innity

pages

Tuesday, November 8, 2011

Seksualiti Merdeka berhak meluahkan - Anwar Ibrahim


Kuala Lumpur, Nov. 8 - Akhirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasmi dan terang-terangan menyuarakan pandangan beliau terhadap Seksualiti Merdeka.

Beliau menyatakan Seksualiti Merdeka mempunyai hak untuk meluahkan kehendak mereka. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna PKR menyokong gerakan tersebut.

"Menyokong atau tidak, bukanlah satu isu di sini,  isunya adalah kamu serang mereka. Itu perkara lain. Tak boleh kah kita bercakap tentang perkara itu dalam negara ini? soal Anwar kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Anwar turut menyalahkan media yang dikawal UMNO yang cuba menjatuhkan imej Pengerusi Bersih Datuk Ambiga yang bersetuju untuk merasmikan Seksualiti Merdeka dan menyatakan itu semua adalah bermotifkan politik.

Apa yang pasti, penjelasan Anwar ini telah merungkai segala persoalan sebelum ini sama ada beliau menyokong Seksualiti Merdeka atau tidak.

Jadi jelaslah kepada seluruh rakyat Malaysia, Anwar penyokong Seksualiti Merdeka dan penyokong Ambiga.

Apa kata PAS dalam soal ini?

Kalau PAS betul-betul anak jantan, tegurlah Anwar yang telah terpesong atau putuskan hubungan dengan PKR.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com