innity

pages

Sunday, November 13, 2011

Pemuda UMNO diserang dengan kayu oleh Penyokong PAS

Jamil Hussain cedera akibat dipukul di Pasir Gudang, Johor, malam semalam.
JOHOR BAHRU 12 Nov. - Seorang ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang mendakwa cedera di kepala akibat diserang dengan kayu ketika membantah ceramah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dekat sini malam tadi.

Kejadian itu berlaku ketika sekumpulan wakil Pemuda UMNO mendekati lokasi ceramah di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Perjiranan 9, Taman Air Biru sebelum dijemput untuk berdebat selama 10 minit.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad mendakwa, pelawaan itu dibuat sendiri oleh Mohamad atau Mat Sabu, malah pemimpin Pas itu memberi jaminan kawalan keselamatan terhadap kumpulan tersebut.

"Kami diyakinkan bahawa Unit Amal Pas akan menjamin keselamatan kami. Malangnya penyokong yang hadir tidak patuh pada arahan pemimpin mereka agar ceramah itu diadakan secara aman, lalu mereka menyerang kami," katanya ketika ditemui malam tadi.

Rohazam berkata, berikutan serangan itu, ahli Pemuda UMNO, Jamil Hussain, 38, terpaksa menerima empat jahitan akibat luka di kepala selepas timbul kekecohan akibat tindakan agresif segelintir penyokong pembangkang berkenaan.

Dalam pada itu, Rohazam mengucapkan terima kasih kepada polis yang berjaya mengawal keadaan dengan cepat dan mengelak daripada keadaan menjadi bertambah buruk.

Kehadiran Mat Sabu Ke Johor Punca Gaduh

JOHOR BAHRU 12 Nov. - Kehadiran Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di Pasir Gudang malam tadi sehingga menimbulkan pergaduhaan amat dikesali dan beliau dianggap tidak sepatutnya datang ke negeri ini kerana rakyat Johor masih marah dengan kenyataannya.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kedatangan Mohamad atau Mat Sabu tidak dialu-alukan apatah lagi dalam situasi politik masa kini yang panas dengan pelbagai isu terutamanya kontroversi yang dicetuskan oleh pemimpin kanan Pas itu.

"Saya kecewa dan ini tidak sepatutnya berlaku. Mereka harus faham suhu politik sekarang tengah naik dan ditambah lagi dengan fitnah dan tohmahan yang dilemparkannya (dalam ceramah).

"Apabila pihak (yang tidak menyokong Mat Sabu) mendengar putar-belit dan tuduhan, sudah tentu akan menimbulkan perkara yang tidak diingini," katanya ketika ditanya mengenai kekecohan semasa ceramah Mat Sabu di Pasir Gudang, malam tadi.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Pengajian Tinggi ditemui selepas merasmikan Program Kem Kesihatan dan Hari Bersama Pakar dan Pelajar Universiti Putra Malaysia di Rumah Pangsa Seri Alam, Pasir Gudang, dekat sini hari ini.

Kira-kira 50 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pasir Gudang berhimpun membantah kehadiran Mat Sabu semasa berceramah di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Perjiranan 9, Taman Air Biru, Pasir Gudang, malam tadi.

Bantahan itu menyebabkan kumpulan NGO tersebut dan para penyokong Mat Sabu bergaduh sehingga menyebabkan seorang cedera di kepala dan seorang lagi pengsan.

Mereka yang cedera itu adalah penyokong kumpulan NGO tersebut. Bagaimanapun kekecohan tersebut dapat dikawal dengan kehadiran kira-kira 150 anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Mohamed Khaled berharap pada masa akan datang pihak berkaitan menimbang dengan lebih terperinci untuk meluluskan permit Mat Sabu berceramah apabila melibatkan sesebuah kawasan panas.

Mengenai dakwaan Mat Sabu dalam ceramahnya bahawa pembangkang mampu menawan Pasir Gudang pada pilihan raya umum akan datang, beliau berkata, kenyataan itu hanya propaganda pemimpin Pas tersebut.

"Kita tidak hairan kerana ini bukan kali pertama dia berkata demikian. Ini propaganda dan dia akan cakap apa sahaja untuk mencapai matlamat mereka," katanya.

4 comments:

  1. Untuk pengetahuan hanya ahlix mereka yang bengong,keturunan LEMBU,senang ditipu,benggap,
    bodoh,bahalul,biul,tiga suku,mereng,otak letak kat
    kepala lutut dan sespesis dengannya yang menyokong
    pemimpinx UMNOYAHUDI yang jelas sama taraf dengan
    ahlix yang menyokong mereka!!!Ini adalah kenyataan
    yang disuarakan oleh bekasx ahlix UMNO yang keluar
    parti dan juga pemimpinx bawahan.Perenggan terakhir itu untuk menyedapkan hati AP Pasir Gudang itu sendiri.

    ReplyDelete
  2. Fitnah lagi! den sikit tak caya, pas wat kje camni. Saja nak uji telahan.

    ReplyDelete
  3. Gomen kena kawal puak2 paspispus ni untuk berkempen di Johor...bukan setakat pukul malah mungkin lebih dari itu depa sanggup buat di negeri Johor...paling senang tengok saja pemimpin mereka...Mat Sabu tu dah le bapak penipu...bini member pun dia sanggup main.,Polis pun dia kutuk, komunis di agongkan2, buat fitnah sana sini, macam ini ke pemimpin parti yg nak di pilih olih rakyat Johor ????

    ReplyDelete
  4. kerani tmpt kwn bwat kereta sndri ckp ceramah tu x patut diadakan sbb mmg mendatangkan kekecohan dan intipati ape yg disampaikan oleh penceramah sepatutnye x patut utk disebut...kerani bengkel tu bkn seorg yg berpolitilk..cuma dia nak hidup dalam aman dan damai serta tenteram tanpa ad kekecohan politik yang ad skrang ni yg menyebabkan dia rasa baik dia buat undi rosak dari menyokong salah satu pihak...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com