iklan nuffnang

pages

Tuesday, November 30, 2010

ADUN Hutan Melintang diperintah keluar sidang

Adun Hutan Melintang, S. Kesavan (dua, kanan) mengangkat tangan ketika diperintahkan keluar dewan pada mesyuarat ke-3 penggal ke-3 Sidang Dewan Undangan Perak di Ipoh hari ini

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk R Ganesan mengarahkan ADUN Hutan Melintang, S Kesavan keluar dari dewan sehingga tamat sidang hari ini kerana didakwa berkelakuan tidak sopan dan mengharu-birukan dewan dengan menuntut jawapan berhubung soalan yang dikemukakannya.

Pada jam 11.15 pagi, selepas sesi soalan berakhir, Kesavan bangkit dan menuntut soalannya berhubung pemindahan tanah di kawasannya dijawab oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Meskipun Ganesan memberi amaran supaya tidak meneruskan soalannya, Kesavan berkeras berkata beliau adalah perwaklian rakyat Hutan Melintang, dan menjadi tanggungjawabnya menyuarakan 'masalah rakyat'.

Ganesan kemudian menggantung Kesavan mengikut Artikel 44(2) Peraturan Dewan selama sehari.

Apabila beliau enggan meninggalkan dewan, Mohammad Zahir Abdul Khalid (BN-Kamunting) pula bangkit dan memohon Artikel 44(3) dan 44(5) Pearturan Dewan digunakan bagi menggantungnya terus daripada menghadiri sidang DUN Perak.

Usul itu diluluskan dengan suara majoriti.

Adakah Kekecohan Telah Menjadi Budaya Pembangkang

Pada Mac 2010 yang lepas, Dewan Undangan Negeri Perak telah juga dicemari apabila ahli dewan undangan negeri Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bertikam lidah.

Wakil rakyat Pakatan Rakyat mengasak speaker R Ganesan yang didakwa dilantik secara tidak sah, sebaik sahaja selesainya bacaan doa.

Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir kemudiannya membentangkan usul kepercayaan kepada Ganesan dengan mengangkat tangan. Semua adun BN berbuat demikian.

Zambry kemudiannya mula menjawab soalan lisan pada jam10.15 pagi tetapi beliau terus diganggu oleh adun Pakatan.

Mereka cuba mencelah dangan memegang buku peraturan dewan tetapi mikrofon mereka telah dipadamkan.

Pada sidang hari itu, semua adun Pakatan Rakyat berpakaian serba hitam sebagai tanda bantahan mereka bahawa demokrasi telah mati di negeri itu.

Semua 28 wakil pembangkang kemudiannya bertindak keluar Dewan selepas tidak berpuas hati dengan perjalanan persidangan itu.

Mesyuarat pertama penggal ketiga Sidang DUN Perak ke-12 itu dirasmikan Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah.

Ketuanan Melayu - RAKYAT MENYAMPAH??

Penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata kenyataan Presiden PKR itu boleh dilihat sebagai satu langkah strategi bagi Umno untuk mengambil pendirian tegas yang kemungkinan akan menyebabkan sikap menyampah di kalangan pengundi bukan Melayu.

“Saya tidak melihat ia akan menjadi satu isu. Mungkin di kalangan pengundi Melayu kawasan luar bandar tetapi tidak di kalangan pengundi-pengundi bandar yang berpelajaran dan khususnya tidak di kalangan pengundi-pengundi muda ” kata beliau.

Sivamurugan berkata pilihan raya umum 2008 telah mengubah pemikiran pengundi di mana sokongan bulat-bulat bukan lagi satu norma.

“Pengundi-pengundi lebih rasional dan mahu melihat pelaksanaan GTP ETP konsep 1 Malaysia “Mereka mahu melihat dasar-dasar ini diterjemahkan dalam bentuk aktiviti dan program di peringkat bawah ” kata beliau.

