PETALING JAYA, 31 Dis: Bekas isteri penyanyi Nasyid Akhil Hayy iaitu Maizawati Zainal,36, (gambar) selamat menjalani pembedahan selepas tangan kirnya patah kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di Ipoh, Perak tiga hari lalu.
Maizawati yang baru sedarkan diri, Jumaat ditempatkan di wad ortopedik, Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh.
Suaminya, Mohd. Yassin Ben @ Abd. Rahim,23, ketika dihubung Jumaat berkata, Maizawati dijangka ditahan di hospital berkenaan sehingga 4 Januari ini tetapi doktor akan memanjangkan tempoh rawatan sekiranya perlu.
“Syukurlah... hari ini (Jumaat) dia sudah sedar akibat kemalangan itu. Tangan kirinya akan dimasukkan besi,” katanya.
Dalam kejadian pada 28 Disember lalu, kereta Proton Gen 2 yang dinaiki Mohd Yassin bersama Maizawati terlibat dalam kemalangan ketika mereka dalam perjalanan dari Medan Gopeng ke Bercham di Ipoh.
Berita Beliau Meninggal Dunia
Sebelum ini terdapat beberapa laman blog yang melaporkan tentang kematian Maizawati. Semua kenyataan tersebut tidak benar dan perkara kematian tidak sepatutnya dijadikan perkara mainan.
Sebelum ini juga, berita kematian Nik Aziz juga menjadi mainan dalam laman-laman blog. Walaupun Nik Aziz yang dimaksudkan adalah individu lain namun perbuatan sedemikian tidak sepatutnya berlaku.
Sejahat manapun orang itu, mereka tidak akan menyebarkan berita kematian yang tidak benar, begitulah budaya orang Melayu.
Friday, December 31, 2010
Prof. Dato' Radin Umar, NC UPM baru
KUALA LUMPUR,31 Dis: Prof. Dato' Dr. Ir. Radin Umar dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi tempoh tiga tahun berkuatkuasa esok hingga 31 Disember 2013.
Beliau menggantikan Prof Tan Sri Dr Nik Mustapha R Abdullah yang tamat tempoh pelantikan hari ini.
Dr Radin, 50, sebelum ini adalah Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi dan Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Kementerian Pengajian Tinggi.
Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengajian tinggi dan pernah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hubungan Antarabangsa UPM dari tahun 2005 hingga 2006, menurut kenyataan UPM hari ini.
Dr Radin berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) Kejuruteraan Keselamatan Trafik dari Birmingham University, United Kingdom dan pernah menjawat Ketua Pengarah Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
Pada 2005, beliau menerima anugerah The Prince Michael International Road Safety Award yang mengiktiraf sumbangan dan inovasi beliau dalam kemajuan jalan raya.
Sementara itu, Prof Ir Dr Mohd Saleh Jaafar, 47, pula dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM bagi tempoh yang sama menggantikan Prof Datuk Dr Abu Bakar Salleh yang tamat tempoh pelantikan.
Prof Mohd Saleh pernah dilantik sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan pada Oktober 2007, serta bergiat aktif dalam bidang penyelidikan Kejuruteraan Awam sejak berkhidmat di UPM bermula 1988. - BERNAMA
INTERLOK - Permainan Politik India
Hari ini, 31 Dis, sebuah pertubuhan India mengancam untuk mematahkan rancangan BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang sekiranya kerajaan tidak mengambil tindakan berhubung satu novel untuk pelajar SPM yang dipertikai.
Kumpulan berkenaan merancang untuk melancarkan satu protes di Putrajaya dan di Johor Bahru.
Ia juga bercadang untuk meletakkan calon bebas dalam pilihan raya kecil DUN Tenang yang akan diadakan pada akhir bulan depan.
Ketua penerangan Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) AP Raja Retinam berkata buku tersebut menentang semangat 1Malaysia dan perlu ditarik balik dari pasaran.
Jika kabinet dan menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin bertegas untuk tidak menilai semula isu buku Interlok ini, kita akan turun ke jalan bulan depan.
"Kita juga akan letak calon bebas di Tenang," katanya lagi.
MIC Minta Ubah Kandungan
Sebelum ini Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam, memohon Kementerian Pelajaran melakukan perubahan dalam kandungan novel "Interlok", buku teks sastera Tingkatan Lima sebelum digunakan buat kali pertama bagi sesi persekolahan 2011.
Timbalan Presiden MIC itu berkata prinsip asas pengunaan buku itu tidak akan tercapai kerana terdapat satu bahagian yang menyentuh isu sensitif di kalangan masyarakat India berkaitan sistem kasta.
“Interlok” adalah teks Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5, karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain yang memaparkan tema mengenai integrasi tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India seawal tahun 1900-an hingga merdeka.
Buku Teks Interlok Ditarik Balik
Pada 16 Dis lepas, Berita Harian melaporkan buku teks subjek Sastera Bahasa Malaysia yang akan digunakan pelajar Tingkatan Lima sekolah menengah tahun depan bakal ditarik balik berikutan dakwaan kandungannya menyentuh sensitiviti kaum, selain mengkritik dan menghina orang Melayu serta India.
Persetujuan menarik balik serta-merta buku teks bertajuk Interlok karya Abdullah Hussain itu dipersetujui Penolong Pengarah Unit Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Sairi Adenan dan Pengarah Jabatan Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Abdul Khalik Sulaiman, selepas pertemuan dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah.
Kementerian Pelajaran Tidak Pernah Tarik Balik Novel Interlok (klik)
Pada 20 Dis 2010, Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM telah membuat kenyataan di laman webnya bahawa Kementerian Pelajaran tidak pernah menarik balik novel komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia bertajuk Interlok karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein.
Timbalan Menterinya, Dr. Mohd Fuad Zarkashi berkata, pihaknya perlu membuat penjelasan ekoran berlaku salah faham terutamanya di kalangan tokoh sastera dan akademik bahawa pihak kementerian telah memutuskan perkara tersebut.
Sehubungan itu, tegas beliau, pihak kementerian tetap pada keputusan asal iaitu novel Interlok akan menjadi komponen sastera dalam subjek Bahasa Malaysia bagi pelajar Tingkatan Lima mulai tahun depan.
Permainan Politik Kaum India
Intelok, novel komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia terbitan DBP itu sudah diedarkan kepada semua sekolah menengah baru-baru ini untuk diagihkan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebaik sesi persekolahan dibuka awal bulan depan.
Mengapa baru sekarang timbul isu ini? Walhal novel ini telah diterbitkan pada tahun 1971 oleh Angkatan Muda. Novel ini sebelum itu telah memenangi hadiah sagu hati Peraduan Mengarang 10 Tahun Merdeka 1967. Novel ini juga telah diulang cetak sebanyak beberapa kali, malah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.
Ironinya, mengapa selepas novel ini diangkat menjadi teks KOMSAS baru kedengaran orang India memprotes kandungannya. Adakah selama ini tiada orang India yang membaca sastera kebangsaan? Mengapa orang Melayu tidak memprotes kandungan buku ini sejak buku ini diterbitkan 39 tahun lalu?
Logiknya, buku ini ditulis pada sekitar tahun 60-an. Maka latar masyarakat yang dipaparkan sudah tentu latar masyarakat sebenar pada waktu itu. Pengarang menyentuh latar masyarakat India dan Cina yang datang dari negara asal dan bagaimana mereka membina kehidupan baru di Singapura dan kemudiannya di Tanah Melayu. Saya kira pengarang cuba bersikap jujur dengan memaparkan realiti semasa masyarakat pada waktu itu. Hasilnya buku itu ditulis dengan sedemikian rupa.
Adakah ini permainan politik kaum India sempena PRK Tenang?? Adakah Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam turut terlibat??
Dalam sibuk-sibuk orang memprotes, bayangkan berapa kos yang hangus dan perlu disediakan untuk menggantikan teks ini? Bayangkan juga kerugian yang terpaksa ditanggung oleh penerbit yang terpaksa menarik semula buku yang telah dipasarkan?

SALIB - PR Sangat Bodoh
Ahli parlimen Seputeh Teresa Kok menuntut Datuk Seri Najib Razak supaya memohon maaf berhubung satu arahan daripada pejabat perdana menteri supaya membuang elemen keagamaan daripada satu majlis sambutan Krismas.
Arahan berkenaan juga melarang berlakunya upacara sembahyang dan nyanyian lagu-lagu pemujaan di majlis anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) itu, kata Teresa lagi.
Sehubungan itu juga, beliau menggesa Najib mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka an mengarahkan kerajaan supaya menghormati tradisi Krismas dan hak rakyat Malaysia untuk bebas beragama.
Strategi Bodoh Teresa
Jika kita bodoh, sepatutnya belajar dengan orang yang tahu, bukan buat-buat bodoh sombong. Dia ingat dengan membangkitkan isu ini maka seluruh umat Malaysia akan menyokong beliau.
Sebenarnya, tindakan ini telah menjatuhkan taraf beliau sebagai seorang pemimpin yang sepatutnya mahir dalam perhubungan semua agama.
Adakah Najib menghalang penganut kristian menyanyi?? Mereka boleh melalak selama 3 hari pun tanpa henti selagi tidak mengganggu orang lain.
Mereka boleh melakukan upacaran keagamaan selama tujuh hari tujuh malam tanpa henti sampai muntah pun selagi tidak mengganggu ketenteraman awam.
Tak ada kena mengena dengan Najib pun, buatlah sesuka hati kalian.
Tapi ini majlis yang kalian jemput Najib yang merupakan seorang Islam, kalian yang sepatutnya menghormati beliau apatah lagi sebagai Pemimpin Nombor Satu Negara.
