innity

pages

Monday, November 21, 2011

Ibu tunggal saman Teresa Kok


PUCHONG - Gara-gara dikatakan tidak berpuas hati dengan sikap dan tindakan pembantu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara, seorang ibu tunggal memfailkan saman terhadap wakil rakyat itu di Mahkamah Majistret Shah Alam 9 November lalu.

Ibu tunggal berkenaan, Che Rosnani Che Sof, 46, berkata, dia yang berniaga makanan di tapak pasar pagi Taman Kinrara Seksyen 3 mendakwa mengambil tindakan berkenaan kerana terpaksa menanggung kerugian hampir RM4,000 selain kecewa dengan sikap pihak wakil rakyat itu.

Menurutnya, apa yang dikesalkan pihak terbabit menggunakan peralatan dan bekalan elektrik tempatnya berniaga tanpa persetujuan dan lebih mengecewakan kemudahan itu turut rosak selepas pejabat wakil rakyat menganjurkan Pesta Tanglung 15 September lalu.

“Pada 13 September lalu, rakan perniagaan saya menerima panggilan daripada pembantu wakil rakyat berkenaan yang memberi arahan saya menutup perniagaan keesokan harinya bagi memberi laluan DAP Kinrara menganjurkan Pesta Tang­­lung.

“Apabila ditanya mengapa tiada notis diberi, pembantu wakil rakyat itu tetap dengan jawapan suruh saya tutup kedai,” katanya yang akhirnya bersetuju dan terpaksa membatalkan tempahan makanan pada hari itu.

Che Rosnani berkata, pada 15 September dia didatangi dua lelaki yang memberitahu mahu menggunakan bekalan elektrik dan peralatan di gerainya.

“Saya tidak benarkan kerana melihat wakil daripada pejabat wakil rakyat itu datang seperti bukan mahu meminta kerjasama.

“Pada malam hari berkenaan saya dapati mereka tetap menggunakan peralatan dan kemudahan elektrik saya sehingga menyebabkan ‘distribution box’ mengalami kerosakan malah sebahagian wayar dan kabel putus dipercayai digunakan secara kasar,” katanya.

“Pejabat wakil rakyat berkenaan langsung tidak menghormati keputusan saya dan perbuatan tidak bertanggungjawab mereka sebenarnya menyebabkan gerai terdedah kepada risiko litar pintas akibat bekalan elektrik tidak mencukupi. .

“Akibat kerosakan, saya tidak dapat menjalankan perniagaan pada keesokan harinya dan terpaksa memanggil orang membaiki kerosakan bekalan elektrik,” katanya.

Che Rosnani berkata, kerana kecewa dia menulis surat dan memaklumkan kepada wakil rakyat berkenaan mengenai apa yang berlaku.

“Selepas sebulan, mereka langsung tidak memberi maklum balas dan saya akhirnya membuat satu laporan di Balai Polis Puchong Jaya dan memfailkan saman menuntut ganti rugi,”katanya.

Menurutnya, wang tuntutan bukanlah faktor utama dia memfailkan saman namun ia lebih kepada kekesalan terhadap sikap ditunjukkan oleh pihak wakil rakyat terbabit.

Sementara itu, Adun Kinrara, Teresa Kok Suh Sim ketika dihubungi berkata, hal berkenaan penganjuran pesta tanglung tidak diuruskannya.

“Saya hanya datang ke pesta itu pada malamnya untuk merasmikan program dan saya tidak pernah menerima surat daripada pengadu itu.

“Apa yang saya tahu, pengadu marah kerana penganjur tidak mahu menempah makanannya,” katanya.

5 comments:

  1. hey there and thank you for your information – I've definitely picked up anything new from right here. I did however expertise some technical points using this site, since I experienced to reload the website a lot of times previous to I could get it to load properly. I had been wondering if your web hosting is OK? Not that I am complaining, but sluggish loading instances times will often affect your placement in google and can damage your high-quality score if ads and marketing with Adwords. Well I'm
    adding this RSS to my e-mail and can look out for much more of your respective intriguing content.
    Make sure you update this again very soon.

    Also visit my page :: gesetzliche krankenkassen im vergleich

    ReplyDelete
  2. Thank you for the good writeup. It actually was once a entertainment account
    it. Look advanced to far introduced agreeable from you!

    However, how can we be in contact?

    Check out my web site - http://perpuspedia.pnri.go.id/index.Php?title...:ElliottDD

    ReplyDelete
  3. Hi to every body, it's my first pay a visit of this web site; this weblog consists of remarkable and in fact excellent information in favor of visitors.

    Check out my web site bargeld kredit

    ReplyDelete
  4. I'm amazed, I must say. Rarely do I encounter a blog that's both equally educative and
    entertaining, and without a doubt, you've hit the nail on the head. The issue is something that too few folks are speaking intelligently about. I am very happy I came across this during my search for something concerning this.

    Feel free to visit my page ISSA-OKC

    ReplyDelete
  5. If you are going for most excellent contents like I do, simply pay a quick
    visit this site everyday because it gives quality contents,
    thanks

    Feel free to surf to my blog: basistarif private kv

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com