innity

pages

Monday, November 21, 2011

Tidak Bubar DUN Serentak Parlimen, Pembangkang BAZIRKAN Wang Rakyat


KUALA LUMPUR: MCA mencabar kerajaan negeri PKR-DAP-PAS untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Pemudanya Datuk Dr Wee Ka Siong.
Beliau berkata pakatan pembangkang sebenarnya tidak bersedia menghadapi Barisan Nasional (BN) dan cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum.

"Adakah anda semua bersedia menghadapi Barisan Nasional pada pilihan raya negeri? Keengganan anda berbuat demikian menunjukkan anda sama ada tidak bersedia untuk menghadapi BN dan anda telah gagal memenuhi janji-janji pilihan raya.

"Dengan demikian, anda tahu bahawa anda tidak dapat bertanding dalam pilihan raya serentak," kata beliau dalam kenyataan di sini.

Katanya jika kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor sesungguhnya bersedia menghadapi calon BN dan Bebas dalam pilihan raya, mereka tidak payah mempolitikkan untuk menangguhkan pilihan raya negeri sebagai taktik terhadap lawannya.

"Penangguhan akan membazirkan wang pembayar cukai dan menyebabkan kesulitan penyediaan logistik," kata Wee sambil menambah bahawa ia akan juga mengambil masa dengan penyediaan logistik oleh Suruhanjaya Pilihan, anggota keselamatan dan parti politik dan calon.

Selain itu, parti-parti politik dan calon akan menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk berkempen di mana sumber-sumber itu lebih baik digunakan untuk membantu rakyat.

"Bagi mereka yang bekerja, belajar atau tinggal di luar negeri atau negara, mereka terpaksa pulang dua kali untuk mengundi di kawasan pilihan raya mereka.

"Dengan itu, jika kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor tidak hiraukan wang pembayar cukai, sekurang-kurangnya pertimbangkan individu yang terpaksa datang dari jauh dua kali yang melibatkan kos pengangkutan tambahan hanya untuk pergi mengundi," kata Wee

4 comments:

  1. pembangkang memang pandai cakap je

    KALAU KENA KAT DIAORANG MCM2 ALASAN

    ReplyDelete
  2. kalau x nak membazirkan wang rakyat....wat pilihanraya di penghujung penggal pemerintahan....

    ReplyDelete
  3. membazir wang rakyat?????
    geli hati gua.
    kah... kah... kah...
    kah... kah... kah...
    kah... kah... kah...
    selama ni, bn/umno jimat wang rakyat ke?

    ReplyDelete
  4. Kerajaan kena tunggu Negeri PR bubar dun dulu...baru BN Bubar dun dan Parliment...selagi depa tak bubar selagi tu la BN memerintah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com