innity

pages

Monday, July 11, 2011

Dato' Saifuddin Tolak Dakwaan Sokong Bersih


PETALING JAYA: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah pada Isnin menegaskan beliau tidak menyokong Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang diadakan di ibu negara Sabtu lepas.

Sambil menolak dakwaan blogger pro-kerajaan yang melabelkan beliau sebagai timbalan menteri pro-pembangkang, Saifuddin tampil menjelaskan pendirian beliau mengenai perhimpunan haram tersebut.

"Saya tidak menyokong Bersih. Saya menyeru kepada 'politik baru'. Justeru saya faham apa yang di bawa oleh Bersih. 'Faham' tidak sama dengan 'sokong'.

“Kalau pun saya setuju dengan salah satu daripada tuntutannya, itu juga tidak sama dengan sokong. Saya tidak sokong Perhimpunan Bersih pada 9 Julai kerana ia perhimpunan haram. Apa yang saya sokong ialah perhimpunan aman, kerana ia sebahagian daripada amalan demokrasi," katanya dalam satu kiriman emel kepada mStar Online di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan blogger papagamo yang mendakwa beliau menyokong Perhimpunan Bersih apabila menulis di laman twitternya yang berbunyi “Saya Tidak Setuju Perhimpunan Bersih, Tapi Tak Payahlah Guna Khutbah Jumaat" dan "Umno not evil and stupid. Some members need to change for the better thats all".

Ekoran daripada jawapannya itu, Saifuddin dilihat mempertikaikan keputusan kerajaan yang menentang perhimpunan haram tersebut.

Blogger berkenaan turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menilai semula kedudukan Saifuddin sebagai Timbalan Menteri kerana beliau dilihat menyokong parti pembangkang.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Saifuddin bagaimanapun enggan memberikan komen mengenainya sebaliknya beliau berkata apa yang penting adalah dia mahu memberi tumpuan serta fokus kepada isu utama yang dibangkitkan.

“Sekiranya kita menggunakan cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), ada kemungkinan Perhimpunan Bersih dapat diadakan dengan permit polis dan dengan aman.

“Saya tidak menyokong Bersih dan perhimpunannya. Tapi saya juga tidak bersetuju dengan kata-kata kesat yang dilontar terhadap Bersih.

“Ini kerana saya menyeru budaya politik yang sihat dan segar. Saya juga tidak setuju menggunakan fatwa haram terhadap perhimpunan itu. Istilah polis, iaitu perhimpunan haram adalah memadai,” katanya.

Jelasnya, perhimpunan Bersih yang diadakan Sabtu lalu turut meninggalkan kesan kepada Barisan Nasional (BN).

“BN perlu menggunakan komunikasi politik yang lebih baik selepas ini. Ini kerana, sedikit sebanyak, perhimpunan Bersih itu ada meninggalkan kesan,” katanya.

Saifuddin menegaskan beliau mahu meningkatkan kebebasan bersuara di negara ini dan ia telah dilakukan sejak di zaman kampusnya lagi.

"Walau pun Perhimpunan Bersih pada 9 Julai dapat permit polis, saya tidak akan menghadirinya, kerana saya tidak menyokong tuntutan Bersih.

“Secara keseluruhannya pihak polis telah bertindak dengan profesional pada 9 Julai. Namun, sekiranya kita mengambil kira cadangan Suhakam itu, saya yakin polis akan bertindak lebih profesional lagi pada hari tersebut,” katanya.

Sabtu lalu, polis telah menahan 1,041 ditahan kerana menyertai perhimpunan haram di sekitar ibu negara.
Mereka bagaimanapun dibebaskan lepas polis merekodkan kenyataan daripada mereka.

8 comments:

  1. tak payah la sepudin wei...cakap berbelit2...kau ni patut letak jawatan je..

    ReplyDelete
  2. Result & impact tak menjadi.... so dia U turn sekejap....dont worry DS Najib & others will see more of sapudin act & support to Non BN .....just wait...

    ReplyDelete
  3. TERANG2 LAHABAU NI MENYOKONG BERSIH,CUMA BERLAPIK JER. APA LAGI PAPAGOMO DAN MEDIA PRO KERAJAAN, TAK KAN NAK DIAM JER MUSUH DALAM SELIMUT NI, PENDIRIAN KAMU DAH JELAS SAIFFUDIN, KITA2 NI BUKAN BODOH DAN TAK FAHAM BAHASA KAMU. BAIK KAMU LETAK JAWATAN DAN MASUK PEMBANGKANG DAN RASA MACAM MANA ZAID IBRAHIM RASA. PADAN MUKA

    ReplyDelete
  4. TERANG2 LAHABAU NI MENYOKONG BERSIH,CUMA BERLAPIK JER. APA LAGI PAPAGOMO DAN MEDIA PRO KERAJAAN, TAK KAN NAK DIAM JER MUSUH DALAM SELIMUT NI, PENDIRIAN KAMU DAH JELAS SAIFFUDIN, KITA2 NI BUKAN BODOH DAN TAK FAHAM BAHASA KAMU. BAIK KAMU LETAK JAWATAN DAN MASUK PEMBANGKANG DAN RASA MACAM MANA ZAID IBRAHIM RASA. PADAN MUKA

    ReplyDelete
  5. Dia ni lar yg dok backing bebudak pecah pintu kat upm dan um dulu. Meyusahkan betul

    ReplyDelete
  6. YB Temerloh adalah seorang yang dihormati oleh penyokong PR disebabkan sikapnya yang realistik dan tak extreme..
    Kalau banyak YB BN macam YB Temerloh, mungkin vote for BN akan meningkat kembali..

    ReplyDelete
  7. "Some members need to change for the better thats all".: said by dato saifudin.

    so DS Najib must remember the above phrase. I assumed that you have the wrong person in your cabinet. it looks realy dangerous....

    ReplyDelete
  8. saya rasa DSaifudin ada point gak... takusah emosi sangat bagilah orang beri pandangan dari sudut lain plak....
    saya sendiri rasa respon balas pihak kerajaan memang patut sangat tapi agak keterlaluan dan mendorong orang nak join demo... sya sendiri terperangkap dalam kesesakan yang amat sangat hingga terpaksa tidak hadir urusan rasmi
    Saya rasa RTM patut guna pendekatan yang tidak menyebabkan ramai orang jadi geli dan menyampah.... akhirnya orang tak tengok mesej tak kesampaian... sapa yang rugi??????

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com