Masa ada Najib dalam majlis tu pun kalian nak nyanyi ke, nak bubuh Salib ke? Kenapa la tak bertamadun sangat kalian ni.
Teresa Tak Berpegentahuan, Pas Bisu?
Tanyalah pemimpin Pas dulu sebelum bertindak sehingga menampakkan kebodohan yang amat nyata.
Atau pemimpin Pas yang dah jadi bisu bila berbangkit isu-isu sebegini?
Atau ini merupakan perangkap Pakatan Rakyat?? Jika Najib pergi majlis yang ada salib dan upacara keagamaan, mereka akan tuduh Najib dah masuk kristian. Jika Najib arahkan jangan ada upacara keagamaan, mereka akan tuduh tidak 1Malaysia.

Anwar TAKUT untuk PECAT Gobala?
Mulanya hentam pakai Twitter beberapa hari berturut-turut,Rabu buat kenyataan bertulis kepada media manakala Khamis terus adakan sidang akhbar.
Ahli Parlimen PKR Padang Serai ,Kedah N Gobalakrishnan sudah ‘ naik pangkat’.Itulah rentetan cara beliau balon kow-kow Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bos-bos PKR.
Mungkin ramai yang tidak sedar geramnya Gobala memang tidak dapat dibendung lagi.Bayangkan beliau balon Anwar lagi menerusi Twitter pada sekitar jam 4 pagi Khamis ketika orang sedang nyenyak tidor dan terus tweet beritahu nak adakan sidang akhbar di sebuah restoran di Petaling Jaya jam 11 pagi.
Ramai wartawan berkejar ke sidang akhbar itu kerana ingat Gobala nak umum keluar PKR ke.
Nyata tidak.Beliau terus dengan gamenya balon lagi Anwar depan para wartawan di situ.

Gobala Warning Anwar
Di situ beliau beri amaran keras kepada Ketua Umum PKR tersebut.
“Kalau (parti) pecat saya, saya akan cakap...banyak lagi pasal salah laku beliau (anwar) terhadap kaum Hindu,” katanya yang juga bertegas tidak akan keluar PKR.
Sebabnya, kata Gobala, beliau tidak minta izin Anwar untuk sertai Keadilan sebelum ini dan tidak perlu kebenaran Ketua Pembangkang tersebut jika mahu meninggalkan parti tersebut.
“Saya akan putuskan sama ada mahu keluar atau tidak,” katanya.
Membuktikan, beliau tahu banyak perkara pasal Anwar dan PKR, Gobala dakwa Anwar ada ciri-ciri anti Hindu kerana tidak lantik Exco daripada masyarakat India di Selangor dan tutup kuil Sivan di Bukit Gasing sejak lebih dua tahun lalu.
Katanya, beliau sudah banyak kali bangkitkan isu itu pada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim serta Exco Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, J. Xavier dan ahli parlimen Subang R.Sivarasa berkaitan penutupan kuil itu tetapi tiada respons.
Beliau juga mendakwa memaklumkan perkara itu tetapi Anwar pun buat tidak tahu.
“Mereka beri alasan kuil itu buat ubahsuai tidak ikut pelan dan tiada kelulusan. Ini alasan tidak munasabah,” katanya yang meminta Anwar tidak berpolitik dalam soal agama.
Katanya, jangan nak berpolitik soal tokong dan kuil menanggapnya rasis apabila membangkitkan dua isu tersebut.
Lebih panas lagi, Gobala menuduh Anwar hanya mahu undi orang India tetapi tidak membela nasib mereka terutama dalam isu penutupan kuil tersebut.
“Anwar tunjuk ciri-ciri anti Hindu sebab banyak perkara di Selangor beliau tak peduli. Saya dah beritahu Anwar bahawa ramai Exco di Selangor dan patut ada Exco India kerana 90 peratus masyarakat India di negeri itu adalah Hindu,”.
“Mana boleh seorsng Exco Kristian (Xavier) tahu hal ehwal dan adat penganut Hindu. Walau dia kerja 24 jam, orang nampak dia Kristian. Saya sebut ini bukan sebab rasis. Saya pergi semua tempat agama dan sanggup kena penjara kerana sebab itu,” tegasnya.
Gobala percaya arahan menutup kuil itu kerana ada kaitan dengan sumbangan Tan Sri Vincent Tan serta hubungan kuil itu dengan Datin Sri Indrani.
PKR Tidak Boleh Ambil Tindakan
Menjawab soalan, beliau tidak nampak kenapa PKR atau pakatan rakyat mahu mengambil tindakan terhadapnya yang membangkitkan isu tersebut.
Alasannya, beliau menyuarakan kebenaran malah Datuk Nik Abdul aziz Nik Mat pun pernah ajarnya untuk menyatakan kebenaran.
“Saya katakan kebenaran walaupun ada blog tulis kononnya saya buat macam ini supaya kena pecat. Pakatan Rakyat patut beri ruang pada saya suarakan kebenaran,” ujarnya.
Tempoh Seminggu Untuk Anwar Buka Kuil Semula
Sehubungan itu beliau memberi Anwar tempoh seminggu untuk mengarahkan kuil berkenaan di buka semula atau berdepan ‘road show’ nya membongkar isu itu.
Katanya, kalau Anwar mahu ke Putrajaya, beliau mesti bersih.
Gobala menolak tindak tanduk mengkritik Anwar dan Azmin kerana kecewa tidak dilantik dalam jawatankuasa Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu atau Naib Presiden lantikan diberikan kepada N Surendran yang tidak dikenal dan bukan beliau.
Menyifatkan Surendran sebagai kawan, Gobala sebaliknya mempersoal kenapa bukan ahli dan mereka yang tidak pernah hadir pemilihan parti dilantik.
Imej Anwar Sivaji The Boss Terhakis
Nampaknya Gobala dah set nak lawan habis-habisan Anwar dengan cuba tonjolkan dirinya sebagai pejuang masyarakat kaum India.
Silap gaya, imej Anwar sebagai Sivaji The Boss – boleh bungkus.
Malah tidak mustahil Gobala pula dapat gelaran itu kerana cuba jadi hero bela isu kuil tersebut.
Bahkan beliau turut cuba dapatkan sokongan MIC dalam isu kuil itu dengan membawa Ketua Penerangan Pemuda MIC, S. Subramanian dan bekas orang kuat MIC, K.P Samy dalam sidang media tersebut.-30/12/2010
Anwar TUTUP Kuil Sivan - Gobala
Gobalakrishnan menuntut supaya Anwar dikenakan tindakan disiplin kerana didakwa telah menutup sebuah kuil di Bukit Gasing, Petaling Jaya.
Tambahnya, Anwar juga telah memperkuatkan kepemimpinan Melayu dan Cina di dalam PKR tetapi masyarakat India diabaikan dan jauh diketepikan sejak 12 tahun lalu.
"Hanya orang yang dekat dengan (Anwar) dilantik ke jawatan parti. Seharusnya pertimbangan diberikan kepada masyarakat India dalam parti kerana mereka membentuk kira-kira 40 peratus daripada jumlah ahli.
Gobalakrishnan mendakwa, Anwar bertindak demikian dengan alasan kuil tersebut "tidak mempunyai ciri-ciri India."
"Masalah ini wujud ketika pentadbiran BN di Selangor tetapi mereka tidak bertindak sehingga menutup kuil berkenaan," katanya lagi dalam satu kenyataan.
"Hanya orang yang dekat dengan (Anwar) dilantik ke jawatan parti. Seharusnya pertimbangan diberikan kepada masyarakat India dalam parti kerana mereka membentuk kira-kira 40 peratus daripada jumlah ahli.
"Ini merupakan amalan pecah dan perintah yang jelas daripada Anwar," kata Gobalakrishnan lagi yang merupakan salah seorang calon naib presiden yang tewas dalam pemilihan parti bulan lalu.
Jelasnya, beliau berkata demikian kerana telah tiba masanya untuk menjelaskan "ketidakadilan" yang didakwa berlaku.
Gobalakrishnan yang menganggotai parti itu sejak lebih 11 tahun lalu juga berkata, beliau telah banyak berkorban untuk memperbaiki kehidupan rakyat dan beliau tidak mendapat keuntungan peribadi daripada usahanya itu.
Thursday, December 30, 2010
1Malaysia KEKAL Haram - Ronnie Liu BEBAL
SHAH ALAM 29 DIS: Kerajaan Pakatan Selangor tidak membekukan arahan agar logo '1Malaysia' dipaparkan di papan iklan dan arahan tersebut masih berkuatkuasa, ujar Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew.
Ronnie menegaskan bahawa undang-undang kerajaan negeri hanya membenarkan papan iklan politik sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak menggangapnya sebagai propoganda politik.
Ronnie Tak Berpendidikan
Sebelum ini, bekas Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Khir Toyo mendakwa Ronnie sebagai 'tidak berpendidikan' dan menyatakan undang-undang negeri Selangor membenarkan premis perniagaan untuk menayangkan logo berunsurkan politik.
Khir Toyo juga menekankan bahawa halangan menaikkan papan iklan berunsurkan politik hanya tertakluk kepada kawasan dibawah bidang kuasa PBT seperti lampu jalan dan jalanraya.
Ronnie menyifatkan logo 1Malaysia sebagai mesej politik Barisan Nasional (BN) kerana logo tersebut selalu digunapakai bersama simbol BN
1Malaysia Alat Perpaduan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berulang kali menyatakan '1Malaysia' adalah satu 'alat' untuk menggalakkan perpaduan antara kaum tetapi Ronnie menegaskan bahawa undang-undang kerajaan negeri jelas menghalang apa-apa bentuk iklan yang berunsurkan politik.
