iklan nuffnang

pages

Saturday, October 1, 2011

Lambakan filem porno Indonesia


IPOH: Filem lucah dari Indonesia kini dijadikan pelaris kebanyakan pengedar filem cakera video digital (DVD) cetak rompak tempatan bagi mengaut keuntungan lumayan.

Filem panas dari negara seberang itu dianggap mampu menyaingi filem cetak rompak tempatan berikutan kebanyakan pelakon ditonjolkan ialah artis jelita selain bintang pornografi Jepun dan Barat.

Antara judul terbaru filem semi porno dari negara jiran yang baru memasuki pasaran ialah Ayam Kampus, Skandal, Pelukan Janda Hantu Gerondong, Tante Seksi dan Hantu Tanah Kusir.

Aida Saskia - Pelukan Janda Hantu Gerondong

Seorang peniaga DVD cetak rompak, Foong, 24, berkata premisnya menjual 100 judul filem Indonesia pelbagai genre terutama filem cinta berunsur erotik dan hantu.

Menurutnya, walaupun dijual RM7 sekeping, namun sambutan pelanggan amat menggalakkan hingga dia membuat ulang tempahan daripada pengedar.

“Biasanya pelanggan tertarik untuk membeli filem dari Indonesia kerana tertarik pada gambar dipaparkan pada kulit album DVD.

“Mereka (pengeluar filem) mengeksploitasi pelakon wanita dengan kebanyakannya berani beraksi ranjang atau menunjukkan aset tubuh untuk menarik perhatian penonton,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan filem semi porno ini tidak dibenarkan memasuki pawagam Malaysia, namun sindiket mendapatkan bekalan sebelum membuat salinan di negara ini.

“Ia amat menguntungkan dan setakat ini saya menjual 50 DVD filem Indonesia dalam seminggu,” katanya.

Indah Kalalo
Sementara itu, pengarah filem terkenal, Ahmad Idham menyifatkan filem negara jiran itu wajar diklasifikasikan sebagai filem semi pornografi.

Menurutnya, dia kecewa dengan lambakan filem dan drama terutama dari negara jiran Indonesia yang memasuki pasaran tanah air sewenang-wenangnya.

“Kebanjiran pelbagai filem lucah atau hantu seksi dari Indonesia dalam DVD cetak rompak sejak beberapa bulan kebelakangan ini bukan sesuatu mengejutkan.

“Senario itu sudah lama berlaku di Malaysia cuma yang membezakan genre filem berkenaan,” katanya.

Menurut Ahmad Idham, ketika ini genre seram hangat dan kesempatan itu diambil pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan dengan membawa secara haram filem genre serupa dari negara luar, terutama Indonesia.

Lia Ladysta
Sehubungan itu, beliau mendesak pihak berkuasa supaya lebih tegas kerana ia memberi kesan negatif daripada banyak aspek.

“Ia boleh menyebabkan masalah sosial.

“Filem itu pula dijual secara terbuka termasuk kepada kanak-kanak. Ia turut menjejaskan pendapatan pembikin filem dan drama tanah air kerana kami tidak boleh menghasilkan karya tidak bermoral berkenaan disebabkan banyak faktor termasuk daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF),” katanya.

7 comments:

  1. JANGAN PAS NI ADA LAMBAKAN FILEM LUCAH MELAYU MALAYSIA DAH LAH

    ReplyDelete
  2. filem lucah macam ni la best.. lucah campur seram

    ReplyDelete
  3. ni namanya seram-seram stim

    ReplyDelete
  4. Lu pu sama tak ada modal lain ka adik beradik utusan dahlah tak laku bagi free pun orang tak mau

    ReplyDelete
  5. APA NAK HERAN,
    tv3, rtm pun sama2 berebut filem lucah tak dak sapa kacau pun, polis skmm buat apa?

    ReplyDelete
  6. eh laku je utusan kt tmpt aku..harakah x laku pasal byk sgt cite dongeng..pastu citer lucah yg kt tv3 tu org malaysia blakon..kene la promote..datuk seri lg..kang kalu banned, marah plak die..x smpt nk glamer..

    ReplyDelete
  7. kat tempat aku utusan paling cepat habis...harakah a.k.a. serakah tak terusik pon...akbar sejuk..balik2 gambar n.ajis..macam dah x da citer lain...menipu jer kejernya....dan banyak sangat citer mengarut..kawan aku org.pas pon x penah beli....

    ReplyDelete

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com