Malah Sivamurugan juga berkata kemungkinan isu “Ketuanan Melayu” akan menjejaskan PKR sendiri kerana pengundi-pengundi muda mahu melihat lebih banyak pencapaian dalam pelaksanaan agenda reformasi termasuk di negeri-negeri yang dikawal oleh Pakatan Rakyat.“Bagaimana dengan hasilan pilihan raya umum ke-13 ia masih satu teka-teki ” kata beliau.

Pemerhati politik James Chin juga melahirkan pendapat yang senada bahawa isu Ketuanan Melayu tidak akan mengalih sokongan kepada kedua-dua parti dalam pilihan raya umum akan datang. Bagaimanapun menurut beliau pandangan Dr Wan Azizah itu akan membawa peralihan yang akan signifikan semasa pilihan raya umum ke-14 khususnya di kalangan pengundi-pengundi muda.

Dalam pada itu penganalisis Prof A Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa berkata kenyataan Dr Wan Azizah bukan sesuatu yang baru.

“Sebenarnya banyak pihak sudah mengatakan perkara itu. PAS sebagai contoh telah menolak Ketuanan Melayu sejak era bekas presiden Fadzil Noor lebih satu dekad lalu.

“Dan kita tahu bahawa ungkapan ini tiada kaitan dengan kedudukan orang Melayu dalam Perlembagaan Ia satu terma yang dibawa oleh Tan Sri Abdullah Ahmad pada 1986 ” kata beliau Abdullah merupakan bekas anggota Majlis Tertinggi Umno dan pernah menjadi Ahli Parlimen Kok Lanas serta pernah mengetuai New Straits Times Press.

Aziz juga berkata kenyataan Dr Wan Azizah itu satu langkah strategi untuk meletakkan Umno dalam kedudukan defensif dan untuk mendapatkan semula sokongan di kalangan orang Melayu dan kawasan bandar dengan menarik Umno agar mengikut “rentak” mereka.

“Bagi saya ia satu usaha untuk mengekalkan pengundi-pengundi bukan Melayu dan memberitahu orang Melayu bahawa Umno boleh dicampakkan ” kata beliau dengan menambah Umno sebagai parti lama sudah hilang tapak sebagai penjaga dan pelindung orang Melayu.

Sebagaimana dikatakan oleh Sivamurugan, Aziz juga mengatakan bahawa orang Melayu pada keseluruhannya lebih berminat untuk melihat bagaimana Putrajaya dan kerajaan-kerajaan negeri akan melaksanakan dasar-dasar awam dan tidak terbawa-bawa dengan isu Ketuanan Melayu.

Monday, November 29, 2010

SULTAN DUKACITA Melayu gadaikan perkataan Melayu


SHAH ALAM, 29 Nov: Sultan Selangor hari ini melahirkan rasa dukacita dengan segelintir orang Melayu yang tidak memiliki rasa megah dan bangga sebagai orang Melayu sehingga sanggup menggadaikan perkataan Melayu itu sendiri untuk dikuburkan serta lenyap dari dunia ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris ada menyatakan mengenai 'Tanah Melayu' , 'Negeri Melayu Bersekutu' dan Raja Melayu sekali gus membuktikan penulis Barat ketika itu mengiktiraf adanya Melayu yang memulakan sejarah negara ini.
 
Sultan Selangor turut melahirkan rasa bangga dan sukacita dengan langkah kerajaan Malaysia yang akan menjadikan subjek Sejarah sebagai syarat wajib untuk dipelajari oleh rakyat di sekolah negara ini.
 
"Beta percaya dengan arahan ini ia akan membuka minda dan kefahaman dari pengetahuan berhubung peranan penting yang berlaku dalam sejarah tanah air untuk tidak timbulnya syak wasangka dan persoalan yang mencurigakan hingga timbul salah faham terhadap sesama rakyat di negara yang kita kasihi ini," titah Sultan Selangor pada Wacana Raja Berpelembagaan-Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan di sini.
 
Nik Aziz tidak bangga berbangsa Melayu
 
Pada 18 Sept lepas, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  menyatakan beliau tidak bangga berbangsa Melayu.