"Di bawah Klausa 17, ada senarai bentuk pengiklanan yang tidak dibenarkan dan salah satunya adalah pengiklanan berunsurkan politik," tambah beliau.
Larangan Logo 1Malaysia Bercanggah Dengan Perlembagaan Persekutuan
Larangan penggunaan logo 1Malaysia di Selangor adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata kebebasan mengumpul orang dan memberi lambang menerusi pertubuhan adalah dibenarkan di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
"Larangan itu adalah tidak sah dan Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) mungkin tidak memahami dan menyedari peruntukan yang terdapat di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Mahfuz letak jawatan: Saya tak tahu apa-apa - MB Kedah
KUALA LUMPUR, 30 Dis — Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak tahu apa-apa kononnya Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi anak syarikat kerajaan negeri, Kedah Sato Sdn Bhd baru-baru ini.
Laporan media lewat petang semalam menyebut Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena telah menghantar surat kepada pihak pengurusan syarikat itu dan juga kepada Menteri Besar Kedah.
Ketika dihubungi Azizan berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat berhubung keputusan Mahfuz itu.
“Saya tidak tahu apa-apa, saya juga tidak terima surat lagi.
“Saya tak dapat apa-apa maklumat mengenai (peletakan jawatan Mahfuz) itu,” kata beliau sambil meminta semua pihak jangan buat spekulasi yang bukan-bukan.
Mahfuz berkata beliau telah melepaskan jawatan Pengerusi Kedah Sato berkuat kuasa serta-merta.
Katanya surat peletakan jawatan telah diserahkan kepada pihak pengurusan Kedah Sato minggu lalu yang merupakan anak syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB).
“Tak perlu saya dedahkan sebabnya, elok pihak media bertanya sendiri kepada Kedah Sato,” katanya.
Beliau berkata memandangkan berita itu sudah tersebar sama ada melalui internet ataupun dari mulut ke mulut, beliau mengambil sikap terbuka dengan tidak menafikannya kerana tidak mahu berbohong kepada umum.
“Memang betul apa yang anda dengar. Saya tidak nafikan...,” katanya.
Ditanya beliau telah memaklumkan kepada Menteri Besar, Mahfuz berkata: “Mereka sedia maklum kenapa saya bertindak begitu kerana saya telah jelaskan dalam surat peletakan jawatan saya. Mereka ada jawapannya.”
Desas-desus tentang peletakan jawatan Mahfuz sebagai Pengerusi Kedah Sato tersebar sejak akhir-akhir ini dikatakan berpunca daripada Mahfuz yang tidak bersetuju dengan penganugerahan projek kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender dan tidak mengikut peraturan.
Sila baca juga berkenaan tajuk Sekarang Giliran Pas pula Bertelagah (klik)

IMBASAN Peristiwa POLITIK TAHUN 2010
JANUARI:
1 Jan - Bekas Menteri Penerangan dan bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia pada usia 71 tahun.
FEBRUARI:
12 Feb - Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim mengumumkan keputusan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi anggota Bebas.
28 Feb - Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin keluar PKR untuk sertai Umno.
MAC:
1 Mac- Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng mengumumkan keputusan keluar daripada PKR dan menjadi anggota Bebas.
3 Mac - Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri keluar PKR dan menjadi anggota Bebas.
6 Mac - PKR pecat anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin.
28 Mac - Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menang jawatan presiden MCA menewaskan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting dan penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat dengan majoriti 68 undi pada pemilihan MCA.
APRIL:
25 April - Calon Barisan Nasional P Kamalanathan menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi.
MEI:
14 Mei - Anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong isytihar keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.
16 Mei - Calon DAP Wong Ho Leng menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas Narawi Haron pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu dengan majoriti 398 undi.
JUN:
11 Jun - PAS benarkan calon bukan Islam bertanding menggunakan simbol parti itu semasa pilihan raya tetapi dengan syarat terima dasar dan perjuangan parti itu.
JULAI:
22 Julai - MIC terima Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T Murugiah, yang dipecat daripada Parti Progresif Penduduk (PPP), menjadi anggota MIC.
OGOS:
1 Ogos - DAP pecat ahli Majlis Perbandaran Klang Tee Boon Hock kerana dakwaan menyalahgunakan kepala surat seorang anggota exco Selangor.
SEPTEMBER:
1 Sept - Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Peter Pang En Yin keluar daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) dan menawar untuk melepaskan jawatan kerajaan kerana tidak setuju pendirian parti menentang kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Beliau masih memegang semua jawatan kerajaan.
OKTOBER:
23 Okt - Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu perhimpunan agung Umno bahawa beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turun padang ke seluruh negara tahun depan untuk bertemu anggota Umno dan rakyat.
4 Okt - Calon BN Abdul Aziz Yusoff mengalahkan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dengan majoriti 1,190 undi dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas.
4 Okt - Calon BN Datin Linda Tsen menang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah mengalahkan Presiden Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee dan calon PKR Ansari Abdullah dengan majoriti 6,359 undi.
19 Okt - Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan hasrat untuk keluar daripada PKR ekoran hilang kepercayaan dengan perjuangan parti itu.
20 Okt - BN setuju pinda perlembagaannya untuk memperkenalkan keanggotaan bersekutu dan keanggotaan bergabung secara terus.
24 Okt - Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu meninggal dunia pada usia 91 tahun.
28 Okt - Anggota Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR.
28 Okt - Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok dipilih Pengerusi DAP Selangor.
DISEMBER:
1 Dis - Umno tangguh pemilihan parti 2011 selama 18 bulan.
6 Dis - Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berundur selepas 31 tahun memimpin parti itu dan menyerahkan jawatan kepada timbalannya Datuk G.Palanivel.
13 Dis - MCA tangguh pemilihan parti yang dijadualkan pada 2011, dipercayai mengikut langkah Umno.
15 Dis - DAP turut tangguh pemilihan parti sehingga Ogos 201.2
15 Dis - Zaid Ibrahim menjadi Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), ditukar menjadi Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).
16 Dis - Empat wakil rakyat pembangkang -- Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, S.Sivarasa dan Azmin Ali -- digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana memberi keterangan tidak benar di dewan/ menghina dewan.
17 Dis - Anggota Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur, akibat kencing manis.
27 Dis - Umno Pulau Pinang, Kedah, Terengganu diketuai pengerusi perhubungan yang baru daripada kalangan pemimpin negeri.
--Bernama

JUMAAT (31 Dis) CUTI UMUM - PM
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Rabu mengisytiharkan hari Jumaat, 31 Disember 2010, sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki malam tadi.
Sepanjang tujuh edisi sebelum ini, Malaysia hanya sekali berpeluang melangkah ke perlawanan akhir iaitu pada edisi sulung kejohanan yang dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger pada 1996.
Malam tadi, Datuk Seri Najib telah mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia atas kemenangan tersebut.
"Saya berasa begitu gembira dan bangga atas kejayaan yang diraih pasukan muda Malaysia. Syabas kepada juara Piala Suzuki 2010!," kata beliau menerusi laman sosial Twitter dan Facebook.
Perdana Menteri berkata demikian sejurus kejayaan sulung Malaysia mendakap Piala Suzuki AFF, kira-kira jam 10.20 malam selepas mengalahkan Indonesia dengan keputusan agregat 4-2.
Meskipun tewas 1-2 kepada Indonesia pada pertemuan final kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam ini, trofi itu berpihak kepada Malaysia selepas menang 3-0 di Kuala Lumpur pada final pertama, Ahad lalu. Dalam mesej keduanya dalam bahasa Inggeris lima minit kemudian, Perdana Menteri sekali lagi mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaysia yang menurutnya bermain amat baik.
"Anda bermain baik sebagai satu pasukan dan kejayaan anda memberi kebanggaan kepada negara. Tahniah!," katanya.
Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak lewat malam tadi mengisytiharkan 31 Disember sebagai cuti umum. Berita ini telah dilaporkan oleh kebanyakan media seperti Bernama, Berita Harian Online, Mstar Online, Malaysiakini dan lain-lain.
Dalam kenyataannya kepada Bernama, beliau mengisytiharkan cuti umum berkenaan bagi meraikan kemenangan pertama Malaysia dalam sejarah 14 tahun kejohanan berkenaan.
Sepanjang tujuh edisi sebelum ini, Malaysia hanya sekali berpeluang melangkah ke perlawanan akhir iaitu pada edisi sulung kejohanan yang dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger pada 1996.
Malam tadi, Datuk Seri Najib telah mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia atas kemenangan tersebut.
"Saya berasa begitu gembira dan bangga atas kejayaan yang diraih pasukan muda Malaysia. Syabas kepada juara Piala Suzuki 2010!," kata beliau menerusi laman sosial Twitter dan Facebook.
Perdana Menteri berkata demikian sejurus kejayaan sulung Malaysia mendakap Piala Suzuki AFF, kira-kira jam 10.20 malam selepas mengalahkan Indonesia dengan keputusan agregat 4-2.
Meskipun tewas 1-2 kepada Indonesia pada pertemuan final kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam ini, trofi itu berpihak kepada Malaysia selepas menang 3-0 di Kuala Lumpur pada final pertama, Ahad lalu. Dalam mesej keduanya dalam bahasa Inggeris lima minit kemudian, Perdana Menteri sekali lagi mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaysia yang menurutnya bermain amat baik.
