innity

pages

Monday, November 28, 2011

Gah di luar padang

Won't be hard to see you coming! Jermaine Pennant is snapped driving about in his blinged-up,
chrome wrapped Aston Martin
MEREKA adalah antara tokoh yang mendapat bayaran tertinggi di Britain dan boleh membeli sebarang kereta mewah dalam sekelip mata.

Dengan kemampuan kewangan yang begitu, tidak hairanlah ramai pemain bola sepak di negara itu berlumba-lumba membeli kereta mewah demi keseronokan dan kemegahan.


Tidak cukup dengan itu, mereka juga tidak teragak-agak memberikan nilai tambah kepada kenderaan masing-masing dengan memasang pelbagai aksesori sampingan.

More money than taste:
Jermaine Pennant gave his beautiful
Aston Martin a tacky makeover

Pemain Stoke City, Jermaine Pennant, adalah pemain bola sepak terkini yang memberikan wajah baru kepada kereta peribadinya.

Baru-baru ini dia dilihat memandu kereta Aston Martin DBS baru yang dibelinya dengan harga kira-kira RM645,300 di bandar berkenaan.

Berbanding penampilan asal, kereta Pennant jelas berbeza selepas dia menggunakan cat baru ke atas kereta berkenaan.

Warna krom pada badan kereta itu memang menonjol dan memaksa orang ramai merenungnya setiap kali ia berada di jalan raya.

Sebenarnya, bukanlah Pennant tidak mampu membeli kereta baru.

Malah, dia baru-baru ini bersahaja membayar saman kira-kira RM2,000 kerana didenda meninggalkan kereta Porschenya begitu lama di tempat meletak kenderaan di stesen kereta api di Sepanyol.

Alasan Pennant mudah - dia terlupa meninggalkan keretanya di stesen kereta api berkenaan.

Media melaporkan, Pennant meninggalkan Porsche itu begitu saja dan terlupa dia pernah memilikinya ketika bermain untuk kelab Real Zaragoza sehinggalah dia dimaklumkan mengenainya.

Bagaimanapun, Pennant menafikan laporan berkenaan.

Sebagai penjelasan, Pennant berkata, dia meninggalkan Porsche itu selama tiga minggu di tempat meletak kenderaan kerana tergesa-gesa menaiki kereta api untuk mengejar penerbangan dari Madrid bagi melengkapkan perjanjian peminjamannya dengan Stoke.

“Ketika saya menandatangani perjanjian bermain untuk Stoke, saya tidak ada masa kembali ke Sepanyol,” katanya.

Menurut Pennant, saman itu dibayar rakannya sebelum dia menggantikannya dengan memasukkan wang ke akaun lelaki terbabit.

“Saya rasa berbaloi untuk didenda begitu demi bermain untuk Stoke!” katanya.

Pennant, 28, adalah pemain bola sepak terbaru menghias kereta selepas perkara sama dilakukan pemain Doncaster Rovers, El Hadji Diouf, ke atas kereta Mercedes McLaren SLR miliknya.

Awal tahun ini, Wayne Rooney, menukar warna cat Range Rover miliknya (bernilai RM743,500) daripada perak kepada putih, manakala David Beckham memilih warna hitam.

Same car, different colour: Wayne Rooney turned his Range Rover from silver to white

Buffed and ready: David Beckham has his Porsche vinyl wrapped in matt black


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com