Ini kerana, katanya, bangsa itu datang secara automatik dan di dalam Islam tiada bangsa yang lebih dan jika ada pun, ia adalah bangsa Arab.

Menurut Nik Abdul Aziz, bangsa tidak dipentingkan dalam Islam sebaliknya yang dilebihkan ialah takwa kepada Allah.

Beliau memberitahu, kerajaan Pas Kelantan telah menghabiskan wang sebanyak RM7 juta untuk membina sebuah masjid dengan reka bentuk Cina di Rantau Panjang dalam usaha menghilangkan masalah perkauman di kalangan masyarakat.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga akan mengadakan Pameran Cheng Ho yang disertai ramai peniaga Cina Muslim bagi tujuan sama.

Wan Azizah Menyarankan Agar Ketuanan Melayu Wajib Ditinggalkan

Manakala Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula menyarankan agar konsep “Ketuanan Melayu” wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untuk memperdayakan bangsa itu sendiri.

"Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri.

"Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dalam Kongres PKR di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Menurutnya, sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, beliau berkeyakinan bahawa tidak akan ada satu bangsa pun yang akan menjadi agung dan dihormati hanya dengan menggelar diri sendiri sebagai “tuan”.

"Kitab al-Quran banyak mengisahkan bagaimana Tuhan telah menghancurkan kaum dan bangsa-bangsa yang bermegah-megah konon menjadi 'tuan' dan memandang rendah kepada bangsa atau kaum yang lain.

Tiada Masalah Dengan Bangsa: Datuk Md. Alwi

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, Rasulullah tidak pernah menghalang umatnya menyebut tentang bangsa malah baginda berbangga sebagai bangsa Quraisy apabila menyebut 'ana Quraisy'.

"Baginda mengaku berbangsa Quraisy tetapi tidak bermakna baginda memperbesar-besarkan perkara itu, yang penting ialah Islam.

Tidak ada masalah dengan bangsa sebab itu dalam al-Quran, Allah berfirman manusia itu dijadikan berbangsa-bangsa supaya dapat kenal-mengenal. Maknanya Allah jadikan bangsa, itu fakta.

"Saya tidak tahu apa maksud dia (Nik Abdul Aziz) kata tidak bangga dengan Melayu. Memanglah kita tidak setuju kalau bangsa itu dilebihkan tetapi tidak salah (menyebut bangsa) sebab Rasulullah sendiri kata 'ana Quraisy'," katanya

Md. Alwi yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan berkata, kejayaan yang dinikmati hari ini disebabkan hak-hak keistimewaan Melayu yang terkandung dalam Perlembagaan negara.

"Saya rasa Nik Abdul Aziz terlupa apa yang dia, anak-anak dia, orang Pas dan Melayu dapat hari ini adalah kerana Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak keistimewaan Melayu dan pada masa yang sama juga Islam dapat berkembang sehingga hari ini.

"Ini adalah perjanjian tetapi pada masa yang sama hak kaum lain tidak akan terhalang. Dasar itu memang tepat sebagai timbal balas kepada apa yang orang Melayu berikan sebelum merdeka dahulu," katanya.

Sunday, November 28, 2010

KEPUTUSAN Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR

 

28 Nov - Di sebalik proses pemilihan langsung bersejarah yang turut dicemari dakwaan kecacatan dan kepincangan, Azmin Ali hari ini secara rasmi diumumkan sebagai Timbalan Presiden PKR yang baru.

Azmin menggantikan Senator Dr Syed Husin Ali yang menyandang jawatan itu sejak 2003.

Naib Presiden itu menewaskan pencabarnya yang juga Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub dengan memperoleh undi sebanyak 19,534.

Azmin merupakan timbalan presiden keempat PKR yang ditubuhkan April 1999.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatannya tanpa cabaran.

Awalnya jawatan timbalan presiden ditandingi oleh Datuk Zaid Ibrahim tetapi menarik diri selepas minggu kedua pengundian atas alasan wujud kepincangan dalam proses pemilihan.

Mustaffa juga membuat dakwaan itu tetapi meneruskan saingan dengan protes.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap Hishamuddin Ismail ketika Kongres Nasional PKR yang berakhir hari ini.

