innity

pages

Monday, November 28, 2011

Lepaskan 3 Gol Dalam 6 Minit, M'sia Tak Layak Main Peringkat Dunia


KUALA LUMPUR: Impian skuad Olimpik Malaysia untuk meraih mata penuh musnah selepas tewas 2-3 kepada Bahrain pada aksi Kelayakan Sukan Olimpik 2012 (Zon Asia) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad.

Perlawanan ketiga bagi peringkat Kumpulan C ini merupakan kekalahan ketiga buat negara selepas turut tewas 0-2 kepada Jepun dan Syria sebelum ini.

Pada aksi perlawanan itu, pemain paling muda negara, Mohd Nazmi Faiz Mansor menjadi tumpuan apabila menjaringkan gol awal permainan pada minit ke-30.

Manakala Mahali Jasuli menambah satu lagi gol buat Malaysia pada minit ke-68.

Bagaimana pun skuad Ong Kim Swee ini gagal memanfaatkan peluang yang ada sehingga membenarkan pasukan Bahrain mengutip tiga gol pada babak kedua perlawanan dalam masa hanya 6 minit. Kelekaan seperti ini amat mengecewakan setelah Malaysia berada dikedudukan yang selesa.

Gol-gol Bahrain dijaringkan oleh Salah Al Amer (min-80), Isa Ahmed Muthanna (min-85 dan min-86).

Dengan kekalahan ini, Malaysia kini berada di tangga keempat kedudukan kumpulan tanpa sebarang mata.

Mendahului Kumpulan C ini ialah Jepun dengan 9 mata, diikuti Syria 6 mata dan Bahrain 3 mata.

2 comments:

  1. aku tak kesah kalah,

    tapi kalah dengan bagi 3 gol dalam 6 minit terasa cukup BODOH

    ReplyDelete
  2. MEMANG BODOO,,,TGK BDK SEKOLAH MAIN LAGI SYOKK

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com