innity

pages

Saturday, November 26, 2011

Pakatan TIDAK SOKONG PM untuk Melayu Sahaja


Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan menyokong usaha untuk meminda perlembagaan bagi bagi membolehkan orang Melayu sahaja dilantik perdana menteri.

Ketua umum PKR menjelaskan, perkara itu juga bukan pendirian Ketua Pemudanya Shamsul Iskandar Md Akin, PKR mahupun daripada Pakatan.

"Kita tidak akan sokong. Pendirian kita ialah kekal peruntukan perlembagaan yang ada. Kita cabar Umno sebab dia bicara soal Melayu sahaja. Tapi itu pun kita pertikai, (Umno bicara) bukan Melayu bawahan, (tapi) Melayu atasan.

Anwar bagaimanapun menyokong cabaran yang dibuat Shamsul kepada Umno kerana parti itu didakwa "hanya bicara soal Melayu".

"Oleh kerana Umno hanya bicara soal Melayu, jadi (PKR) cabar Umno untuk pinda kalau sanggup," katanya dalam sidang media selepas ucapan dasar presiden di kongres nasional kelapan parti itu di Johor Bahru hari ini.

Tambahnya, dalam ucapan berkenaan Shamsul Iskandar telah menjelaskan berhubung perlembagaan dan prinsip keadilan dalam cabaran berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com