innity

pages

Tuesday, November 8, 2011

DAP Sentiasa Dengki Dengan Melayu

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Hasrat DAP mahu mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara mengukuhkan dakwaan bahawa parti berkenaan tidak selesa melihat penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, semua pihak sedar majoriti penjawat awam merupakan orang Melayu dan DAP tidak selesa dengan perkara tersebut.

“Mereka (DAP) memang ada agenda tersembunyi menerusi hasrat tersebut dan bukanlah semata-mata mahu mengurangkan perbelanjaan kerajaan seperti didakwa.

“Mereka ini memang tidak boleh tengok orang Melayu lebih sedikit dalam sesuatu. Kita (Melayu) memang ramai dalam sektor awam, jadi mereka cuba untuk mengurangkan penguasaan kita dalam sektor tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Zulkifli, DAP seharusnya melaksanakan terlebih dahulu hasrat mereka itu di negari-negeri ditadbir pembangkang dan lihat kesannya.

“Saya cabar mereka laksanakan dahulu hasrat mereka itu di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Kita tengok apa reaksinya,” jelasnya.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini bahawa kerajaan DAP akan mengu rangkan penjawat awam dan mena matkan perkhidmatan mereka yang tidak efi sien seperti yang dilakukan kera jaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan

Ruangan Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat yang turut menyentuh isu tersebut menganggap ia sebagai satu lagi provokasi DAP yang tersirat agenda tertentu.

Sementara itu, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, itulah belang sebenar DAP yang bersikap rasis dan menanam kebencian terhadap orang Melayu dan asas negara.

Katanya, konsep Malaysian-Malaysia yang dimulakan oleh PAP dan diteruskan oleh DAP adalah atas semangat yang sama iaitu tidak mengiktiraf Melayu dan Islam sebagai teras negara ini.

‘‘Cuma semangat rasis dan kebencian itu hanya muncul sekarang setelah DAP yakin mereka boleh peralat dan tunggang pemimpin Melayu yang terdesak seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup gadai maruah bangsa dengan didokong sekelompok pro Anwar yang rakus kuasa di dalam Pas.

‘‘Ini membuatkan DAP semakin berani terjemah semangat rasisnya dengan kenyataan terbaru berhubung kakitangan awam itu,’’ katanya.

3 comments:

  1. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tony Pua. Memang saya sebagai kakitangan awam menunggu ada2 pihak dari PR create isu seperti ini. Sebab sebelum ini ramai kalngan anggota keselamatan berterima kasih kerana isu komunis yg diutarakan Mat Sabu yg memberi rezeki kepada bekas2 pejuang. Maka dengan kenyataan Tony Pua, maka harap2 kakitangan awam akan mendapat manfaat. Terima kasih, lepas ni harap2 ada pihak lain terutama dari PR bercakap seolah menghina posmen atau pemandu dengan perkataan yg sensitif, seperti contoh . "Diamlah ko Sri Medan (Datok Mohd Aziz), takat bekas posmen cabuk tak payah lah bising-bising". "Posmen cabuk" itulah yg akan dimainkan sebagai isu nanti pasti gaji posmen akan setanding dgn kerani awam. InsyaAllah. sekali lagi terima kasih kepada Mat Sabu dan mungkin Tony juga.

    ReplyDelete
  2. PKR dam PAS tahu perkara ini tapi demi KUASA yang sementara di dunia ini mereka sanggup lakukan apa saja

    ReplyDelete
  3. saya dah dapat first hand 'racist' treatment dari boss cina saya selama lebih kurang 10 tahun. Yang menyelamatkan saya, organisasi ini bukan dia yang punya- dia pun hanya pekerja sahaja. Hari-hari datang ke meja saya mencari kesalahan, nak berdebat, menanya perkara yang sama berulang-ulang kali - boleh jadi gila! kerja menimbun - kerja suka didelegatekan last minute. Saya tahu harapannya supaya saya tak tahan dan meletak jawatan.

    Benarlah janji Allah, tipu daya mereka hanya untuk sementara dan benarlah Allah yang sebaik-baik perancang (maaf - ayatnya saya tak ingat).

    Tup-tup-tup, dalam nak meng'opress' saya dengan berbagai cara - dia terlupa tanggungjawabnya yang sebenar... dengar khabar pihak management akan mengambil orang baru menggantikannya... Allahu Akhbar!

    Ketahuilah... orang cina ini sebenarnya tak boleh jika orang melayu lebih..kepada yang masih tak nampak atau buat buat tak nak nampak - ingatlah akan nasib anak cucu kamu di kemudian hari..do you want them to 'merempat di bumi sendiri?'...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com