Sementara itu, bagi jawatan naib presiden, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mendahului senarai apabila menerima 13,211 undi.

Ini kali pertama Puteri Reformasi itu bertanding jawatan itu.

Kesemua empat naib presiden yang dipilih merupakan muka baru.

Turut memegang jawatan itu Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang mendapat 11,744 undi, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh (8,927) dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datu Dr Mansor Othman (8,576).

Bagi 20 jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Elizabeth Wong mendapat undi tertinggi dengan menerima 10,897 undi.

Ia diikuti Badrulamin Bahron (9,672), Hee Loy Sian (8,473), Khalid Jaafar (7,889), Johari Abdul (7,719) dan Abdul Rahman Yusof (7,719).

Turut dipilih menjawat ahli MPP yang baru adalah Haniza Talha (7,588), Fariz Musa (7,511), Zakaria Abdul Hamid (7,170), Roland Chia Ming Shan (7,095), Siti Aisah Shaik Ismail (6,876), Ismail Yusof (6,332), Latheefa Koya (6,242), S. Kesavan (6,139), Shuhaimi Shafiei (6,095), M. R. Shamugam (5,964), Yusmadi Yusoff (5,810), S. Manikumar (5,789), Mustafa Kamal Yusoff (5,745), Christina Liew (5,707).

Selepas ‘Third Force’, isu Geng Berempat pula dalam PKR

Suasana Kongres Nasional PKR semalam
28 Nov — Jika sejak dua hari lalu hangat diperkatakan mengenai “Third Force” hari ini seorang perwakilan PKR mendakwa wujudnya kumpulan baru — dikenali sebagai “Geng Berempat” — yang sekiranya tidak ditangani dengan segera akan merosakkan parti komponen Pakatan Rakyat itu.

Saya hanya melahirkan kebimbangan sekiranya wujud kumpulan ini dalam parti ia akan membawa kerosakan kepada parti.

Jadi kebimbangan itu ada kalau benar-benar wujud ia akan merosakkan parti ” kata perwakilan dari Pahang Ahmad Nizam Abdul Hamid ketika membahaskan usul pemberdayaan demokrasi pada Kongres Nasional PKR.

Ketua PKR Temerloh itu berkata demikian dengan merujuk kepada sejarah politik China yang mengatakan gelaran “Geng Berempat” itu ialah panggilan yang diberi kepada sebuah paksi politik haluan kiri yang terdiri daripada empat orang pegawai Parti Komunis China.

Keempat-empat individu itu adalah Jiang Qing isteri terakhir Mao Zedong yang kelihatan memimpin kumpulan ini dan sekutu-sekutu terdekat Zhang Chunqiao Yao Wenyuan dan Wang Hongwen.

Geng Berempat” ini berjaya menguasai alat-alat kuasa Parti Komunis China pada tahap-tahap terakhir Revolusi Kebudayaan tetapi tidak pasti keputusan besar mana yang dilakukan atas arahan Mao Zedong dan dilaksanakan oleh kumpulan ini dan yang mana adalah hasil rancangan kumpulan itu sendiri.

“Kita hanya melahirkan kebimbangan itu sahaja Sama ada wujud atau tidak saya tidak tahu tapi ini adalah topik yang hangat diperkatakan sekarang."

 “Jadi saya minta supaya pemimpin yang menang harus melakukan tugas sebagai seorang pemimpin ” kata Ahmad Nizam

Siapa Itu "THIRD FORCE" ???

Pintu Barisan Nasional terbuka kepada golongan ‘Third Force’ yang sudah hilang keyakinan kepada kepimpinan PKR khususnya ekoran kemelut pemilihan parti itu sekarang.

Namun begitu Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun razak segera menolak sebarang andaian sikap terbuka BN termasuk langkah terbaru membuka keahlian terus sebagai ahli bersekutu dan bergabung disebabkan BN terdesak.