"Anda bermain baik sebagai satu pasukan dan kejayaan anda memberi kebanggaan kepada negara. Tahniah!," katanya.
Wednesday, December 29, 2010
Sekarang GILIRAN PAS Bertelagah
Dewan Ulama PAS Kedah tolak buku Mujahid
Naib Ketua dewan itu, Yusuf Mahmud berkata pandangan dalam buku bertajuk "Menuju Pas Baru" sama sekali tidak perlu lebih-lebih lagi ia disuarakan oleh seorang yang mendakwa dirinya sebagai ahli Pas.
"Dalam keadaan sekarang, ahli-ahli Pas terutamanya pemimpin parti perlu memahamkan masyarakat mengenai kesyumulan Islam dan kesyumulan itulah yang berpijak di bumi nyata," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau yang mewakili Dewan Ulama Pas Kedah menolak buku bertajuk "Menuju Pas Baru" tulisan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas, Dr Mujahid Yusuf Rawa, yang antara lainnya mahu mengubah konsep kepimpinan ulama dalam parti itu dan bahawa Pas perlu berpijak di bumi nyata dan harus "dinasionalkan".
Beliau berkata penerbitan buku itu adalah satu percubaan untuk mengelirukan orang ramai mengenai asas perjuangan PAS yang berteraskan Islam.
"Beliau dilihat cuba menanam rasa benci masyarakat kepada kepimpinan ulama dengan mengatakan bahawa PAS tidak membawa aspirasi nasional, apabila PAS menafikan Perlembagaan Persekutuan dan menamakannya sebagai Perlembagaan Thaghut," katanya.
"Beliau dilihat memberi tekanan agar PAS berubah menjadi parti yang seiring dengan Perlembagaan Persekutuan agar matlamat ke Putrajaya tercapai.
"Perlu diingatkan di sini bahawa matlamat perjuangan PAS bukan untuk ke Putrajaya tetapi untuk menegakkan hukum Allah. Tidak ada gunanya ke Putrajaya jika PAS terhakis asas perjuangannya," katanya.
Katanya idea "menasionalkan PAS" adalah tidak wajar kerana yang sepatutnya diketengahkan ialah Islam dalam pembentukan kenegaraan.
Yusuf berkata kecelaruan Mujahid semakin menjadi-jadi apabila beliau menyarankan supaya dimasukkan dalam latihan perkaderan mengenai perlembagaan, membentuk identiti nasional PAS seperti mengibar Jalur Gemilang, menyanyi lagu Negaraku dan berpakaian kebangsaan.
Buku Kritikan Balas
Dikhabarkan pula bahawa Ustaz Ridhwan Mat Nor ada menyatakan bahawa beliau akan menulis buku untuk mengkritik balik tulisan dari buku "Menuju PAS Baru" ini.
Kita sedang menanti kehadiran buku jawab balas, dan kita sedang nantikan wacana terbuka tentang buku "Menuju PAS baru" dan jawapan balas terhadap buku ini, dengan dihadiri penulis ke dua-dua belah pihak, untuk diwacanakan secara ilmiyyah.
Macam Mana Nak Perintah Negara
Sebenarnya perkara ini telah lama berlaku sejak Pas mula menukar-nukar corak perjuangan (klik) yang menyebabkan rakyat keseluruhan termasuk ahli Pas sendiri pening dan keliru tentang perjuangan mereka yang sebenar.
Pada tahun 1999, sebuah pakatan politik, Barisan Alternatif telah ditubuhkan menjelang Pilihanraya Umum ke 11 diantara parti-parti pembangkang.
Pendirian PAS yang sering mengutamakan prinsip pemerintahan Islam dikatakan menjadi halangan hubungan pakatan tersebut yang menyebabkan ia berpecah dua tahun kemudian kerana dikatakan mempunyai perbezaan ideologi.
Sejak PRU 12 lalu, PAS dilihat telah mengubah pendekatan dimana PAS berkempen diatas platform ‘Kearah Negara Berkebajikan’
Penukaran pendekatan PAS telah dikritik oleh UMNO-Barisan Nasional sebagai parti ‘kluk-klek’ dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Januari lalu.
Ada kritik mengatakan, PRU 12 telah menyebabkan perpecahan pemikiran dikalangan kepimpinan PAS dimana ada diantaranya yang lebih cenderung untuk bekerjasama dengan UMNO daripada terus kekal dengan PKR dan DAP.
Presiden PAS menegaskan tidak ada perpecahan dikalangan kepimpinan kerana tidak ada dalam Islam pemikiran konservatif dan tidak ada pemikiran liberal.
Namun, isu ini jelas telah menyanggah penegasan Haji Hadi bahawa tiada perpecahan dalam Pas.
Kalau begini keadaannya, usah mimpi dan bercita-cita untuk berkuasa di Putrajaya.
Malaysia JUARA Piala Suzuki, TAHNIAH - PM
"Saya berasa begitu gembira dan bangga atas kejayaan yang diraih pasukan muda Malaysia. Syabas kepada juara Piala Suzuki 2010!," kata Datuk Seri Najib Razak menerusi laman sosial Twitter dan Facebook, sebentar tadi.
Perdana Menteri berkata demikian sejurus kejayaan sulung Malaysia mendakap Piala Suzuki AFF, kira-kira jam 10.20 malam selepas mengalahkan Indonesia dengan keputusan agregat 4-2.
Meskipun tewas 1-2 kepada Indonesia pada pertemuan final kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam ini, trofi itu berpihak kepada Malaysia selepas menang 3-0 di Kuala Lumpur pada final pertama, Ahad lalu. Dalam mesej keduanya dalam bahasa Inggeris lima minit kemudian, Perdana Menteri sekali lagi mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaysia yang menurutnya bermain amat baik.
"Anda bermain baik sebagai satu pasukan dan kejayaan anda memberi kebanggaan kepada negara. Tahniah!," katanya.
Malaysia mencipta sejarah membawa pulang trofi Piala Suzuki AFF buat julung kali meskipun seri 1-1 dengan Indonesia pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi.
Dengan keputusan itu, ia menjadikan agregat 4-2 kepada Malaysia selepas pasukan negara menang 3-0 ke atas Indonedia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, Ahad lalu.
Malaysia mendahului Indonesia 1-0 menerusi jaringan penyerang Safee Sali pada minit ke-53 pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno. Pada minit ke-88 pula, Indonesia mendahului Malaysia menerusi jaringan Muhammad Ridwan untuk menjadikan kedudukan 2-1.
Pada babak pertama pula, Indonesia hampir mendahului selepas mendapat sepakan penalti pada minit ke-18 tetapi tendangan Firman Utina dapat diselamatkan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.
Sementara itu, beberapa insiden membabitkan pancaran cahaya laser turut dilakukan penyokong, termasuk ketika Khairul menghadapi tendangan sudut, sepakan percuma dan penalti.

SUK Selangor : Khalid Lemah Ilmu Pentadbiran
Tan Sri Khalid Ibrahim yang pernah pegang jawatan yang tinggi agensi kerajaan sebagai CEO Permodalan Nasional Berhad (PNB) tidak faham bagaimana peraturan perlantikan SUK dibuat.
Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri 1959 adalah jelas dalam hal ini dan begitu juga kuasa Ketua Setiausaha Negara dan Sultan.
Satu dunia tahu Selangor tidak pernah ada entiti perkhidmatan awam yang autonomi sejak dari zaman negara ini merdeka dahulu.
Sejak itu semua perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara dengan restu baginda Sultan.
Mungkin Khalid perlu ambil kursus tunjuk ajar bagaimana nak mentabir negeri dalam bab ini.
Untuk tujuan itu beliau boleh bertanya khabar kepada bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Khir Toyo yang ada di Shah Alam begitu juga Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Kalau segan dengan mereka Tan Sri Abu Hassan Omar pun ada.
Selama ini pun kita tidak pernah dengar cerita semua bekas Menteri Besar ini membantah keputusan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Kata orang mungkin itu kerana selama ini Selangor diperintah oleh Barisan Nasional sehingga pilihanraya umum Mac 2008.
Umum tahu sebagai negeri pembangkang, Khalid tentu mahu bos pegawai kerajaan negeri itu yang seratus peratus ikut telunjuknya.
Apapun peraturan tetap peraturan. Itulah yang dipraktikan selama ini di bawah sistem federalisme di Malaysia.
Lagipun sebagai pegawai tinggi kerajaan yang berpengalaman, Khusrin sendiri tentu tahu beliau perlu akur pada government of the day di negeri Selangor yakni Pakatan Rakyat.
Khalid pun tahu Setiausaha Kerajaan Negeri yang akan bersara Datuk Ramli Mahmud dulu pun pernah berkhidmat lama sebagai pegawai tinggi dalam kerajaan Selangor semasa di bawah Barisan Nasional.
Malah semua pegawai tinggi kerajaan negeri baik yang Dipertua Majlis Perbandaran mahupun Pegawai Daerah juga begitu.
Jika nak turut kehendaknya maka Khalid perlu minta fail semua pegawai tinggi kerajaan dari Jabatan Perkhidmatan Awam untuk teliti mereka yang ikut pandangannya ada ‘semangat pembangkang’.
Menteri Besar Selangor itu tentu akan jadi bahan jenaka kalau beliau bertindak macam orang ‘sasau’ begitu.
Apapun seperti kata Dr Khir Toyo pada Utusan Malaysia, Khalid sendiri sudah letak implikasi ke atas tiga nama pegawai kerajaan yang katanya nak disyorkan kepada Sultan Selangor untuk perlantikan.
