innity

pages

Thursday, November 10, 2011

ASK 2011 Cecah Rekod 4.6 Juta Penonton kerana Pinggang Rampin Rozita

PETALING JAYA: Stesen TV3 sekali lagi mencatat sejarah apabila berjaya meraih 4.6 juta penonton semasa tayangan Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011) yang ditayangkan secara langsung pada Jumaat minggu lalu.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, semasa ASK 2011 ditayangkan ia juga telah memecah rekod kadar tontonan jika dilihat dari minit ke minit sepanjang program dua jam itu ke udara.

Ahmad Izham berkata, perancangan teliti selama enam bulan ternyata membuahkan hasil kerana bukan mudah untuk mencapai kadar jumlah tontonan mencecah hampir lima juta penonton.

"ASK 2011 bukan sahaja semata-mata meraikan pengiat dan karyawan seni tanah air malah ianya juga sebagai batu loncatan untuk mereka yang memenangi anugerah tersebut untuk terus maju ke hadapan.

"Maklum balas yang diterima daripada para penonton juga amat menggalakkan dan menyuntik semangat kepada kami untuk terus berusaha lebih gigih untuk menerbitkan produk yang lebih bermutu di masa akan datang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad Izham berkata, ASK 2011 ukan sahaja mendapat perhatian penonton di kaca televisyen, malah ia juga dipancarkan menerusi laman web rasmi www.tv3.com.my/ask2011.

Katanya, rekod menunujukkan hampir 50,000 mendaftar untuk kemudahan live streaming menerusi online menonton siaran eksklusif red carpet, di sebalik tabir dan keseluruhan majlis anugerah.

Jumlah ini juga menunjukkan kenaikan sebanyak tiga kali ganda lebih tinggi berbanding tahun 2010 dan merupakan rekod terbaik live streaming untuk Media Prima secara keseluruhan.

"Daripada jumlah tersebut hampir 20% penonton dicatatkan terdiri dari pelayar-pelayar web dari luar negara seperti Singapura, Brunei, United Kingdom, Mesir, Australia dan banyak lagi.

"ASK 2011 juga berjaya mendapat hampir satu juta pelayar mengikuti perkembangan terkini melalui laman web rasmi sejak ia dilancarkan pada bulan Oktober lalu," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com