Bercakap kepada wartawan selepas merasmikan Pameran MAHA 2010 di Serdang, Sabtu, Perdana Menteri berkata kewujudan kumpulan yang dikenali sebagai 'Third Force' dalam pakatan pembangkang adalah berikutan timbulnya rasa tidak puas hati anggota parti itu terhadap kepimpinan mereka.

Ditanya jika golongan "Third Force" akan berubah dan menyokong BN, beliau berkata,"Saya tidak tahu lagi, ia bergantung,..kita akan lihat perkembangannya tapi ini adalah akibat anggota PKR hilang keyakinan."

"Third Force" Wujud Dalam Pakatan Rakyat - Syed Husin Ali

Ketika menyampaikan ucapan perasmian Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) semalam, Syed Husin berkata kumpulan "Third Force" perlu ditangani dengan bijaksana dan tidak boleh dipandang ringan.

Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali berkata kewujudan kumpulan yang dikenali sebagai 'Third Force' dalam pakatan pembangkang bakal menyulitkan gabungan berkenaan untuk menang besar pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, pandangan mengenai 'third force' telahpun giat disuarakan sejak pilihan raya umum 2008, namun beliau masih belum melihat “potensi” kumpulan tersebut seperti yang diuar-uarkan.

"Selalu orang mengaitkan 'third force' dengan apa macam di England, (ada) yang kata Liberal Party. Liberal Party itu wujud sudah beratus tahun dan ia merupakan satu organisasi.... Dan bila meraka bekerjasama, mereka mempunyai 'force' yang tertentu.

"(Jadi) kita belum nampak lagi, 'third force' ini sebagai 'force' dan sebagai 'third' kerana di kalangan mereka banyak pandangan," katanya dalam satu temuramah pada Jumaat lalu.

Syed Husin berpandangan, sekiranya 'third force' itu benar-benar wujud, kumpulan mungkin mengambil peranan seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang "memastikan orang yang tidak suka Umno, tidak akan pergi kepada Pakatan".

Syed Husin yang juga bekas tahanan ISA itu mengakui bahawa beliau mengetahui "satu dua orang yang berada dibelakang" kumpulan yang didakwa sebagai 'third force' itu.

"Saya tahu lebih kurang. (Tetapi) kini satu persatu daripada mereka berkata mereka tidak terlibat termasuk (Datuk) Zaid (Ibrahim) dan termasuk (pemimpin yang) di Sabah, di semenanjung dan Sarawak," katanya.

Peguam dan penulis blog terkenal Haris Ibrahim – salah seorang yang dikatakan anggota 'third force' tersebut juga telah menafikan dakwaan berkenaan.

Kumpulan berkenaan, seperti golongan yang mengemukakan manifesto Barisan Rakyat sebelum ini merupakan organisasi yang "tidak tersusun," kata Syed Husin lagi.

"Tapi tak tahulah sekarang ini. Saya tidak menafikan (kewujudan) sama sekali," katanya yang mengambil sikap tunggu dan lihat dengan perkembangan dan potensi kewujudan kumpulan tersebut.

Saifuddin: ‘Third Force’ bukan serpihan PKR

Parti Keadilan Rakyat PKR hari ini (27 Nov.2010) menolak dakwaan kewujudan kumpulan yang dikenali sebagai “Third Force” adalah serpihan membabitkan ahli-ahli parti itu yang kecewa dengan kepimpinan mereka.

 “Memang tiada kaitan dengan PKR tiada tiada kaitan pun ” kata setiausaha agung parti Saifuddin Nasution di akhir hari pertama Kongres Nasional parti itu mengulas kenyataan Najib yang menyatakan ‘Third Force’ adalah mereka yang hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR.

Sebaliknya Saifuddin berkata kewujudan Third Force adalah inisiatif kumpulan aktivis yang merasakan mereka ada peranan dalam politik negara “Ura-ura penubuhan Third Force ini datangnya daripada sekumpulan aktivis yang berpendapat mereka ada peranan dalam politik negara.

“Misalnya mereka berpendapat meletakkan calon pilihan raya bukanlah hak mutlak masing-masing parti politik mereka merasakan bahawa mereka juga ada peranan.