Dalam ertikata lain - mungkin tanpa kerelaan mereka - tak tentu fasal timbul prejudis dalam circle perkhidmatan awam sendiri terhadap mereka.
Silap haribulan gelap masa depan mereka.
Inilah tahap kebijaksanaan Khalid berpolitik.

Tuesday, December 28, 2010
PR Kaki Gaduh (GENGSTER)
Tak sudah-sudah.Kini kerajaan Pakatan Rakyat Selangor nak berlaga dengan pegawai kerajaan pula.
Malah ada wakil rakyatnya sudah berani tuduh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Sidek Hassan cuba sabotaj kerajaan negeri itu.
Malah ada wakil rakyatnya sudah berani tuduh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Sidek Hassan cuba sabotaj kerajaan negeri itu.
Isu terbaru ini berbangkit tidak lama selepas beliau mengumumkan lantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru berkuatkuasa 1 Januari depan pagi Isnin.
Umum tahu adalah menjadi bidang kuasa KSN membuat lantikan pegawai tinggi kerajaan.
Khusrin memang antara pegawai tinggi kerajaan yang senior di Selangor dan dikenali sebagai seorang yang tegas dan ‘ no nonsense’ .
Sebelum ini lantikan Setiausaha Kerajaan Negeri di Selangor tidak pernah jadi masalah.
Soalnya kenapa kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim jadi tak sedap badan pada Khusrin.

Apakah kerana beliau dilihat ‘berlaga pendapat’ dengan kerajaan negeri dalam beberapa isu berhubung penguatkuasaan agama di Selangor.
Di pihak pembangkang ada yang dakwa beliau ‘tak sehaluan’ dengan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu.
Mohd Sidek dalam kenyataan lantikannya memberitahu pelantikan Khusrin telah mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah.
ADUN Kampung Tunku Pertikai Kuasa Sultan
ADUN (DAP) Kampung Tunku, Lau Weng San telah dengan berani mempertikaikan kuasa Sultan dengan menyatakan bahawa tidak disebut dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 bahawa perlantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan baginda.
Tetapi sebaliknya beliau meminta agar pelantikan tersebut perlu mendapat persetujuan kerajaan negeri Selangor memandangkan setiausaha kerajaan negeri merupakan pegawai utama yang akan berkerja bersama-sama dengan kerajaan negeri Selangor.
Jadi disini jelas bahawa beliau telah meletakkan Sultan lebih rendah daripada kerajaan negeri Selangor.
Jika soal peraturan dalam pelantikan tidak diambil kira kerana KSN berhak melantik sesiapa sahaja namun, perkenan Sultan adalah perlu kerana tuanku adalah pemerintah tertinggi di negeri Selangor.
Adakah Pakatan Rakyat jenis yang suka cari gaduh dan akan terus bergaduh dengan semua orang atau menggunakan kata-kata Nik Aziz, mereka ini adalah 'Gengster'.
Posting Terdahulu berkaitan isu Datuk Khusrin :SUK Selangor - PKR GIGIL lalu sanggup DERHAKA(klik)
PKR Tak Suka, Pengarah JAIS ditukar??(klik)
PKR TERUS BERGOLAK - Gobala Kena Tindakan?
KUALA LUMPUR, 27 Dis — Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mempertimbangkan tindakan disiplin ke atas Ahli Parlimennya N. Gobalakrishnan, yang dilihat mula memberontak dengan kecaman-kecaman pedas terhadap kepimpinan parti itu, bulan depan.
Setiausaha agung parti Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa beliau telah menerima banyak aduan daripada akar umbi berhubung tindakan wakil rakyat Padang Serai itu menyerang beberapa pemimpinnya menerusi Twitter.
Saifuddin berkata, beliau akan memanjangkan aduan-aduan yang diterima kepada pemimpin parti ketika mesyuarat biro politik bulan depan, yang lazimnya bertemu setiap minggu, untuk membincangkan nasib Gobalakrishnan.
“Saya akan membangkitkan perkara ini dan menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi. Saya tidak boleh mengambil tindakan disiplin ke atas beliau tanpa membawa perkara ini kepada pemimpin-pemimpin parti.
“Menerusi perbincangan, biro politik akan membincangkan sama ada perlu mengeluarkan surat tunjuk sebab,” kata beliau.
Tambah beliau, ahli-ahli parti mengadu bahawa kepimpinan parti perlu merapatkan kerjasama selepas mengalami kesan teruk ekoran pemilihan parti baru-baru ini.
“Mereka melahirkan rasa tidak puas hati ke atas Gobalakrishnan, selaku pemimpin kanan parti, melahirkan rintihan di khalayak,” katanya lagi.
“Mereka merasakan beliau harus tahu peraturan (parti),” kata Saifuddin.
Malah kata beliau, ramai ahli berpandangan bahawa Gobalakrishnan cuba berusaha untuk memprovokasi parti agar mengambil tindakan memecatnya.
“Ini pandangan tulen ahli-ahli biasa. Mereka mengadu menerusi SMS, ada yang menghubungi saya. Mereka tidak gembira dengan beliau,” katanya.
Saifuddin menambah, Gobalakrishnan seharusnya menggunakan kelantangan beliau untuk faedah yang lebih baik daripada menyerang pemimpin-pemimpin sendiri dalam PKR.
“Saya tahu beliau sejak hari pertama dan beliau sentiasa kritikal, lantang dan berani. Ia satu aset kepada parti jika digunakan untuk tujuan yang baik,” katanya.
Saifuddin menambah, PKR ada ruang yang secukupnya bagi ahli-ahli parti melahirkan rintihan mereka.
Saifuddin juga menekankan, parti belum lagi mengisi tujuh jawatan dalam kepimpinan tertinggi dan juga nama ketua-ketua perhubungan negeri.
“Kami akan menyelesaikan semua ini pada minggu pertama bulan depan,” kata beliau sambil menambah, ahli-ahli PKR seharusnya memfokus untuk bersedia menghadapi pilihan raya umum.
Posting sebelum ini, Gobala Hentam Anwar-Azmin dalam Twitter(klik)
Monday, December 27, 2010
SUK Selangor - PKR GIGIL lalu sanggup DERHAKA
Menurut kenyataan pejabat Khalid, selepas sesi temuduga, panel yang ditubuhkan kerajaan negeri sebelum ini memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.
"Menteri besar kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada DYMM Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan.
Jadi apa maknanya itu..
Maknanya Sultan tidak bersetuju dengan calon-calon Khalid dan Baginda telah memilih calon yang sesuai untuk memperbetulkan Khalid dan pemerintahan negeri Selangor yang kacau bilau pada masa ini.
Lalu Khalid pun gigil dan gentar tidak terkata....
Baru beberapa jam pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor diumumkan, kerajaan negeri mengeluarkan kenyataan bahawa perkara itu belum muktamad.
Adakah Khalid sudah bersedia menjadi Sultan atau beliau telah menjadi gila kuasa lalu sanggup MENDERHAKA kepada Sultan. Beliau lupa yang kenyataan itu telah membelakangkan pelantikan yang telah mendapat perkenan Sultan dan tindakan itu merupakan tingkah laku PENDERHAKA.
Sebelum ini KSN telah mengumumkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Khusrin Munawi dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuatkuasa 1 Januari.
Mohd Khusrin, 54, menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember, lapor agensi berita nasional Bernama.
Pelantikan Mohd Khusrin dan Marzuki mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan hari ini.
Perlantikannya itu dijangka akan membersihkan Kerajaan negeri yang sejak ahkir-akhir ini bergelumang dengan pelbagai masalah seperti kecurian pasir dan sebagainya.
Tempat Mohd Khusrin akan diambil alih oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam Marzuki Hussin, 56, juga mulai 1 Januari.
Mohd Khusrin, berkelulusan ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Kajang dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat.
Laporan Sebelum Ini Mengenai Pengarah JAIS
Sunday, December 26, 2010
Piala Suzuki : Malaysia 3, Indonesia 0
KUALA LUMPUR, 26 Dis: Malaysia menang selesa 3-0 ke atas Indonesia pada final pertama Piala Suzuki AFF, di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Gol Malaysia diperoleh menerusi Safee Sali pada minit ke-60 dan 72, manakala Asaari Shamsudin pada minit ke-67.
Skuad negara akan bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta Rabu ini untuk final kedua.
Dengan kemenangan itu, Malaysia semakin hampir mendakap Piala Suzuki AFF dengan berbekalkan tiga gol di Indonesia nanti.
Perlawanan agak seimbang pada separuh masa pertama tetapi beberapa peluang Malaysia untuk mendahului tidak dapat disempurnakan.
Masuk separuh masa kedua, Malaysia menggandakan asakan dan pada minit ke-50 pengadil terpaksa menangguhkan perlawanan hampir 10 minit berikutan tindakan penonton memancarkan cahaya laser ke arah pemain.
Gobala Hentam Anwar-Azmin dalam Twitter
Genap seminggu dua orang kuat PKR yakni Ahli Parlimen Padang Serai, Kedah, N Gobalakrisnan dan Exco PKR Selangor Elizabert Wong bergasak secara terbuka dalam Twitter hingga Dr Lolo Ghazali dari PAS tweet balik tegur jangan ‘ selak kain’ secara terbuka begitu.
Rupanya ada geram dihati Gobala yang terus membara.
Sabtu satu dunia boleh baca beliau lanyak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan orang kepercayaannya Azmin Ali secara terbuka menerusi Twitter dari lewat pagi sampai petang.
We have talked to you many times about all this but you only listen to Azmin. What is so great in Azmin that we r not.Itu antara Gobala kata pada Anwar.
