Wednesday, July 27, 2011
FDI Ke Malaysia Dijangka Cecah RM29 Bilion Tahun Ini
KUALA LUMPUR: Pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia dijangka mencecah AS$10 bilion tahun ini, melepasi AS$9.1 bilion yang direkodkan tahun lepas.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pemulihan trend FDI dunia yang disokong oleh inisiatif kerajaan seperti program transformasi ekonomi (ETP), merupakan pemacu utama pelaburan asing itu.
"Berdasarkan pertanyaan yang diterima MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysua) dan MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa Industri), kami yakin minat yang lebih kukuh tahun ini," katanya selepas melancarkan Laporan Pelaburan Dunia Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) 2011 di sini Selasa.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Jalilah Baba, penyelaras residen Malaysia Kamal Malhotra dan ketua cawangan isu dan trend pelaburan bahagian pelaburan dan perusahaan UNCTAD Masataka Fujita.
Mustapa berkata pada suku pertama sahaja, jumlah FDI memasuki Malaysia bernilai AS$3.7 bilion yang bersamaan 40 peratus daripada keseluruhan FDI ke Malaysia tahun lepas.
Dengan prestasi separuh kedua diunjurkan lebih baik berbanding separuh pertama, hasil rangsangan pelaksanaan projek-projek Program Transformasi Ekonomi, unjuran AS$10 bilion itu mampu dicapai, katanya.
Tahun lepas jumlah FDI ke Malaysia mencatat paras tertinggi AS$9.1 bilion, peningkatan 536 peratus berbanding AS$1.43 bilion pada 2009, berikutan kdudukan ekonomi yang lebih baik yang pulih daripada krisis kewangan pada tahun sebelumnya.
Laporan UNCTAD itu menyediakan data menyeluruh daripada sumber yang sah serta analisis mengenai trend global ke atas pelaburan, pembangunan perusahaan dan isu berkaitan.
Bertajuk "mod bukan ekuiti pembangunan dan pengeluaran antarabangsa" , laporan itu juga mengunjurkan FDI global akan berkembang lima peratus tahun ini untuk mencecah paras prakrisis sebanyak US$1.4 trilion-US$1.6 trilion.
Trend itu dijangka berterusan dan mencecah AS$1.9 trilion pada 2013, yang bersamaan dengan kemuncak FDI global pada 2007.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2011
(879)
-
▼
July
(22)
- 'Kejadian Khalwat Adalah Dugaan' - Norman Hakim
- Palanivel Naik Pangkat Jadi Menteri Penuh
- Ahli Parlimen Sungai Siput Mula Mogok Lapar
- DAP memperkuda Teoh Beng Hock dari hidup sampai Ma...
- Wanita Islam Dilarang Bekerja Sebagai GRO Di Kuant...
- Angkatan Muda PKR Buat KACAU lagi
- FDI Ke Malaysia Dijangka Cecah RM29 Bilion Tahun I...
- Penyokong Bersih Gagal Kawal Emosi, Wacana Kecoh
- Tajaan Perkahwinan Norman, Memey Bernilai RM12 Jut...
- Dato' Saifuddin Tolak Dakwaan Sokong Bersih
- Bersih 2.0:Titah Khas Yang di-Pertuan Agong
- Terlampau Nak Jadi PM, Ini lah jadinya - Najib
- Demonstrasi : Orang Islam Mudah Diperalatkan - Tun...
- Kronologi Perhimpunan Bersih 2.0
- Bersih 2.0: Kronologi Perhimpunan Patriot
- Perhimpunan Haram Gagal Raih Sokongan Rakyat
- Kemungkinan Tangkapan Lagi Di Bawah Ordinan Darura...
- Hanya Bogel Menuju Tuhan, Luahan Rasa Zahiril Adzi...
- Mat Sabu hina peniaga, utamakan kepentingan periba...
- PAS Tersesat di dalam Pelayaran - KICKDEFELLA
- Michelle Yeoh Sedih Diusir Dari Myanmar
- Bekas Penolong Gabenor BNM Dituduh Rasuah RM100,00...
-
▼
July
(22)

No comments:
Post a Comment