete
  3. ANON 9:40 CAKAP BAIK2 SIKIT, JANGAN MAIN PUKUL RATA JE CKP ORANG PKR, MAIN BELAKANG TAK KIRA PARTI

    ReplyDelete
  4. Oang UMNO pun ada yang banyak anak

    ReplyDelete
  5. AKAN TETAPI ORANG UMNO SANGAT JARANG/KADANG2 JE YANG ADA JANGGUT. KENAPA YE, SETENGAH TU BUKAN TAK SUKA IKUT SUNNAH NABI TAPI TAKUT TAK DITERIMA OLEH KELOMPOK UMNO.

    UMNO SENSITIF DENGAN JANGGUT, MESTI SANGKA BUKAN2 JIKA ADA DIKALANGAN MEREKA YANG ADA JANGGUT.. KESIAN USTAZ2 UMNO.. TERPAKSA GADAI SUNNAH DEMI PUAK2 MEREKA

    ReplyDelete
  6. ada janggut panjang berjela tapi kalau doakan kehancuran sesama Islam nak buat apa?? yang bestnya doakan pula kebahagian DAP kafir yang bagi amaran langkah mayat kalau nak laksana hukum Islam

    ReplyDelete
  7. setuju!! buat malu Islam je, apa la PAS ni gilerkan kuasa sampai sanggup doakan kehancuran sesama Islam

    ReplyDelete
  8. KEPADA Anonymous November 21, 2011 10:07 AM

    "AKAN TETAPI ORANG UMNO SANGAT JARANG/KADANG2 JE YANG ADA JANGGUT. KENAPA YE, SETENGAH TU BUKAN TAK SUKA IKUT SUNNAH NABI TAPI TAKUT TAK DITERIMA OLEH KELOMPOK UMNO.

    UMNO SENSITIF DENGAN JANGGUT, MESTI SANGKA BUKAN2 JIKA ADA DIKALANGAN MEREKA YANG ADA JANGGUT.. KESIAN USTAZ2 UMNO.. TERPAKSA GADAI SUNNAH DEMI PUAK2 MEREKA"

    Tak baik kata begitu. Sebab orang UMNO dengan mudah boleh menjawab>


    "AKAN TETAPI ORANG PAS selalu ADA JANGGUT. KENAPA YE, SETENGAH TU kata je IKUT SUNNAH NABI teTAPI sebenarnya TAKUT TAK DITERIMA OLEH KELOMPOK PAS.

    PAS SENSITIF DENGAN JANGGUT, MESTI anggap yang berjanggut itu baik baik dan bertaraf ulama JIKA ADA DIKALANGAN MEREKA YANG ADA JANGGUT seperti BOB Lokman.. KESIAN USTAZ2 PAS. TERPAKSA GADAI SUNNAH DEMI PUAK2 MEREKA"

    Saudara Anonymous November 21, 2011 10:07 AM nampak tak bahawa setiap cerita ada dua sudut malahan mungkin banyak lagi? dan puak masing masing akan bercerita dari sudut mereka? dan bagaimana Iblis boleh mempergunakan sudut-sudut berbeza ini untuk memecah-belahkan orang ISlam? Bukankah artikel ini bercerita tentang keberkatan sunnah Rasulullah. Kenapa nak dikaitkan dengan UMNO pulak? dan bagi tukang post -tukang post yang lain kenapa hendak dikaitkan dengan PAS pulak artikel ini? SUdah-sudahlah orang silam semua. Hentikan lah kita menjadi agen Iblis secara kita tak sedar. Bersatulah.

    ReplyDelete
  9. UMNO pegang kuasa 50 tahun, tp tgk Islam ke mana..? kah kah kah

    UMNO, parti hipokrit, konon pertahankan Melayu, tp nama parti sendiri pun United Malays National Organization....

    terang2 jadi barua British....mmg patot doakan kemusnahan dan kehancuran UMNO serta ahli-ahlinya...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahasa org2 PAS/DAP/PKR kenapa mesti sebigini..amat sedih apabila org tu pula org ISLAM! kenapa tak nak berdakwah dgn org2 UMNO?kenapa nak bekerjasama dgn org kafir yg terang2 menolak hukum Allah..bukankah ISLAM MENUNTUT agar umat nya saling nasihat menasihati..kasih mengasihi antara satu sama lain dan bersatu?bukan kah kita bersaudara? cuba bayangkan jika Nabi Muhammad masih hidup dan berada dgn kita (LAW KANA BAINANA), adakah dia akan berkelakuan seperti org2 PAS yg mengatakan mereka parti ISLAM?mengkafirkan org laen?mendoakan akan keburukan org laen?melakukan solat jemaah 2 imam?..Masyaallah..sedarlah saudara2 ku..Marilah kita bersatu..sedarlah org kafir sedang gembira menghancurkan umat ISLAM!

      Marilah kita bersatu..Ameen..

      Delete
  10. misai kucing bagus laa bole buat ubat aper

    ReplyDelete
  11. dah masuk bab parti ni, sila renungkan parti politik adalah olahan demokrasi dan tujuan asal dibawa kepada kita adalah untuk memecah belah rakyat. bergaduh sesama sendiri padahal seagama.bila ada 2,3 puak barat boleh pilih siapa naik, siapa nak digulingkan seperti pemimpin di beberapa negara islam. bagi propaganda, fund,senjata, maka boneka barat iaitu pengikut setia sesebuah parti bertindak seperti dirancang barat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com