Ahli Parlimen Machang itu berkata kemungkinan besar Third Force mahu supaya parti melantik mereka sebagai calon dalam pilihan raya.

Pernah berlaku NGO bertanding gunakan lambang parti.Walaupun parti mempunyai sistem pemilihan dengan keutamaan kepada aktivis parti dan pemimpin parti menjadi calon tapi rekod pembangkang atau Pakatan Rakyat ini menunjukkan bahawa di sana ada juga peluang yang diberikan kepada aktivis ” katanya

Saifuddin juga menolak Pakatan Rakyat akan menemui Third Force secara rasmi.

Third Force Memang Wujud Dalam Politik Negara

Sebenarnya, gelombang kuasa ketiga ini bukan perkara baru dalam Umno khususnya tetapi ia berlalu begitu pantas sebelum lenyap begitu sahaja.

Pada tahun 1987 berlaku krisis kepimpinan apabila Tengku Razaleigh Hamzah - yang tewas tipis kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam perebutan jawatan nombor satu parti dengan 761 berbanding 718 undi - keluar dari Umno dan menubuhkan Semangat 46 pada tahun 1989.

Tengku Razaleigh atau Ku Li yang pada ketika itu merupakan Menteri Kewangan dalam Kabinet Dr. Mahathir keluar dari parti pemerintah selepas yakin beliau memiliki kekuatan tersendiri yang mampu menggugat Umno ketika itu - parti yang dianggap bukan Umno sebenar selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988 mengharamkannya.

Gelombang kuasa ketiga amat dirasakan Umno ketika itu dengan penubuhan Semangat 46 tetapi hayatnya tidak panjang apabila mula berganding dengan pembangkang mengakibatkan ramai ahlinya kembali kepada Umno.

Akhirnya parti serpihan Umno itu dibubarkan dan Ku Li sendiri menyertai semula Umno pada tahun 1996.

Umno berdepan dengan Semangat 46 pada ketika seperti dua lembu jantan yang berlaga di tengah-tengah gelanggang. Arena politik pada ketika menyaksikan pertembungan seperti Umno-'Umno' sehinggalah Semangat 46 tersungkur.

Tetapi nada berbeza ditunjukkan PKR apabila mahu berdepan dengan kuasa ketiga mereka.

Siapakah kuasa ketiga itu? Kelompok berkenaan banyak dikaitkan dengan bekas Pengerusi PKR Wilayah Pesekutuan, Datuk Zaid Ibrahim.

Zaid dikenali dengan ketegasan prinsipnya. Semasa dalam Umno beliau cuba menegakkan kehendaknya dan akhirnya melatak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum menyertai PKR.

Perjalanan politik Zaid dalam PKR agak pendek tetapi penuh warna-warni. Beliau berjaya membina pengaruh dalam masa yang singkat - tidak sampai 18 bulan

Walaupun begitu, penganalisis politik berpendapat Zaid bukanlah kuasa ketiga dalam PKR. Beliau diibaratkan tidak akan menjadi ancaman kepada sama ada Pakatan Rakyat atau BN.

Fenomena kuasa ketiga ini tidak pernah panjang dalam sejarah politik negara. Kelompok itu tidak akan kekal dalam kancah politik jika tiada penggantungan kepada pakatan pembangkang ataupun BN.

Kuasa ketiga kali ini umpama pakatan pembangkang kehilangan sesuatu yang tidak menguntungkan BN.

Saturday, November 27, 2010

KETUANAN MELAYU WAJIB DITINGGALKAN - PKR


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata konsep “Ketuanan Melayu” wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untuk memperdayakan bangsa itu sendiri.

"Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri.

"Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dalam Kongres PKR di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pagi ini.

Menurutnya, sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, beliau berkeyakinan bahawa tidak akan ada satu bangsa pun yang akan menjadi agung dan dihormati hanya dengan menggelar diri sendiri sebagai “tuan”.