Merujuk hal Azmin ini katanya: Azmin Ali has been against Indians in PKR since 2002 and though I suffered I was patient.
Lagi kata Gobala: I have tolerated too long.Party needs to move in the right direction.
Entah le…apakah ini satu lagi gempak keling.Apapun bunyi macam calon yang baru-baru ini tewas dalam pemilihan jawatan Naib Presiden PKR nak bakar jambatan.
Antara tweetnya lagi:

Its time for Pakatan Rakyat leaders to know that every ordinary member of Pakatan Rakyat powers equal to Azmin, Ketua Umum and others.
Harap harap Mustafa Kamil Ayub tidak tingalkan pkr krna dialah paling di benci Azmin skrg
Punca beberapa pemimpin spt Ezam, Ruslan, RO dan Zaid tinggalkan pkr ia lah Azmin
Semua orang PKR tahu Gobala angin betul bila Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail minggu lalu umum peguam N Surendran sebagai salah seorang dari tiga Naib Presiden (dilantik).
Geramnya kerana hajat dihatinya nak jadi Sivaji The Boss bagi kaum India dalam PKR.Sebaliknya Surendran yang tidak begitu dikenali yang dapat tempat.
Sekalipun dikenali dengan berbagai aksi cacamarba dan terpekik terlolongnya,Gobala kini adalah antara orang lama fighter dalam PKR yang semakin dipinggirkan.
Sumber-sumber dalam parti itu memberitahu Agendadaily apa yang kini menimpa Gobala tidaklah menghairankan.
Ini mengenangkan banyak muka-muka lama pejuang asal reformasi sudah disisihkan dari kepimpinan parti itu.
Sebaliknya semakin ramai muka-muka baru yang potong que apa lagi bila ternampak ‘nikmat kuasa’ selepas pilihanraya umum Mac 2008.

Pemimpin PKR 'selak kain' menerusi twitter…sampai Dr. Lolo PAS tegur
Belumpun para wartawan sempat selesai tulis berita tentang pengumuman pelantikan oleh Azizah, rasa tak puas hati sesetengah pemimpin PKR diluahkan melalui twitter masing-masing.
Antaranya dua orang kuat PKR bergasak secara terbuka dalam twitter iaitu Ahli Parlimen Padang Serai, Kedah, N Gobalakrisnan dan Exco PKR Selangor Elizabert Wong.
Drama itu bermula apabila Gobalakrisnan tweet persoal “adakah DSAI buat keputusan yang betul untuk orang India di Malaysia?”
Ia dipercayai ada kaitan dengan pengumuman Wan Azizah bahawa antara salah seorang daripada tiga orang yang dilantik naib presiden parti itu adalah N Surendran.
Surendran bukanlah pemimpin di kalangan arus perdana parti itu.
Surendran bukanlah pemimpin di kalangan arus perdana parti itu.
Perlantikan peguam itu dipercayai atas ‘kuota’ India yang menyebabkan Gobalakrisnan 'angin satu badan’.
Beliau yang tewas dalam pemilihan jawatan Naib Presiden dikatakan menaruh harapan dilantik ke jawatan itu.
Tweet beliau dijawab oleh Elizebert Wong “MPP buat keputusan yang betul untuk rakyat Malaysia,”
Gobalakrisnan jawab balik kata “(keputusan) tu bukan untuk MPP atau awak tapi untuk Anwar. Saya tidak tipu atau guna orang lain untuk tipu dengan kertas undi,” tweet beliau.
Tunggu punya tunggu Elizebert tak jawab-jawab, Gobalakrisnan tweet lagi, “Aku tunggu awak jawab seperti aku pertahankan awak ketika gambar bogel awak diedarkan,”
Tunggu lagi Elizebert Wong tak jawab-jawab, Gobalakrisnan naik ‘syeikh’ gamaknya apabila dia tweet “Elizebert pergi tengok diri engkau di cermin sebelum kau kata pada orang yang Gobala akan sertai ( parti AKIM ) Zaid.”
Gobala diketahui penyokong Zaid semasa beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.
Gobala diketahui penyokong Zaid semasa beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.
Panas hati Gobalakrisnan bagai tak boleh dibendung lagi apabila dia tweet pula tanya Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar “Surendran ini ahli cabang mana?”
Jawab Nurul Izzah, “Surendran ahli cabang Lembah Pantai,”
Tak lama kemudian Gobalakrisnan terus serang Anwar sendiri apabila dia tweet pada Anwar “keangkuhan kuasa menafikan pembangunan sesuatu masyarakat melalui kebencian antara pimpinan,”
“26 keluarga di ladang Tuan Mee Ijok masih kongsi air minuman dengan itek,” kata Gobalakrisnan.
Ladang Tuan Mee adalah kawasan estet di Ijok DUN bawah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Perang twitter yang boleh dibaca ribuan penyokong pembangkang itu turut meresahkan pemimpin PAS.
Ini berikutan sebuah portal berita siar semua twitter itu ‘online’ tanpa tapis yang menyebabkan semua orang boleh baca.
Buktinya apabila, AJK PAS Pusat Dr Lo Lo’ Ghazali yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa pun ‘join’ tweet sama - yang jelas menegur perbuatan selak kain di khalayak ramai ini.
Dia tweet Gobala: “Cakap terus dengan DS (Anwar) apapun masalah dalaman, kenapa tweet kepada umum. Direct message/sms ” kata beliau yang memang selama ini kuat pertahan PKR .
Cuma kalau Gobalakrisnan pandai dia patut jawab, “habis kenapa awak pun tweet marah saya pada umum juga?”
Ini baru cerita twitter mereka berdua. Belum lagi lain-lain yang dengar cerita turut adu komplen mengenai lantikan-lantikan yang dibuat. -18/12/2010
Ini baru cerita twitter mereka berdua. Belum lagi lain-lain yang dengar cerita turut adu komplen mengenai lantikan-lantikan yang dibuat. -18/12/2010
Janji 100 hari - PR TERPERANGKAP
Datuk Nik Aziz dilihat seolah-olah terpukul dengan janji 100 hari Pakatan Rakyat kerana janji-janji dibuat yana seolah-olah memperjuangkan penjawat awam sebenarnya tidak realitik dan mereka sedar ianya tidak dapat dilaksanakan seperti juga di neger-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Jadi Nik Aziz selaku pemerintah salah sebuah negeri tersebut merasa terpukul kerana selama ini beliau tidak mampu memberi apa-apa kelebihan kepada penjawat awam di negeri Kelantan.
Maka, beliaupun mengelak dengan menyatakan itu semua JANJI.....KALAU.....
Logikkah jika di rumah sendiri (lebih kecil) kita tak mampu lakukan, kita pergi berjanji untuk dilaksanakan diseluruh kampung (lebih besar)? Di sebuah negeri (kecil) kita tidak mampu buat, kita berjanji nak buat diperingkat negara (besar)?
PENGKALAN CHEPA, 25 Dis: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan hasrat Pakatan Rakyat untuk melaksanakan program 100 hari jika ditakdirkan dapat menawan Putrajaya dalam PRU akan datang.
Beliau menjelaskan perkara tersebut akan dilaksanakan setelah dapat menawan kerajaan pusat bukannya untuk dilaksanakan di negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat masa kini.
“Kita akan laksanakan bila Pakatan dapat memerintah Pusat, tunggulah dan janganlah pulak nak jadi gangster”kata beliau lagi ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin agar ia dilaksanakan terlebih dahulu di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat masa kini.
PR Dicabar Naikkan Gaji Penjawat Awam di Negeri yang Diperintah (klik)
KUALA LUMPUR 24 Dis — Timbalan Perdana Menteri hari ini menolak dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau memperlekehkan peranan guru apabila mempertikaikan tawaran pembangkang untuk memperkenalkan imbuhan khas RM500 seorang setiap bulan.
Saya gembira mendengar tawaran ini tetapi apa yang saya katakan adalah kita perlu melihat secara keseluruhan untuk menterjemahkan apa yang dikatakan tawaran ini dalam hakikat sebenar. Janji biarlah realistik.
Justeru, Muhyiddin mencabar penasihat Parti Keadilan Rakyat PKR itu untuk melaksanakan kenaikan gaji bagi pegawai-pegawai awam di negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang dahulu sekiranya pembangkang benar-benar prihatin dengan nasib penjawat awam.
Logo 1M'sia - PR Perintah Ala Keldai
Ini contoh pemerintah ala keldai yang membuat sesuatu dasar tanpa kajian dan penelitian terlebih dahulu. Apa yang terlintas difikiran sambil sembang-sembang kedai kopi, mereka membuat dasar Kerajaan Negeri.
Bila rakyat dah terangkan dengan jelas bahawa logo 1Malaysia bukan propaganda Barisan nasional, barulah mula terpinga-pinga macam orang bodoh. Sebelum ini main hentam saja, ikut sedap nak buat apa mentang-mentang ada kuasa.
Inilah yang akan berlaku jika orang yang tidak reti memerintah diberi kuasa, jadilah macam tikus membetulkan labu.
Apa yang menariknya, Ronnie yang mengeluarkan arahan pun tidak tahu penguatkuasaan telah dibuat di Sabak Bernam. Asyik dok nafi.
Kalau arahan telah dibuat, seluruh Selangor lah terpakai, apa yang nak pelik penguatkuasaan dibuat di Sabak Bernam ke, Hulu Selangor ke..
Kalau tidak tahu memerintah, serah saja pada yang berpengalaman.
Kalau dah rosakkan pemerintahan Selangor, jangan haraplah nak hancurkan pemerintahan Malaysia pula. Jangan ingat rakyat Malaysia semua bodoh.
