innity

pages

Friday, November 25, 2011

Naib Presiden SPDP dipecat

KUCHING 25 Nov. - Naib Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP), Datuk Sylvester Entri dipecat daripada parti itu hari ini kerana kesalahan menentang parti, demikian diumumkan oleh Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan.

Beliau adalah juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Marudi.

Datuk Sylvester Entri
Empat pemimpin yang menyokong beliau terdiri naib presiden kanan dan Adun kawasan Tasik Biru, Datuk Peter Nansian, naib presiden dan Ahli Parlimen Mas Gading, Datuk Dr. Tiki Lafe, ketua penerangan yang juga ADUN Batu Danau, Paulus Palu Gumbang, dan anggota majlis tertinggi parti dan ADUN kawasan Bekenu, Rosey Yunus, dianggap tidak lagi memegang jawatan parti.

"Hari ini merupakan hari paling sedih dalam kerjaya politik saya. Selepas melalui proses dan perbincangan dengan Majlis Tertinggi, saya dengan rasa sedih, mengumumkan bahawa Entri bukan lagi anggota SPDP berkuat kuasa serta merta,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi SPDP selama jam di ibu pejabat parti di sini hari ini.

Mesyuarat itu juga menetapkan bahawa Tiki tidak akan dicalonkan semula untuk bertanding di Mas Gading kerana beliau bukan daripada kalangan “calon boleh menang”, kata Mawan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com