innity

pages

Monday, November 28, 2011

Anwar Akui PKR Dipenuhi Pengkhianat dan Lumayan (Kaya)


Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran kepada "pengkhianat" dalam parti yang perlu dibersihkan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Katanya, langkah itu penting memandangkan pilihan raya umum ke-13 merupakan penentu kepada PKR dan juga lanskap politik negara.

Anwar bagaimanapun mengakui bahawa tindakan seorang demi seorang wakil rakyatnya yang berpaling tadah sebelum ini merupakan kesilapannya sendiri kerana salah memilih calon.

Dalam pada itu, beliau turut memberi amaran kepada anggota jentera partinya yang kelihatan terlalu "lumayan" selepas memenangi pilihan raya 2008.

"Saya setuju, ada percubaan untuk meronyeh dan merosak cita-cita ini. Ada ahli majlis nampak terlalu lumayan. Ini buka ruang untuk kita tegur.

"Saya beri ingatan, setuju dengan lontaran setiausaha agung, jangan andaikan kerana mahu ke Putrajaya kita sanggup bertolak ansur di kalangan jentera," katanya lagi.

Malah, beliau turut memberi amaran untuk tidak memberi peluang lagi kepada "orang yang tak layak" dan yang tidak menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

8 comments:

  1. Anwar lah pengkhianat sebenar negara, pergi burukkan negara di Indonesia

    Dah biasa jagi pengkhianat, tu yang tuduh wakil rakyat dia pun pengkhianat

    PKR MEMANG PENGKHIANAT NEGARA DAN ORANG MELAYU

    ReplyDelete
  2. kalau dah ngaku pengkhianat elok lah

    mansuh le cepat2 PKR... korang memang pengkhianat negara

    ReplyDelete
  3. Burukkan negara dan burukkan dasar negara adalah dua perkara yang berbeza. Sesiapapun berhak atas dasar demokrasi untuk mengkritik dasar negara yang buruk.

    Orang yang memburukkan negara ialah yang sentiasa membuat dasar yang buruk, yang menyebabkan negara luar memandangkan rendah kepada kita.

    Atas dasar demokrasi ini juga kita berhak unuk kritik pemimpin (kerajaan dan pembangkan) jika mereka gagal.

    Yong tak setuju Anwar pengkhianat. Yang memberi KP palsu pada PATI itu pengkhianat! Tapi Yong setuju dalam PKR memang ramai pengkhianat.

    ReplyDelete
  4. lebih khianat kalau jual mykad untuk pertahanakan kuasa...kah kah kah

    anda kenal Mubarak..? anda kenal Gaddafi..? kalau kenal bagusla...

    jangan lah bagi sejarah Middle east berulang kembali kat malaysia..nothing can stop people's power....its a reality...

    ReplyDelete
  5. PKR kena berhatix dengan Ketua Cabang Padang Rengas ALIAS BIN ZENON.Mamat ini jangan sekalix
    dijadikan calon.Mamat inilah jenis muka yang akan menjahanamkan PKR.Bernaung bawah PKR,bercakap mengenai keadilan untuk rakyat tapi menganiaya pekerjanya senderi.Don't talk about JUSTICE if this S.O.B is still a candidate in next GE!!!
    Kes mamat ini dalam siasatan Pejabat Buruh.

    ReplyDelete
  6. Pasal Alias bin Zenon tu e-mel je kat Anwar

    ReplyDelete
  7. DALAM PKR BUKAN ALIAS ZENON JE, BERTIMBUN2 LAGI PENJAHAT DAN PENGKHIANAT NEGARA

    INGAT MEREKA TU LEBIH BAIK DARI UMNO KE?? SORI LAH

    LEBIH BAIK SOKONG UMNO DARIPADA DIORANG PKR YANG DOK DAHAGAKAN KUASA DAN WANG RINGGIT

    ORANG MCM NI KALAU BAGI KUASA, HANCUR NEGARA

    KALAU NAK KRITIK DASAR NEGARA PUN BUAT APA PEGI INDONESIA?? BODOH LAH YANG BG KOMEN TU

    ORANG INDONESIA TU NGUNDI KAT MALAYSIA KE?

    TU TAK LAIN TAK BUKAN PERANGAI JAHAT DAN PENGKHIANAT KEPADA NEGARA SENDIRI

    ORANG MCM NI LAH YANG BUKA PINTU PAGAR MASA PORTUGIS SERANG MELAKA

    GUNTING DALAM LIPATAN.. YANG PENTING MEREKA DAPAT KUASA DAN WANG RINGGIT

    NEGARA HANCUR PUN TAK APA

    ReplyDelete
  8. Bagi aku PKR DAP PAS adalah perosak negara ini.Fullstop...fahamkan saja..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com