"Kitab al-Quran banyak mengisahkan bagaimana Tuhan telah menghancurkan kaum dan bangsa-bangsa yang bermegah-megah konon menjadi 'tuan' dan memandang rendah kepada bangsa atau kaum yang lain.

"Sesungguhnya, semulia-mulia di sisi Tuhan adalah mereka yang paling tinggi taqwanya (amalan baik dan kebajikannya kepada insan lain)," katanya.

"Nyatalah bahawa sesuatu bangsa dan kaum itu hanya akan menjadi agung dan dipandang tinggi apabila mereka bermaruah. Lalu, andai sesuatu bangsa itu mahu besar, mereka harus memelihara dan menjaga maruah mereka termasuk kepada orang Melayu."

Tegasnya dalam tradisi orang Melayu, mereka amat menyedari kepentingan menjaga maruah diri supaya dipandang tinggi oleh orang lain.

HANYA ISLAM Sebagai Penyelamat Ketuanan Melayu; Abdul Hadi Awang

Sebelum ini, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pernah bersetuju dengan Ketuanan Melayu dan berkata hanya melalui Islam sahaja maka bangsa Melayu dan ketuanannya akan terselamat dari apa jua cabaran yang menimpa khususnya yang melibatkan senario politik terkini dalam negara
Kata Hadi, ketuanan Melayu akan gagal sekiranya prinsip tersebut ditegakkan dan digerakkan melalui semangat nasionalisma yang fanatik serta ideologi yang bersifat chauvinisme termasuk taksub kepada bangsa tertentu.

“Yang menyelamatkan Melayu adalah Islam iaitu agama bagi orang Melayu. Melayu tak dapat menyelamatkan melayu.

“Kalau Melayu bersama dengan Islam bukan sahaja Melayu selamat bahkan orang bukan Melayu dan semua bangsa juga selamat sebab proinsip keadilan Islam yang menyeluruh,”jelasnya

DAP dan MCA Tolak Ketuan Melayu
 
Datuk Seri. Dr. Chua Soi, bekas Menteri Kesihatan pula, semasa baru dipilih sebagai Presiden MCA menolak ketuanan Melayu. Chua berkata bahawa MCA mahukan suara dan hak yang sama rata dalam politik Barisan Nasional (BN).
 
Lim Kit Siang, pemimpin veteran DAP menentang Ketuanan Melayu dalam konteks yang lebih luas, sejajar dengan slogan politik parti serpihan PAP Singapura itu yang menuntut Malaysian Malaysia atau Malaysia untuk semua rakyatnya tanpa hak istimewa mana-mana kaum.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tipu muslihat politiknya untuk menumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum 2008 Mac lalu turut menolak konsep Ketuanan Melayu dengan menganjurkan konsep baru Ketuanan Rakyat yang lebih harum baunya kepada para pengundi pelbagai kaum, terutama bukan Melayu dan generasi muda Melayu yang sudah terlupa atau tidak tahu peranan UMNO dalam memperkasakan kedudukan orang-orang Melayu sejak sebelum merdeka.

Ketuanan Melayu dipersoal dan dipertikai kerana kuasa UMNO dilihat sudah lemah. Lemah setelah orang-orang Melayu sendiri sudah berpecah sokongan antara UMNO, Pas dan PKR. Akibatnya jika dulu Ketuanan Melayu amat ketara melalui kekuatan UMNO, maka Ketuanan Melayu menjadi lemah selepas PRU 12.

Sebab itulah parti-parti komponen bukan Melayu dalam BN termasuk MCA sudah berani mempertikai konsep Ketuanan Melayu. Yang sebenarnya mereka mencabar Ketuanan UMNO. Suasana baru ini menambahkan lagi dilema politik tanah air.

Konsep Ketuanan Melayu dalam politik Malaysia yang suatu masa dulu bernama Tanah Melayu akan terus berkecamuk dan menjadi serangan bukan Melayu jika tiada lagi mana-mana parti politik Melayu yang dominan.

TIADA PERHAMBAAN DALAM KONSEP KETUANAN MELAYU

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel menjurus bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu.

