innity

pages

Saturday, November 12, 2011

Bekas Timbalan Presiden MIC Kena Bedah Otak di Hospital Pantai


KUALA LUMPUR, 12 Nov: Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam sedang menjalani pembedahan otak di Hospital Perubatan Pantai pada Sabtu.

Kakak kepada Subramaniam berkata prosedur pertama berjalan lancar dan pakar bedah sedang menjalankan prosedur kedua.

Pihak hospital memaklumkan kepada ahli keluarga beliau bahawa peratusan kejayaan pembedahan tersebut adalah 95 peratus, katanya.

Pembedahan tersebut dijangka mengambil masa selama lima jam.

Kira-kira 30 ahli keluarga, rakan-rakan serta pemimpin MIC menunggu di luar Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Makkal Thalaivar di kalangan masyarakat India itu dimasukkan ke Hospital Assunta, Petaling Jaya di sini malam tadi selepas mengadu sakit kepala dan berpeluh.

Bagaimanapun, beliau dihantar ke Hospital Pantai Bangsar kira-kira pukul 9 pagi ini untuk menjalani pembedahan otak.

Difahamkan beliau masih menjalani pembedahan otak yang dikatakan mengambil sekurang-kurangnya enam jam.

Antara orang kenamaan yang melawat beliau adalah Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S. Samy Vellu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk S.K. Devamany dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan.

Pada 2009 beliau gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden itu setelah tewas kepada Datuk G.Palanivel dengan majoriti 82 undi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com