innity

pages

Friday, July 29, 2011

Ahli Parlimen Sungai Siput Mula Mogok Lapar


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar yang kini ditahan mengikut Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 pada Khamis melancarkan mogok lapar.

Isteri Jeyakumar, R. Mohana Rani berkata tindakan mogok lapar itu akan berterusan sehingga semua enam tahanan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dibebaskan.

"Jeyakumar telah memberitahu saya bahawa beliau akan mulakan mogok lapar bermula hari ini untuk mendapatkan keadilan.

"Beliau akan teruskan mogok lapar sehingga kesemua enam anggota PSM dibebaskan atau dituduh dimahkamah," katanya.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan di Ipoh, Perak, Mohana berkata tindakan berkenaan diambil kerana hampa dan kecewa dengan pendirian polis dan kerajaan terhadap penahanan aktivis PSM mengikut Ordinan Darurat.

"Saya cuba menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian kerana risau akan kesihatan beliau, tetapi beliau bertekad mahu meneruskan mogok lapar," katanya.

Mohana berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Jeyakumar sewaktu diberi peluang untuk menemui suaminya itu pada 11 pagi Rabu.

Menurut Mohana lagi, Jeyakumar mendakwa soal siasat polis keatasnya dibuat menjurus untuk mewujudkan 'cerita karut' bagi melanjutkan tempoh tahanan.

"Menurut Jeyakumar, beliau telah memberi kerjasama penuh sejak direman di mana beliau telah menandatangani tiga laporan termasuk laporan 45 muka surat di Pulau Pinang.

"Sekarang Polis Cawangan Khas telah sediakan laporan dengan 80 muka surat tetapi beliau buat keputusan tidak akan menandatanganinya kerana melihat kesemua siasatan sebagai sia-sia," katanya

6 comments:

  1. Bior je dia mogok.... paling worst mampus kebuloq. Ape? Dia ingat dia setaraf Ghandi ke? porrrah... Kalau aku jadi pihak bkuase, aku akan pasang guard lagi. Make sure dia x mengelat... Dia nak mogok lapar, biarkan. Itu kan hak dia? Nanti kalau kite sibuk2 ckp jgn buat dia kate kite sekat hak dia pulak. So biarkan.... tubuh badan dia, HAK dia. I bet no human rights orgs in the world can deny that.

    ReplyDelete
  2. dah buat salah...tak ngaku pulak...!hehehehe
    biar je dia mati....kalu hidup pun nyusahkan NEGARA pulak nanti...!

    ReplyDelete
  3. biarkan dia lapar sampai mampus

    ReplyDelete
  4. bukan mogok lapar tp belajar puasa....

    ReplyDelete
  5. kalau nak sangat biar saja dia mati kebuluran baru padan muka,,

    ReplyDelete
  6. berlakon jer 2 nk tarik simpati rakyat kononnye dia insan terpilih yang dianiaya. . semak betoi. .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com