innity

pages

Sunday, November 20, 2011

Konvensyen media sosial 1Malaysia


KUALA LUMPUR  - Konvensyen Media Sosial 1Malaysia mencadangkan kerajaan mewujudkan sebuah bank informasi bagi memudahkan penggiat media membuat rujukan serta berkongsi maklumat dengan mudah dan pantas, selain mendapatkan maklumat sahih berhubung sesuatu isu.

Pengerusinya, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata cadangan itu dapat membantu orang ramai mendapatkan maklumat dengan cepat dan tepat apabila ia diselaraskan kepada suatu tempat rujukan.

"Kita nak wujudkan sebuah tempat untuk membuat rujukan berhubung sesuatu perkara dan isu yang mudah diakses dan cepat kepada orang ramai.

"Meskipun setiap kementerian ada laman web masing-masing, tapi kita mahu menyelaraskan maklumat tersebut pada satu platform menggunakan media sosial supaya ia dapat disebarkan kepada orang ramai," katanya kepada pemberita selepas pelancaran konvensyen itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari

Beliau berkata cadangan itu adalah antara 10 perkara yang terkandung dalam resolusi konvensyen yang dibacakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada majlis berkenaan.

Terdahulu, wakil peserta konvensyen Dr Novandri Hassan Basri, yang juga penulis blog Medan Intelek Melayu, membacakan resolusi serta cadangan hasil perbincangan konvensyen itu.

Selain itu, resolusi tersebut juga mencadangkan agar hala tuju dan pelan komunikasi yang tersusun dirangka serta dikoordinasi dengan baik supaya maklumat serta isu dapat dijelaskan dengan lebih berkesan, selain mewujudkan sekretariat bagi menguruskan bank informasi secara efektif dan efisien.

Kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) juga diminta menimbang penglibatan aktif dalam media sosial sebagai satu kriteria bagi calon boleh menang dalam pilihan raya, selain menggesa lebih banyak penglibatan pemimpin politik.

Mohd Sharkar berkata pemimpin di kalangan ahli politik harus peka dan lebih bijak menggunakan platform ini sebagai cara mendekati rakyat dengan lebih pantas.

Mengulas lanjut mengenai konvensyen itu, beliau berharap sesi seterusnya dapat dilakukan dalam bentuk jelajah ke seluruh negara untuk mendapatkan cetusan cadangan penggiat media sosial lain

1 comment:

  1. 10 Resolusi Yang Dibentang dan Dipersembahkan Kepada Perdana Menteri Sempena Konvensyen Media Sosial 1Malaysia http://pang5sepang.blogspot.com/2011/11/10-resolusi-yang-dibentang-dan.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com