innity

pages

Sunday, July 31, 2011

'Kejadian Khalwat Adalah Dugaan' - Norman Hakim

KUALA LUMPUR: Pelakon, Norman Hakim,35, pada Jumaat, tidak pernah menyangka akan menangis apabila mengetahui dirinya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan berkhalwat dengan Memey Suhaiza,23,

"Saya tidak pernah menjangkakan akan berada dalam keadaan yang sangat emosional sebegini," katanya yang mengambil kesempatan untuk mengerjakan solat sunat syukur selepas prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini tamat.

Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon juga menyifatkan apa yang berlaku adalah dugaan buat dirinya dan Memey.

Katanya lagi, Allah tidak memilih orang untuk diuji jika tahu dia tidak mampu untuk menghadapinya.

"Alhamdulillah dengan didikan orang tua, saya boleh menerima semua dugaan dan cubaan. Ini hanya satu fasa dalam kehidupan saya.

"Saya juga tidak akan berdendam dengan sesiapa dalam kes ini, malah saya reda jika ada orang yang dengki dengan saya," katanya.

Tambah pelakon drama “Wali” ini, setiap kali rasa dendam itu hadir, dia menyedekahkan Al-Fatihah kepada orang terbabit selepas disarankan untuk berbuat demikian oleh seorang ustaz.

Sementara itu, Memey yang hadir di mahkamah bersama Norman, menyifatkan keputusan tersebut sebagai 'hadiah perkahwinan' mereka yang akan berlangsung pada 24 September ini di Felda Tenggaroh, Mersing, Johor.

"Ini semua berkat kesabaran dan doa kedua-dua belah keluarga. Syukur, sekarang bila saya mahu kahwin, rezeki datang dan segala perkara dimudahkan sampai ada pihak yang mahu menaja sehingga RM12 juta," katanya sebak.

Bakal pengantin baru itu hanya tersenyum apabila disoal berhubung perancangan hidupnya selepas bergelar isteri dan menjawab, dia kini sudah bersedia untuk menempuh fasa seterusnya.

Pada Jumaat, Hakim Syarie Selamat Yatim melepas dan membebaskan pasangan tersebut daripada tuduhan berkhalwat yang didakwa dilakukan di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang, di sini.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan antara pukul 1.45 dan 3 pagi, 30 Oktober 2008.Pendakwaan terhadap Norman dibuat mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Memey dituduh mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen yang sama.

Mereka yang didakwa di mahkamah untuk kali pertama pada 20 Januari 2009 kini berhadapan dengan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Norman juga sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Abby Abadi dan bercerai pada 18 September 2008.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak, Mohamed Danish Hakim, 8, Marissa Dania Hakim, 6, dan Maria Danisha Hakim, 3

4 comments:

  1. memang pun mereka berkhalwat,cuma tiada bukti kukuh..apa mereka buat kat bilik,lama baru buka pintu? memang ada yang tak kena. kalau akulah tak payahlah nak menaja perkhawinan mereka ni..bukan apa..dahlah satu perampas suami org dan yang lagi satu suami yang tidak bertanggungjawab waktu isteri sdang melahirkan..hilang entah ke mana..tup tup dapat tajaan bila nak kahwin baru.penaja sepatutnya pandai memilih pasangan utk tajaan bukannya pada mereka2 yang kurang baik akhlak..tak perlu di gembar gemburkan perkahwinan seperti ini kerana mereka membina kebahgiaan di atas kesangsaraan orang lain.

    ReplyDelete
  2. ya..mmg betol..x semestinya ko lepas x bermakna ko x berkhalwat..!semua org tau la....x payah la nak kata ini kebenaran....!tapi xpe...kita tgok jea lakonan depa ni....sampai bila memey dan norman nak tunjuk muka baik.......aku bukan mendoakan la...tapi kalo org dah hati kotor...x kemana pun....lihat ajela....jeng...jeng...jeng...

    ReplyDelete
  3. salam semua....

    buat MEMEY dan NORMAN jangan jadikan alasan bahawa keputusan mahkamah mengatakan kamu bebas dari khalwat bermakna kamu berdua bersih dari dalam dan luar diri kamu..Buat MEMEY dan NORMAN hukum dunia kamu memang tterlepas.Tetapi selagi kamu berdua tidak membuat taubat nasuha..hukum akhirat pasti akan kamu berdua merasai.
    Buat MEMEY dan NORMAN..tak perlulah di gembar gemburkan perkawinan kamu berdua di atas tajaan berjuta ringgit..itu adalah tajaan..bukannya hasil dari keringat kamu berdua yg bekerja.Akhir sekali...selepas ini tak perlulah kamu berdua membuat kenyataan yg menjelekkan serta kenyataan yg membuatkan org meluat dengan kamu berdua...lagipun terlalu ramai masyarakat melayu yg memang teramat meluat dengan kamu berdua..selepas ini di harapkan kamu berdua lebih baik berdiam diri..sesungguhnya masyarakat amat menyampah kamu berdua.terutama sekali MEMEY.

    ReplyDelete
  4. kita tunggu dan lihat kekal ke atau tidak...aku selalu dpt ramalkan ..ramalan itu betul palak tu..hairan...cuma sebagai umat islam kita doakan mereka berdua kekal hingga ke hujung nyawa mereka berdua...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com