Arahan Larangan Logo 1Malaysia dibekukan
25 Dis, Exco perumahan dan kerajaan tempatan Selangor, Ronnie Liu mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya membekukan larangan terhadap LARANGAN penggunaan logo 1Malaysia dalam bahan pengiklanan sehingga diberitahu kelak.
Larangan itu dibekukan sementara kerana kekeliruan mengenai logo 1Malaysia yang mana dianggap sebagai propaganda BN dalam bahan iklan.
"Masih ada kesamaran mengenai apa yang dianggap sebagai tindakan politik oleh BN dan sebaliknya," katanya
Menurut Liu lagi, banyak PBT yang masih belum jelas mengenai bentuk bahan iklan yang tertakluk kepada larangan tersebut.
Tambahnya, beliau akan meminta semakan semula terhadap larangan tersebut dalam mesyuarat exco akan datang sebaik sahaja Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kembali daripada bercuti, yang dijangka awal Januari ini.
Liu bagaimanapun terkejut ketika diberitahu bahawa Majlis Daerah Sabak Bernam telah menguatkuasakan larangan tersebut sejak Jun tahun ini.
"Setakat yang saya tahu, hanya Majlis Daerah Kuala Langat menurunkan beberapa papan iklan yang memaparkan logo 1Malaysia," katanya.
Najib: 1Malaysia bukan alat politik BN
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata konsep 1Malaysia adalah untuk membina sebuah negara dan bukan bagi tujuan politik.
Beliau berkata tanpa ragu-ragu, semangat bersama ini dan mampu untuk bangkit melangkaui perbezaan politik, adalah penting dalam memastikan keamanan dan kestabilan berterusan di negara ini.
"Sungguhpun ada sesetengah mungkin memikirkan (1Malaysia) adalah untuk tujuan politik tetapi ia sebenarnya bagi tujuan membina sebuah negara.
"Ia untuk kita untuk bersama, bagi kita untuk merasakan bahawa kita adalah milik sebuah negara, seorang dengan satu wawasan dan itulah untuk kita mara ke hadapan bagi membina kemakmuran, keharmonian dan kejayaan sebenar sebuah negara pada Abad ke-21," katanya dalam ucapan pada Jamuan Teh Krismas anjuran Ketua Biskop Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, di kediaman beliau di ibunegara hari ini.
Beliau berkata pada dunia hari ini di mana sekumpulan kecil ekstremis telah mengenepikan suara kewarasan dan mengabaikan agenda keamanan dan kesederhanaan, yang kesederhanaan adalah penting dalam setiap kepercayaan umat Muslim, penganut Kristian, Hindu dan Buddha di kalangan kita untuk bercakap bagi menuntut tempat yang sewajarnya dan moral yang tinggi.
Najib juga berkata bahawa agama mengajar kita untuk toleransi, prihatin dan menghormati kepercayaan dan amalan yang lain
DISKAUN KADAR TOL (22-31 Dis 2010) - Ramai Tak Perasan
Malam tadi kami sekeluarga keluar ke Kuala Lumpur, bermula dari tol Grand Saga kami perhatikan ramai yang tidak perasan tentang diskaun tol yang diberikan bermula 22 -31 Disember 2010 sempena perayaan Krismas dan Tahun Baru.
Di plaza tol Grand Saga berhampiran Maktab PDRM, kereta dihadapan kami menyerahkan RM1 kepada jurutol dan terus beredar walaupun harga pada skrin menunjukkan RM0.90. Mungkin telah terbiasa kadar tol RM1 di situ. Dijangkakan ramai yang akan terlepas pandang dan jurutol akan mengaut keuntungan yang berganda sehari dua ini hasil lebihan 10 sen yang tidak diambil oleh pemandu.
Tiba di plaza tol berdekatan Bandar Sri Permaisuri (tol Cheras RM0.50), kereta di depan pula tidak bergerak sedangkan bayaran telah dibuat. Rupa-rupanya sedang bertanyakan tentang diskaun tol kepada jurutol. Di plaza tol ini pemandu dimaklumkan lebih awal oleh jurutol, "40 sen ye encik".
Di trowong SMART, kadar tol juga diturunkan kepada RM1.80 berbanding harga asal RM2.00.
Semua pemandu dinasihatkan tidak membayar tol pada kadar biasa disepanjang tempoh pemberian diskaun kerana ini merugikan mereka.
Disamping itu, fikir-fikirkan lah bahawa Kerajaan BN pada hari ini membuat sesuatu tanpa kecoh-kecoh seperti Janji 100 Hari PR yang merupakan janji-janji kosong, sebaliknya kerajaan sekarang melakukan apa saja demi kebaikan rakyat.
Janji...siapapun boleh berjanji..Nak laksanakan itu yang susah.
Sebelum ini Berita Harian ada melaporkan tentang pemberian diskaun kadar tol.
KAJANG, 23 Dis: Sejumlah 22 syarikat konsesi lebuh raya akan memberi diskaun kadar tol dalam bentuk tunai dan rebat dari 5 hingga 37 peratus, bermula dari 22 hingga 31 Disember ini bersempena perayaan Krismas dan Tahun Baru.
Diskaun itu diguna pakai untuk semua kelas kenderaan dengan kadar diskaun antara 20 sen hingga 60 sen.
Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir Ismail Md Salleh, berkata semua konsesi bersetuju untuk menanggung pemberian insentif diskaun RM1 juta, dan diharap pengguna dapat menggunakannya dengan sebaik mungkin.
Sesetengah konsesi memberi diskaun dari jam 12 malam hingga 7 pagi, bertujuan menggalakkan pengguna menggunakan lebuh raya, di samping mengurangkan kesan kesesakan, katanya di Ibu Pejabat LLM, semalam.
Antara konsesi lebuh raya terbabit ialah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Duta Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga) dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).
Syarikat lain terbabit ialah Lebuhraya Koridor Guthrie, Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuhraya KL-Putrajaya (KLP), Lebuhraya SMART, Lebuhraya Kajang SILK, Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuhraya METRAMAC, Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) dan Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE).

Saturday, December 25, 2010
Isu Syiah : TUTUP PINTU NERAKA ITU!

Petikan Tulisan Azli Shukri
Kepada sesiapa yang masih mahu mempertahankan ajaran Syiah Imam 12 atau yang seangkatan dengannya, cubalah renung dan baca tulisan-tulisan di sini, semoga Allah membuka hati dan memberi hidayah kepada tuan-tuan.
Klik di sini, di sini, di sini, di sini, di sini, di sini, di sini, di sini, di sini, di sini
Cukuplah rasanya bukti-bukti ini bagi menolak fahaman Syiah yang jelas menyimpang jauh daripada ajaran Islam yang sebenar.
Sekiranya kita mengaku sebagai ahli akademik dan golongan ilmuan, apakah kita masih tergamak menolak segala bukti ini demi mempertahankan ajaran dan ideologi Syiah semata-mata atas alasan demokrasi dan kebebasan beragama?
Syiah bukan salah satu mazhab dalam ajaran Islam, pokok akidahnya sangat jauh daripada ajaran dan amalan Islam yang sebenar - segala hujah dan alasannya sangat lemah dan tidak bersifat akademik yang menyeluruh.
Saya masih tidak faham mengapa masih terdapat para intelektual di negara ini sangat mudah terpengaruh dan begitu teruja dengan kehebatan Iran - lalu dengan segala kehebatan pensenjataan Iran dijadikan hujah dan alasan, bahawa Syiah itu berada dalam ladasan yang benar!
Kita terlalu mudah ditipu dan akhirnya tanpa ilmu dan kajian yang holistik, kita bertindak memberi sokongan dan dukungan bahawa Syiah itu tidaklah seburuk yang kita fikirkan! Nauzubillah min zalik.
Soalan saya hanya satu, apakah ada perbezaan antara penganut fahaman Syiah dengan Penyokong dan pendukung ideologi Syiah? Antara keduanya itu, yang mana lebih merbahaya?
Yang lebih pelik, sekiranya terdapat fahaman Syiah dalam kesusasteran Melayu lama/tradisional, mengapa perlu dirai dan dihidupkan semula kesesatan itu?
Bukankah dengan menghidupkan semula wajah Syiah dalam sastera Melayu lama hanya membenarkan lagi hakikat fahaman yang sedang kita anuti?
Setiap daripada kita ada tanggungjawab, sekiranya kita benar-benar ikhlas dan memahami sesungguhnya Syiah adalah ajaran yang terkeluar daripada Islam, apakah kita tergamak menghidupkan kembali beberapa amalan Syiah yang ternyata sesat dengan beralaskan kepada alasan - ini adalah kebebasan dalam berkarya? fikir-fikirkan, semoga Allah meredhai kita semua. Wallahualam.
![]() |
| Syiah Solat Sujud Atas Batu Ini |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(202)
-
▼
December
(84)
- Kematian Maizawati TIDAK BENAR
- Prof. Dato' Radin Umar, NC UPM baru
- INTERLOK - Permainan Politik India
- SALIB - PR Sangat Bodoh
- Anwar TAKUT untuk PECAT Gobala?
- Anwar TUTUP Kuil Sivan - Gobala
- 1Malaysia KEKAL Haram - Ronnie Liu BEBAL
- Mahfuz letak jawatan: Saya tak tahu apa-apa - MB K...
