innity

pages

Thursday, November 10, 2011

Mansuh AUKU Atau Tidak, Terpulang Kepada Pelajar - Muhyiddin


PUTRAJAYA: Sama ada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 akan dimansuhkan atau tidak, terletak di tangan mahasiswa sama ada mereka bersedia untuk berhadapan sekiranya ia benar-benar dimansuhkan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Persoalannya adakah mereka (pelajar) bersedia menghadapinya. Jika mereka kata ‘ya’ tidak menjadi masalah,” kata Muhyiddin ketika sesi soal jawab di Konvensyen Intergriti Kebangsaan 2011.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, akta berkenaan digubal kerana terdapat beberapa insiden di universiti yang menunjukkan kewujudan pengaruh politik di sana.

Bagaimanapun, jelasnya kerelevanan akta tersebut pada hari ini adalah bergantung kepada tahap kematangan pelajar dalam membuat keputusan apa yang terbaik untuk mereka tanpa mengabaikan pelajaran.

 Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) boleh dipinda atau dihapuskan sekiranya mahasiswa memberikan sepenuh perhatian terhadap pelajaran tanpa "digagahi" oleh pihak lain.

Timbalan Perdana Menteri berkata sebelum ini, kerajaan memperkenalkan AUKU pada 1971 disebabkan oleh beberapa insiden, dan pengenalan akta itu ialah supaya pelajar dapat menumpukan sepenuh masa dalam pelajaran di universiti serta kolej dan tidak “diganggu” dengan kegiatan luar.

“Saya nak soal balik? Adakah anda sudah bersedia atau tidak? (terlibat dalam politik dan pada masa sama tumpukan terhadap pelajaran). Kalau ya, kenapa tidak. Mungkin kerajaan tak perlu akta (AUKU) kot atau pun kita meminda akta itu untuk memberi ruang supaya pelajar boleh membuat keputusan tanpa digagahi oleh mana-mana suatu kuasa perundangan.

"Ini kerana saudara dan saudari sudah kata tahu apa yang patut dibuat dan kerajaan tidak perlu bimbang bahawa kami (mahasiswa) akan menumpukan sepenuh masa dalam pelajaran. Ini pandangan kasar saya," katanya apabila diminta memberi pandangan pada sesi soal jawab sempena Konvensyen Integriti Nasional di sini, Khamis. Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, bagaimanapun, mempersoal sama ada mahasiswa sudah bersedia dan cukup matang untuk membuat keputusan sendiri yang bijaksana tanpa dipengaruhi oleh pihak lain.

"Kalau pelajar hari ini kata kami bersedia, kami sangat matang dan boleh membuat keputusan mengenai apa yang baik untuk kami, kami tidak perlukan sesiapa untuk mengawal kami. Kita tidak perlu apa-apa kekangan, kita tidak akan melakukan sesuatu yang tidak memanfaatkan kita," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata apa yang membimbangkan masyarakat ialah penglibatan mahasiswa dalam politik akan menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran.

"Ini akan menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat dan menjadikan kampus gelanggang politik yang tidak membawa hasil dalam usaha melahirkan sumber manusia berilmu," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com