innity

pages

Sunday, November 27, 2011

PENTING UTK KAKITANGAN AWAM - Saraan Baru Perkhidmatan Awam


Tidak lama lagi akan dikeluarkan Pekeliling rasmi JPA mengenai SBPA, boleh baca sedikit petikan yang diambil dari laman web JPA di bawah.

“Pemakluman Awal Penempatan Dan Hebahan Serentak Pekeliling SBPA Di Portal/Laman Web JPA, MAMPU Dan Semua Kementerian

Sukacita dimaklumkan bahawa Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditempatkan dan dihebahkan secara serentak menerusi portal/laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MAMPU dan semua kementerian apabila tiba masanya nanti.

Semua penjawat awam adalah dinasihatkan untuk mengutamakan capaian terus ke portal/laman web kementerian masing-masing bagi memastikan proses hebahan Pekeliling SBPA ini berjalan dengan lebih lancar dan berkesan”.Sumber -JPA


Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan keluar tidak lama lagi, iaitu kemungkinan pada 1 Disember 2011.

Dari apa yang dikatakan Ketua Setiausaha Negara, pelbagai pekara baru akan diwujudkan dalam skim SBPA ini, antaranya:


1. “Exit Policy”
Mana-mana kakitangan kerajaan yang di nilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan di sarankan supaya berhenti

Apa itu “exit policy”?-lihat contoh.

Prosedur Siasatan Berhubunq KerugianYanq Disebabkan Oleh Hutang Dan Tunggakan Hasil yang Tidak Boleh Didapatkan

Melainkan Pegawai Pengawal telah diwakilkan kuasa oleh Menter Kewangan atau Menteri Besar atau Ketua Menteri untuk membiarkan hutang atau tunggakan hasil yang tidak boleh didapatkan , Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan laporan mengenai hutang amaun hasil yang tidak boleh didapatkan dan hendak dibiarkan yang mengandungi maklumat seperti di Lampiran L.

Laporan tersebut hendaklah dikemukakan melalui pegawai Pengawal kepada Ketua Setiausaha perbendaharaan atau Pihak Berkuasa Kewangan Negeri,mengikut mana yang berkenaan, dengan salinan kepada Ketua Audit Negara atau wakil tempatannya,Akauntan Negara dan Akauntan Negeri/Bendahari Negeri

2. Pengredan semula jawatan

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar)
i. Premier
ii. Jusa
iii. Pengurusan Tinggi
iv. Pengurusan dan Profesional
v. Pelaksana

Gred Premier dan Pelaksana adalah gred baru yang di wujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang di gred semula mengikut keperluan organisasi. Ini bermaksudnya jika diambil gred bawah sekali; Pelaksana, seseorang yang pada masa ini hanya bertugas sebagai Pemandu sebagai contoh, perlu menambah kemahiran lain juga.

3. Penilaian Markah Penjawat Awam

Markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam, secara kasar akan di nilai seperti berikut:
a. Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
b. Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
c. Markah 75 % – tiada kenaikan
d. Markah 70 % – di syorkan tamat perkhidmatan

4. Struktur Gaji Baru

Mengikut formula yang di kaji oleh JPA, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula dari KSN adalah seperti berikut:

KSN – 50k
Premier – 40k
Jusa C – 12k
Pengurusan & Profesional – 6k
Pelaksana – 3k

Apa pun, kita tengok 1 Disember (kemungkinan) nanti bila pekeliling baru akan keluar bersama borang opsyen….pentingnya borang opsyen ni, sekiranya penjawat awam terima, mulai 1 Januari 2012, kerja akan di nilai spt di atas, dan hanya pencen wajib pada umur 60 tahun…

sekiranya tak nak terima opsyen ini, akan di minta berhenti…….ye ke?

2 comments:

  1. SAUDARA CG
    SAYA BOLEH SETUJU DENGAN SEMUA YG DINYATAKAN DI ATAS. SATU SAHAJA YG SAYA RASA PERLU DIELAKKAN:

    SEKIRANYA CARA PENILAIAN KAKITANGAN AWAM KEMBALI KEPADA CARA SSB ATAU MIRIP SSB MAKA SAYA JAMIN PERKHIDMATAN AWAM AKAN ROSAK BUAT KALI KEDUA. DALAM SSB KONONNYA MEREKA YG KERJA KUAT AKAN MENDAPAT GANJARAN YG LEBIH. SOALANNYA APAKAH KAYU UKUR "KERJA KUAT"? TIADA KAYU UKUR. MAKA, TERPULANGLAH KEPADA KETUA JABATAN UNTUK MENILAI KAKITANGANNYA SESUKA HATI. YA SESUKA HATI.

    BARANG DIINGAT BUKAN SEMUA KETUA JABATAN BETUL PERJALANANNYA. KALAU DI SEKOLAH TANYALAH KEPADA SEBAHAGIAN GURU, APA JAWAPANNYA!

    MINTA DIJAUHKAN ALLAH APA YG SAYA SEBUTKAN DI ATAS, KERANA MASALAH ITU MEROSAKKAN SELURUH ORGANISASI DI NEGARA MALAYSIA TERCINTA INI.AMIN.

    ReplyDelete
  2. setuju dgn komen di atas, ia juga menggalakkan kaki kipas... owh x sanggup

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com