- IMBASAN Peristiwa POLITIK TAHUN 2010
- JUMAAT (31 Dis) CUTI UMUM - PM
- Sekarang GILIRAN PAS Bertelagah
- Malaysia JUARA Piala Suzuki, TAHNIAH - PM
- SUK Selangor : Khalid Lemah Ilmu Pentadbiran
- PR Kaki Gaduh (GENGSTER)
- PKR TERUS BERGOLAK - Gobala Kena Tindakan?
- SUK Selangor - PKR GIGIL lalu sanggup DERHAKA
- Piala Suzuki : Malaysia 3, Indonesia 0
- Gobala Hentam Anwar-Azmin dalam Twitter
- Janji 100 hari - PR TERPERANGKAP
- Logo 1M'sia - PR Perintah Ala Keldai
- DISKAUN KADAR TOL (22-31 Dis 2010) - Ramai Tak Per...
- Isu Syiah : TUTUP PINTU NERAKA ITU!
- Sambutan Tahun Baru : PAS BENARKAN
- Senarai Calon DUN Tenang - PAS 4, UMNO 7
- PR Dicabar Naikkan Gaji Penjawat Awam di Negeri ya...
- BN Tak Pentingkan PENDIDIKAN RAKYAT - anwar
- Piala Suzuki - JANGAN BIAR INDON PERINTAH Stadium
- Boleh Pulak Serah Memorandum TANPA KECOH-KECOH
- Buai laju-laju dongeng imbuhan RM500 sebulan
- PKR Tak Suka, Pengarah JAIS ditukar??
- Haram Logo 1Malaysia, PR Selangor TERDESAK
- Kes ADUN Selising - Imej Pas TERCALAR, UMNO kena b...
- Sumpah MELAYU beragama ISLAM
- Kes ADUN Selising - imej PAS Tercalar??
- Kes SAMAN Bekas Permaisuri Agong
- “Sultan Yang Setan" DIBERKAS
- Kerajaan PR Selangor HARAMKAN logo 1Malaysia??
- PARLIMEN di TANGGUH Hari Ini
- Dana RM10 juta Untuk Blogger
- Janji Yang Boleh Bikin Negara Bangkrap
- Felda: Pembangkang tak lojik
- KITA bawa KEWARASAN dalam POLITIK M'SIA?
- DAP langgar JANJI Pakatan Rakyat
- PRK DUN Tenang - PAS kalahkan DAP
- Anwar, Azmin, Karpal & Sivarasa DIGANTUNG 6 BULAN
- 1951 - 15 Dis 2010 Presiden KITA
- HINA DEWAN - Azmin, Sivarasa & Kapal Singh diusul ...
- PAS (Islam), UMNO (Melayu), AKIM (Islam & Melayu)
- Enrolmen KTAR - JAWAPAN KEPADA PEMBERI KOMEN
- LIWAT :bapa Saiful hantar surat kepada Yang di-Per...
- ENROLMEN PELAJAR KTAR - Keadilan Cina
- RAMPASAN Kuasa PRU-13 Mahfus TAK BERAKAL
- Syed Hussein Alattas SAMAN BALAS Aishah
- Zaid Ibrahim SERTAI AKIM
- SIASAT Penerima 1st Class Degree di UTAR
- Pemuda MIC dah MULA TUNTUT KERUSI PRU-13
- PAS : Usah Bangkit Tentang NEGARA ISLAM LAGI
- Anwar ‘tolak’ pendedahan WikiLeaks
- Penerbit SEEKERS: Nak Guna Nama Seekers, Hentikan ...
- WikiLeaks: KES LIWAT - Anwar "DIPERANGKAP"
- Melayu Mesti Baca : CINA SELALU UNTUNG
- 3 Mahasiswa DITAHAN: Adakah mereka SUDAH MATANG
- YB Wangsa Maju : SELCAT mesti SIASAT Ahli MPKJ ter...
- Kenapa Datuk Nazri LAYAN Namewee??
- PKR, DAP perkudakan PAS, MCA dapat ilham PERKOSA U...
- Pembangkang KELUAR Dewan
- Tokoh Maal Hijrah Terengganu Patutnya HAJI HADI??
- Anwar jadi PM, PAS jadi BODOH
- Khir Toyo terkena BADI PENYAPU sendiri
- KU LI DERHAKA??
- SAMY VELLU dengan rasmi LETAK JAWATAN Presiden MIC...
- LIWAT : Usaha Lucut Hakim GAGAL
- Kenapa PR beria-ria nak MAHASISWA JADI AHLI PARTI ...
- Baju Hitam PATUH, Baju Merah DITANGKAP
- SAIFUL Buat Pengakuan di MEKAH
- AISHAH SAMAN SEEKERS - ramai tunggu KEADILAN
- Singapura Ke-7 Dunia dalam Pelepasan Karbon Dioksi...
- KPT diminta siasat pelacuran pelajar IPT
- SAH NAIK HARGA : Petrol, Diesel, Gas & Gula
- Boleh Ke Bukan Islam BACA QURAN??
- PRU13 - Mampukah PAS tawan Terengganu
- TIMB. PERDANA MENTERI CINA, anda setuju??
- CELAH GELEGAR RANKING KE-59 Blog dan Portal Politi...
- Dr M: Lupakanlah Sejarah, Keturunan, Belakangkan B...
-
▼
December
(84)
Blog List
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Bacaan Doa - Selamat Pulang Wira Negara2 months ago
-
-
-
-
-
DEMONSTRASI1 year ago
Labels
- PAS (223)
- Artis (149)
- PKR (120)
- Pakatan Rakyat (87)
- Perpaduan PAS UMNO (86)
- Pelik (82)
- UMNO (78)
- Anwar (64)
- Selebriti (57)
- sex (54)
- DAP (51)
- Barisan Nasional (44)
- Antarabangsa (33)
- Hudud (32)
- Bersih (30)
- AUKU (25)
- Najib (23)
- Sukan (23)
- Kementerian Pengajian Tinggi (22)
- Murtad (22)
- Islam (20)
- Debat (18)
- Perhimpunan Agung UMNO 2011 (18)
- Jenayah (17)
- Lynas (17)
- Universiti (17)
- PAS Sesat (15)
- Aziz Bari (14)
- PRU 13 (14)
- Parlimen (14)
- Teknologi (14)
- Agama (13)
- Liwat (12)
- MCA (12)
- PTPTN (12)
- Meninggal Dunia (11)
- SUK Selangor (11)
- Bantah Azan MAsjid (10)
- Bunuh (10)
- Interlok (10)
- Nik Aziz (10)
- Perkhidmatan Awam (10)
- Pilihan Raya Kecil (10)
- Sultan (10)
- mat sabu (10)
- Rosmah (9)
- komunis (9)
- polis (9)
- Azmin Ali (8)
- Bajet (8)
- Pelajar Berpolitik (8)
- Pendidikan (8)
- Rogol Amah (8)
- Audit (7)
- Cina Berkuasa (7)
- Gobala (7)
- Kemalangan (7)
- Kesihatan (7)
- Mesir (7)
- Teks Ucapan (7)
- Tun Mahathir (7)
- pengajian tinggi (7)
- Ambiga (6)
- Amuk (6)
- DUN Selangor (6)
- DUN Tenang (6)
- Fakta Kaum Cina (6)
- Nikah (6)
- Rasuah (6)
- Bendera (5)
- Keluar Parti (5)
- Khalwat (5)
- Malaysia Maju (5)
- Tunjuk Perasaan (5)
- bogel (5)
- BN Kelantan (4)
- Bebas (4)
- Harga Minyak (4)
- Harga Naik (4)
- Indonesia (4)
- Isu Kaum (4)
- Masjid (4)
- National (4)
- PERKASA (4)
- ekonomi (4)
- kuasa (4)
- Air Asia (3)
- Banjir (3)
- Bencana Alam (3)
- Cabul (3)
- Facebook Tutup (3)
- Gaduh (3)
- Korporat (3)
- Larangan Orang Islam Kerja di Pub (3)
- Luar Negara (3)
- Merdeka (3)
- Miss (3)
- Parti KITA (3)
- Pelan 100 Hari PR (3)
- Rogol (3)
- SPR (3)
- Sarawak (3)
- Sejarah (3)
- Singapura (3)
- Warga Asing (3)
- 1Malaysia (2)
- Bangunan Tinggi (2)
- Blogger (2)
- Bunuh Sosilawati (2)
- DUN Merlimau (2)
- Dr. Mahathir (2)
- Gaddafi (2)
- Hari Malaysia (2)
- Hari Raya (2)
- Hari Raya Adidilfitri (2)
- ISA (2)
- Injil (2)
- Ku Li (2)
- Libya (2)
- PKFZ (2)
- Pilihan Raya Kampus (2)
- SPRM (2)
- Sihir (2)
- Tragedi (2)
- UMNO Perak (2)
- Zina (2)
- rumah tangga (2)
- seksi (2)
- wang (2)
- Air (1)
- Arak (1)
- Car (1)
- DUN (1)
- DUN Pelabuhan Klang (1)
- Dadah (1)
- ETP (1)
- Ekuiti Bumiputera (1)
- GERAKAN (1)
- Hiburan (1)
- Hollywood (1)
- JAKIM (1)
- Keamanan (1)
- Masuh ISA (1)
- Michel Jackson (1)
- MyKad (1)
- Namewee (1)
- PATI (1)
- PENA (1)
- Paling Ter... (1)
- Parable (1)
- ROYALTI (1)
- Sabah (1)
- Saham (1)
- Siti (1)
- Syariah (1)
- Syria (1)
- TV3 (1)
- Tipu (1)
- Tol (1)
- Top 10 (1)
- al-arqam (1)
- duit (1)
- kondom (1)
- kreatif (1)
- mat indera (1)
- on-line (1)