innity

pages

Sunday, November 20, 2011

Parlimen Mahasiswa USM TOLAK Pinda Sek.15 AUKU, Tamparan Utk Saifuddin dan Khairy

Kuala Lumpur, 19 Nov, Parlimen Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) yang bersidang hari ini menolak cadangan meminda atau memansuhkan AUKU terutamanya Seksyen 15 akta tersebut.

Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajarnya, Muhammad Idzuan Jamalludin berkata,, penolakan itu mendapat sokongan majoriti 58 ahli dewan yang mewakili pelajar di ketiga-tiga kampus USM iaitu dua di Pulau Pinang dan satu Kota Bharu, Kelantan.

"Isu AUKU ini menjadi perkara utama yang dibahaskan dalam persidangan hari ini dan setelah beberapa perwakilan memberikan hujah mereka, kami sepakat untuk menolak tuntutan yang mahukan akta ini dimansuhkan atau dipinda."

"Selain itu kami juga menetapkan pendirian untuk menyokong agar Seksyen 15 akta berkenaan turut dikekalkan" katanya.

Sebelum ini, pelbagai pihak mengeluarkan kenyataan berhubung AUKU sehingga ada yang mengesa kerajaan meminda Seskyen 15 AUKU bagi membolehkan pelajar berpolitik.

Pejabat operasi Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (MPP UIA) pernah disimbah cat merah, 
Perkataan ‘f*ck’ dan ‘babi’ turut disembur dengan spray di dinding
Beliau menambah "Pemansuhan itu merupakan kehendah minoriti dan bukan kehendak majoriti mahasiswa kerana kami tidak mahu ekosistem universiti tercemar. Dengan pengekalan akta ini terutama Seksyen 15, keharmonian warga universiti akan dapat dikekalkan" ujarnya.

Semua pihak termasuk Pihak Pembangkang, Khairy Jamaluddin dan Datuk Saifuddin (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) yang bersungguh-sungguh mahu Seksyen 15 AUKU dimansuhkan bagi membenarkan mahasiswa berpolitik sepatutnya berlapang hati menerima keputusan Parlimen USM ini.

Mahasiswa yang ada pada hari ini mampu menyuarakan pandangan mereka sendiri, jadi tidak perlu sesiapa pun cuba menjadi juara kononnya mewakili suara mahasiswa.

Majoriti mahasiswa menolak pemansuhan Seksyen 15 AUKU. Majoriti mahasiswa tidak mahu parti politik merosakkan keharmonian dan suasana kondusif pembelajaran di universiti. Kumpulan minoriti sepatutnya menghormati keputusan ini. Hormati demokrasi. Usah pertikaikan lagi, Nokhtah.

4 comments:

  1. kalau Saifuddin kata golongan minoriti yg nk politik patut dilayan sama dgn majoriti menunjukkn seolah2 beliau buta demokrasi.

    Kalu nk ikut kehendak suma org, dh tada lh demokrasi, huru hara lh negara, kena buat akta ikut kehendak suma.

    apa la saifuddin

    ReplyDelete
  2. Ada juga pensyarah undang-undang yang tidak faham auku dan minta auku dimansuhkan. Dengan adanya seksyen 15 AUKU, warga mahasiswa dapat kekalkan barisan dalam satu barisan berdiri teguh tanpa adanya sikap partisan dan politik untuk memecahkan sesama mereka.

    ReplyDelete
  3. Yang nak berpolitik sangat adalah anak2 Melayu yang telah dipesongkan oleh Ketua Umum PKR supaya jadi macam dia. Belajar tak seberapa buat huru hara yang lebih.

    Habislah anak2 Melayu jarum DAP dah mengena. Berapa ramai bangsa lain yang buat huru hara dijalanan.

    Cuba banci, berapa peratus. Takkan Timbalan Menteri tak tau atau buat2 tak tau.

    ReplyDelete
  4. merah saga..banci dulu sblum merdeka bukan melayu ke majoriti buat huru hara?
    dengan huru hara itu lah kita dapat bangun dari tido..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com