innity

pages

Tuesday, November 15, 2011

Tuduhan KR1M: Tony Pua, pegi sekolah dulu - Mydin


Pengendali  Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Mydin, hari ini menangkis sebahagian besar tohmahan, khususnya daripada ketua antagonis, Tony Pua - bahawa produk 1Malaysia dijual pada harga lebih tinggi manakala kualitinya pula adalah rendah.

NONEPada sidang akhbar yang diadakan khas di gudangnya di Kelana Jaya, petang ini, pengarah urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin yang diiringi beberapa pembekal barangan yang didakwa kualitinya mencurigakan itu, membekalkan beberapa laporan makmal bagi menguatkan hujah mereka.

Katanya, hanya satu daripada 10 dakwaan yang dibuat oleh ahli parlimen DAP dari Petaling Jaya Utara, Ton Pua dianggap sah, iaitu berkenaan sos tiram syarikat tersebut.

Justeru, katanya, Pua berlaku tidak adil kepada pembekalnya dan menggunakan taktik kotor.

NONEDakwa Ameer lagi, dakwaan Pua juga tidak berasas dan “separuh benar” kerana beliau membandingkan produk yang salah dan berlainan kualiti serta kategori dengan memetik undang-undang yang salah.

"Sebelum tuduh orang lain, belajar dulu atau pergi ke sekolah ... sebelum kata sesuatu,” bidasnya terhadap Pua yang lulusan Oxford itu.

1 comment:

  1. mertua aku beli sabun basuh pinggan cap 1malaysia ni, tak berbuih pun.kena tuang nak abis sebotol baru ada buih. beli tepong buat cekodok, cekodok keras cam batu padahal resepi yg sama utk buat cekodok guna tepung gandum cap kunci

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com