innity

pages

Sunday, November 27, 2011

Kabinet Setuju Rang Perhimpunan Aman dipinda

KUALA KANGSAR: Selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak dan orang ramai, kerajaan bersetuju membuat beberapa pindaan terhadap Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibaca kali pertama di Dewan Rakyat Selasa lalu.

Pada masa sama, Kabinet yang bermesyuarat kelmarin dengan persetujuan Pejabat Peguam Negara dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, akan membenarkan Ahli Parlimen mengemukakan cadangan atau bantahan terhadap perkara dalam rang undang-undang itu tanpa sebarang notis dan pindaan boleh dibuat serta-merta jika dipersetujui semua pihak ketika dibentangkan pada peringkat Jawatankuasa di Parlimen Selasa ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata pindaan itu dibuat selaras dengan falsafah yang terkandung dalam rang undang-undang, iaitu untuk mengubah kuasa mengadakan perhimpunan aman daripada polis yang dibuat mengikut Seksyen 27 Akta Polis kepada rakyat.

“Notis pindaan itu diterima daripada Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahalan, dan mendapat persetujuan kerajaan dan Pejabat Peguam Negara semalam (kelmarin),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Berkhatan Beramai-ramai di Rancangan Perumahan Awam Liman Kati, dekat sini semalam.

Pindaan itu meliputi:
  • Pengguguran perkataan ‘perasaan tidak puas hati’ pada Fasal 6, Fasal 7 dan Fasal 21.
  • Tempoh pemberitahuan perhimpunan oleh penganjur dipendekkan daripada 30 hari kepada 10 hari dalam Fasal 9.
  • Perkataan ‘dalam masa’ (within) diubah kepada `daripada' (from) iaitu `dalam masa 10 hari' kepada ‘daripada 10 hari’ yang bermaksud notis perlu dikemukakan 10 hari sebelum mengadakan perhimpunan, dalam Fasal 9.
  • Tempoh untuk polis memaklumkan pihak berkepentingan dipinda daripada 48 jam kepada 24 jam dalam Fasal 12(1).
  • Tempoh mengemukakan bantahan pihak berkepentingan dikurangkan daripada lima hari kepada dua hari dalam Fasal 12(2).
  • Tempoh rayuan penganjur kepada Menteri Dalam Negeri dikurangkan daripada empat hari kepada dua hari dalam Fasal 16(1).
  • Tempoh Menteri Dalam Negeri membuat keputusan terhadap rayuan, dipinda daripada enam hari kepada dua hari daripada tarikh penerimaan rayuan terbabit dalam Fasal 16(2).
Mohamed Nazri berkata, rang undang-undang itu perlu diluluskan bagi memberi hak kepada orang ramai untuk mengadakan perhimpunan aman tanpa senjata di kawasan yang diwartakan sebagai tempat perhimpunan

1 comment:

  1. Nazri Aziz akan kekalkan Padang Renggas sekiranya
    PKR masih meletakkan ALIAS BIN ZENON sebagai calon
    dalam PRU kelak.Mamat ini yang merupakan Pengurus
    Cawangan JERAI SECURITY KUALA KANGSA yang bernaung
    bawah Parti Keadilan Rakyat.Bercakap mengenai
    keadilan untuk rakyat tapi menamatkan perkhidmatan
    pekerjanya tanpa notis sebulan dan tanpa surat
    amaran terlebih dahulu.Kes dalam siasatan Pejabat
    Buruh Taiping.Jahanam PKR jika kekalkan mamat ini
    sebagai calon.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com