innity

pages

Wednesday, November 16, 2011

Duit Bantuan RM100 Sah: Wee

KUALA LUMPUR: Kontroversi pemberian wang bantuan persekolahan sebanyakRM100 kepada setiap pelajar seperti yang diumumkan pada perbentanganBajet 2012 terjawab apabila pembayaran serta-merta itu dibuat secarasah menggunakan peruntukan sedia ada dalam kumpulan wang AkaunPenyelesaian Utama Perbendaharaan 2011.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, prosespemberian wang berjumlah RM530 juta itu tidak bertentangan denganPerlembagaan ataupun membelakangi Parlimen walaupun Bajet 2012 masihbelum diluluskan Dewan Rakyat.

"Memang betul sekiranya kita mengeluarkan wang untuk (bajet) tahundepan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Tapi apa yang berlaku ialah kita gunakan kaedah menggunakan duitsedia ada dengan kelulusan daripada Jabatan Akauntan Negara danKementerian Kewangan. Maka persetujuan dan kelulusan telah diberidengan mewujudkan akauan amanah.

"Ianya menggunakan wang semasa dan bukannya wang daripada peruntukantahun depan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undangPerbekalan 2012 bagi Kementerian Pelajaran peringkat Jawatankuasa diDewan Rakyat pada Rabu.

Kontroversi pemberian wang bantuan persekolah ini ditimbulkanpembangkang apabila menyifatkan ia salah dan tidak mengikut peraturankerana Bajet 2012 masih belum diluluskan.

Mengulas mengenai isu berkenaan, Wee berkata tindakan kerajaanmenggunakan Akaun Penyelesaian Utama Perbendaharaan bagi tujuanpembayaran wang itu bagi memastikan bantuan tersebut dapat disalurkankepada ibu bapa dan pelajar sebelum sesi persekolah 2012 bermula tanpamenyalahi undang-undang.

"Tujuan kita nak ringankan beban dan persoalan timbul mengenai kaedahbagaimana kita mahu beri bantuan sebelum sesi persekolahan tahun depanbermula pada 2 Januari 2012. Kalau ikut proses sehingga dapat perkenanYang di-Pertuan Agong, mungkin awal tahun depan baru lulus.

"Jadi kita sebagai manusia perlu berfikir bagaimana kita nak bantuselesaikan masalah ini. Maka dengan adanya persetujuan Perbendaharaan,pihak Kementerian Pelajaran telah diberi kelulusan untuk menggunakanwang semasa," katanya.

Minggu lalu Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, TanSri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa bantuan RM100 kepada pelajarakan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing serta merta.
Bagaimanapun bantuan persekolahan itu akan disalurkan kepada pelajarTingkatan Satu hingga Tahun Lima, dan dari Tingkatan Satu hinggaTingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011.

Sementara pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi pesekolahan 2012,pembayaran bantuan persekolahan akan dibuat pada Januari tahun depanbagi memastikan pelajar sudah mendaftar di sekolah masing-masing bag imemudahkan pembayaran.

1 comment:

  1. Banyak sangat timbul kontroversi....
    mungkin kena pereksa semula tujuan dan niat
    ada ker berlanggar.... he3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com