innity

pages

Thursday, November 17, 2011

Pelik Tapi Benar: Guan Eng Minta Beri Peluang Kedua Kepada Tsu Koon


KUALA LUMPUR: Dalam nada dan kenyataan yang agak pelik tetapi benar, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berpendapat, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon perlu diberi peluang kedua bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bagi menebus kekalahannya pada pilihan raya yang lalu.

Sambil menyatakan rasa simpatinya kepada presiden Gerakan itu, Guan Engberkata, Tsu Koon seharusnya dibenarkan bertanding memandangkan beliaujuga kini merupakan seorang menteri kabinet.

"Saya rasa simpati kepada beliau, sepatutnya beliau diberi peluangbertanding lagi. Kalah dan menang dalam pertandingan adalah perkara biasa.

"Kalau kali kedua pun kalah lagi, tak mengapalah. Lepas itu kalau mahubersara dalam politik pun tidak mengapa," katanya di lobi Parlimen disini, Khamis.

Guan Eng mengulas mengenai pengumuman Tsu Koon yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berhubung keputusannya untuk tidak bertanding dalam PRU-13 nanti sama ada di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ataupunParlimen demi menyelamatkan Gerakan dan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun Tsu Koon akan terus berada dalam politik termasuk mengetuai Gerakan, BN Pulau Pinang dan kedudukannya sebagai naib pengerusi BN Pusat.

Pada PRU-12, Tsu Koon yang juga bekas ketua menteri Pulau Pinang tewas dikerusi Parlimen Batu Kawan kepada calon DAP.

Mengulas lanjut, Guan Eng yang kini mengambil alih tempat Tsu Koon di Pulau Pinang mendakwa keputusan untuk tidak bertanding itu bukan kehendak peribadi Tsu Koon sebaliknya dibuat selepas menerima tekanan daripada parti-parti komponen BN.

"Perkara ini merupakan tekanan terhadap beliau oleh BN terutamanyamedia yang dikawal Umno dan MCA.
"Saya simpati dengan layanan yang diterima beliau. Jelas sekali keputusan itu merupakan misi berjaya bagi Umno yang tidak mahu beliau terus bertanding.

"Sebagai menteri dan presiden sebuah parti komponen, sudah pasti beliau nak bertanding lagi," katanya.
Sementara itu ditanya mengenai kesan pengunduran Tsu Koon dalam pilihan rayananti kepada kedudukan DAP di Pulau Pinang, Guan Eng berkata: "Setiap pilihan raya adalah sukar. Tak kisah sama ada Dr Koh Tsu Koon bertanding atau tidak.

"Kesukarannya ialah bagaimana kita nak yakinkan rakyat dan buktikanbahawa kita boleh berkhidmat."

2 comments:

  1. bangkali senang skit DAP serang dan menang

    ReplyDelete
  2. hahahahaha.... mmg xboleh pakai punya cina... nak malukan Bn ah tu masa PRU13... dah tahu org ramai xsuka Tsu koon buat ape nak biarkan dia btanding... setakat nak menang mudah ah tu hahahah... taktik lama ah LGE....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com