innity

pages

Wednesday, November 9, 2011

UMNO tidak sekat pemimpin bersuara tapi suara Ku Li yang Selalu Sumbang


KUALA LUMPUR 8 Nov. – UMNO tidak pernah menyekat mana-mana pemimpinnya di semua peringkat daripada menyuarakan pendapat tentang isu melibatkan parti kerana UMNO mengamalkan prinsip demokrasi, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, setiap hari beliau membaca dalam akhbar banyak pendapat daripada pemimpin-pemimpin UMNO yang mengulas mengenai pelbagai isu yang membuktikan tiada sekatan daripada parti.

"Tiada satu pun pekeliling yang dikeluarkan kepada mana-mana pemimpin Umno baik di peringkat negeri, bahagian atau individu mengatakan mulut mereka terkunci dan tertutup sepanjang masa. Kadang-kadang mereka bercakap lebih daripada yang sepatutnya pun,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog terbuka dengan 50 graduan yang terpilih untuk menyertai program Teach For Malaysia di sini hari ini.

Muhyiddin mengulas kenyataan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini yang mendakwa kononnya dalam UMNO sudah tiada peluang untuk bersuara, dan jika mahu bercakap pada perhimpunan agung pun, individu itu perlu mendapatkan kelulusan pihak atasan.

Pada 22 Julai lepas, Tengku Razaleigh melancarkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) dengan beliau sebagai presidennya, sebagai “platform untuk menyuarakan pendapat secara lebih meluas”.

1 comment:

  1. Sebenarnya dalam Umno tiada sekatan untuk bersuara .Malah Suara dan semua pendapat dihargai cuma untuk ke KU LI dia memang selamanya Sumbang dan jelas nampak sisa sisa "angan" untuk menjadi PM . KU LI sebenarnya dah tak relevan pun dengan Politik semasa . Kalau pun masih ada cuma berbaki di Gua Musang.Cukup lah tu ..Orang Tua macam KU Li ..eloklah berehat dan kita sebagai generasi baru mengenang beliau sebagai bekas Menteri Kewangan . sebab kalau nak bincang pasal kesilapan KU Li ..terlalu banyak...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com