innity

pages

Tuesday, November 15, 2011

Brad Pitt beli kereta kebal

Just a little something for the garden... a T54 Soviet tank from the set of World War Z.

LOS ANGELES, Amerika Syarikat – Kerana minat pada kereta kebal yang digunakan dalam filem lakonannya, aktor Brad Pitt sanggup menghabiskan wangnya untuk membeli kenderaan berat tersebut, lapor sebuah akhbar semalam.
Kereta kebal jenis T54 buatan bekas Kesatuan Soviet (USSR) itu digunakan dalam filem terbaharunya, World War Z yang bakal ditayangkan pada Disember tahun depan.

Wang bukanlah masalah besar bagi aktor tersebut, tetapi pembelian kereta kebal itu mendapat bantahan pasangannya, aktres Angelina Jolie

Namun, Pitt berkata, keenam-enam anak mereka iaitu Pax, Maddox, Shiloh, Zahara, Vivienne and Knox pasti teruja dengan ‘mainan’ baru tersebut.

Kenderaan tentera itu kini dalam proses penghantaran di sini.

Kenderaan seberat 36 tan itu mula digunakan sejak 1947 dan menjadi kereta kebal utama untuk divisyen perisai Tentera Soviet. – Agensi



Pitt stop: His new toy as it looked on the set of the upcoming action film in Budapest, Hungary


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com