innity

pages

Monday, November 28, 2011

FDI melonjak 42 peratus, Pembangkang Pasti Kecewa


KUALA LUMPUR 28 Nov. - Pelaburan asing langsung (FDI) Malaysia melonjak 42 peratus kepada RM26.4 bilion pada akhir september berbanding RM18.6 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pencapaian ini pasti tidak mengembirakan pembangkang yang selama ini sentiasa memburukkan negara agar pelabur lari ke negara lain.

Tetapi Allah menolong pihak yang benar dengan membuktikan sikap buruk pembangkang terhadap negara sendiri tidak berhasil.

Data terbaru Jabatan Perangkaan menunjukkan yang inisiatif kerajaan untuk merangsangkan pertumbuhan ekonomi telah membuahkan hasil, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Berdasarkan kepada aliran masuk FDI untuk tempoh sembilan bulan, kemungkinan yang jumlah FDI tahun ini boleh melepasi angka tahun lepas,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Jumlah FDI untuk 2010 ialah RM29.3 bilion, sementara dalam tahun 2009, ia berjumlah RM5 bilion.

Mustapa berkata, Malaysia telah menerima FDI yang kukuh dalam suku-suku pertama dan kedua tahun ini, masing-masing berjumlah RM10.1 bilion dan RM11.07 bilion.

Bagaimanapun, FDI untuk suku ketiga menyederhana kepada RM5.17 bilion, sebahagiannya disebabkan oleh iklim ekonomi luar yang lemah, terutamanya krisis hutang zon Euro dan kelembapan ekonomi AS.

Mengenai pelaburan persendirian, Mustapa berkata, kerajaan yakin mencapai sasaran RM94 bilion tahun ini.

Pelaburan persendirian untuk tempoh Januari-September berjumlah RM75 bilion seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan baru-baru ini

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com