iklan nuffnang

pages

Friday, January 28, 2011

Suami Pelakon Wilma Meninggal Dunia


PETALING JAYA, 28 Jan: Suami pelakon Wilma Muhammad iaitu Mahir Effendi,37, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tunku, di sini, Khamis, dipercayai akibat serangan jantung.

Rakan pelakon itu, penyanyi Ramziela Radzillah, memaklumkan kematian tersebut ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.

“Arwah suami Wilma meninggal dalam tidur di rumahnya pada malam semalam (Khamis). Saya agak terkejut juga kerana setahu saya arwah tidak menghidap penyakit jantung.

“Arwah merupakan juruterbang Firefly dan selalu membuat pemeriksaan doktor. Bagaimanapun, saya bersimpati dengan keadaan Wilma yang masih terkejut untuk menerima kematian suaminya.

"Tambahan pula dia perlu menyara lima orang anak yang masih kecil dalam keadaannya yang tidak bekerja,” kata penyanyi lagu Gemilang Cinta itu.

Jenazah Mahir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara selepas solat Jumaat.

Meninggal di Usia Muda

Pada 1 Jan 2011, pelakon Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di ibu negara yang juga akibat serangan jantung.

Faizal, yang berusia 32 tahun, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pada 17 April 2010, bekas vokalis kumpulan Spin, Achik atau Murad Md Shari, meninggal dunia pada usia 28 tahun apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya terbabas lalu merempuh tiang papan tanda sebelum terbakar di Kilometer 13, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) di Mantin.

Pada 21 Mac 2010, penyanyi kelahiran program realiti TV, Mentor di TV3 – Yanie atau nama sebenarnya, Siti Suriane Julkarim telah meninggal dunia pada usia 25 tahun selepas Zuhur, jam 1.15 tengahari di Hospital Keningau akibat ketumbuhan paru-paru. Sebelum itu, Yanie dikatakan menderita terlantar sakit selama 4 bulan.

Pada 27 Jan 2010, bekas pelakon Norliana Sulaiman yang merupakan adik kepada Zarina Zainuddin meninggal dunia sekitar pukul 11.00 pagi di Hospital Ipoh, Perak kerana penyakit TB. Arwah ketika itu berusia 33.

No comments:

Post a Comment

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com