innity

pages

Wednesday, November 23, 2011

Program Batal: Timbalan Menteri KPT Akur Keputusan UIAM


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah akur dengan keputusan pihak pengurusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) apabila membatalkan program yang sepatutnya beliau hadiri di kampus universiti itu di Gombak pada malam Isnin.

Sambil melahirkan rasa terkejut ekoran pembatalan program yang dianjurkan oleh persatuan pelajar undang-undang universiti berkenaan, Saifuddin berkata beliau tidak akan memanjangkan isu berkenaan walaupun ianya dianjurkan hanya untuk membincangkan mengenai buku terbaru tulisannya.

"Saya agak terkejut sebab ini kali pertama dalam sejarah saya, saya dijemput ke kampus, tapi akhirnya program itu dibatalkan.

"Memang hasrat untuk berdialog biasa mengenai e-book saya. Tapi saya mengambil sikap (akur) kerana itu keputusan universiti," katanya di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Beliau mengulas mengenai keputusan UIA membatalkan program dialog mengenai buku bertajuk 'Kalau Saya Mahasiswa' yang ditulisnya pada 2009.

Saifuddin turut mengakui bahawa jemputan untuk menghadiri program yang dijadual berlangsung pada pukul 8.15 malam Isnin diterimanya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (sms) oleh penganjur.

Menurut Saifuddin beliau dimaklumkan mengenai pembatalan itu melalui pegawainya yang membuat tinjauan ke universiti itu pada sebelah petang.

"Maklumat itu dapat daripada Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood dalam perbualan dengan pegawai saya. Dr Nik Ahmad maklumkan bahawa beliau mendapat arahan daripada Rektor, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin.

"Alasan yang diberikan ialah kerana sekarang ini isu AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) sedang hangat diperkatakan," katanya sambil memaklumkan bahawa maklumat itu diperolehi kira-kira pukul 4 petang Isnin.

5 comments:

  1. kdg2 aku kesian tgk Datuk Saifuddin

    Dilakukan sedemian rupa oleh IPTA yang sepatutnya dibawah kawalan beliau selaku Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

    Tapi aku percaya ini arahan dari atas yang mengatasi kuasa beliau

    Aku rasa eloklah Datuk Saifuddin slow kan sikit pergerakan dalam AUKU dan sokong mhasiswa berpolitik

    Aku nasihat secara jujur, Datuk... tolong lah cari isu/subject yang lain yang boleh menyokong kerjaya politik Datuk seperti beri idea bagaimana sektor pengajian tinggi Malaysia berperanan dalam menjana ekonomi negara, bagaimana pengajian tinggi berperanan sebagai pencetus keamanan dunia, peneraju kepada teknologi hijau, climate change, dll

    Kalau Datuk boleh berperanan sebagai PEMIKIR dalam hal2 sedemikian Datuk akan dilihat sebagai seorang Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang hebat.

    Cukup2 lah pasal AUKU, nak join sekali skala ok lah tapi tak payah la jadi main actor

    Nasihat sy jujur demi kebaikan bersama

    ReplyDelete
  2. AKU SOKONG PANDANGAN TU, DATUK BOLEH JADI LEBIH HEBAT

    BIAR BUDAK2 MAHASISWA YANG PERJUANGKAN APA YANG MEREKA NAK, BUKAN DTG DARI ORG LUAR

    INI LAH UJIAN UTK MEREKA UNTUK DILIHAT KEMAMPUAN MEMPERJUANGKAN APA YANG MEREKA NAK

    KALAU DATANG DARI ORANG MCM DATUK, DAH TADA KEASLIANNYA PERJUANGAN ITU

    ReplyDelete
  3. Kalau susahx2 sangat, dan konflik dengan pendirian Dato', Mungkin Dato' boleh tinjaux2 peluang di PR.... kena menyeberang kutt?

    ReplyDelete
  4. Kalau timbalan menteri sendiri NC langsung tidak hormat kabel mesti bebetul kuat
    tapi betul gak lalang kengkadang tersangat kuat kena pakai racun sesemic...

    ReplyDelete
  5. Sememangnya ada asasnya utk membatalkan program tersebut sebab AUKU masih lagi dipertimbangkan rayuannya oleh KPT. UIA perlu akur dengan dasar KPT itu sendiri dan dalam hal ini, Dato Seri Khalid Nordin Menteri KPT sendiri berpandangan bahawa AUKU dan seksyen 15 nya masih relevan dan diperlukan bagi menjamin keharmonian warga kampus agar bebas dari dijadikan ejen atau talibarut parti-parti poltik bagi tujuan kepentingan mereka dan jika dibenarkan akan memecahbelahkan perpaduan warga kampus dan universti itu sendiri sebagai tempat pengajian bukannya tempat berpolitik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com