Kamus Dewan mentakrifkan istilah ‘ketuanan’ sebagai membawa maksud hak menguasai dan memerintah sama ada sesebuah negeri, daerah dan sebagainya.

Istilah ‘ketuanan’ juga dirujuk sebagai kedaulatan. ‘Ketuanan’ berbeza dengan perkataan ‘tuan’ yang membawa maksud orang tempat menghambakan diri. Contohnya, ‘dahulu orang kulit putih di Amerika banyak yang menjadi tuan kepada hamba abdi terdiri daripada bangsa Negro’.

Oleh itu apabila dibangkitkan bahawa istilah ketuanan Melayu kononnya membawa maksud kekuasaan Melayu dalam konteks sehingga boleh menghambakan bangsa lain, maka ia kesimpulan yang tidak tepat dan mesti diperbetulkan.

Bukan sahaja maksud ketuanan Melayu telah disalahertikan oleh orang bukan Melayu, malah secara realitinya boleh dilihat dengan jelas siapa sebenarnya yang menjadi ‘hamba’ kepada siapa.

Hakikatnya, kebimbangan istilah ketuanan Melayu kononnya menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan kaum-kaum bukan Melayu mesti berasaskan kepada fakta yang berpijak di bumi nyata.

Sehubungan itu, rakyat negara ini tidak perlu terlalu sensitif terhadap istilah ketuanan Melayu sebaliknya mereka harus melihat perkara itu secara positif dari sudut sejarah dan perlembagaan negara. Apa yang paling penting, setiap rakyat perlu memahami bahawa maksud ketuanan Melayu itu, tidak bermakna kaum Melayu adalah tuan dan bukan Melayu adalah hamba.

Istilah Ketuanan Melayu ini merujuk kepada sejarah bahawa negara ini pernah diperintah Sultan dan Raja-raja Melayu, yang merupakan tuan kepada tanah Melayu yang sudi memberikan kuasa mereka kepada rakyat melalui penerimaan sistem Raja Berperlembagaan, memandangkan mengikut perlembagaan negara, Sultan dan Raja-Raja Melayu adalah simbol kepada ketuanan Melayu di negara ini, seperti mana di negara-negara barat lain yang mempunyai Raja.

Kita sendiri tidak tahu mengapa ketakutan terhadap ketuanan Melayu muncul secara tiba-tiba terutamanya dalam keadaan orang bukan Melayu menikmati kehidupan yang cukup sempurna di negara yang satu ketika dulu bernama Tanah Melayu.

Sejarah sendiri membuktikan bahawa Melayu tidak pernah memperhambakan kaum-kaum lain pada bila-bila masa sekali pun. Melayu berjuang membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah bukan demi kepentingan Melayu semata-mata. Hasil kemerdekaan dan kemakmuran Tanah Melayu dikongsi dengan kaum-kaum lain demi memastikan perpaduan dan kemakmuran sentiasa terjalin dengan kukuh serta sentiasa bertolak ansur dan beralah demi menjaga hati saudara yang bukan sebangsa yang menjadi rakyat di negara ini.

Catatan dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia juga bukanlah bermakna sepenuhnya kuasa veto itu terletak di tangan bangsa Melayu, dalam menyediakan Hak Istimewa kepada ketuanan Melayu, bangsa-bangsa lain juga bebas memperjuangkan ‘ketuanan’ mereka masing-masing samada dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Mereka bebas untuk mengamalkan budaya dan cara hidup sendiri, bebas dalam meningkatkan taraf ekonomi kaum, bebas beragama, bebas meneruskan sistem pendidikan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dengan mengekalkan pengajaran bahasa ibunda masing-masing dan sebagainya. Faktor ini membuktikan bahawa konsep Ketuanan Melayu itu, bukanlah satu konsep yang mengiktiraf bahawa bangsa Melayu itu menjadi tuan, sementara kaum-kaum lain menjadi hamba kepada bangsa Melayu. Negara mana yang memberi kelonggaran seluas ini sedangkan bukankah orang yang mendatang mesti menyesuaikan diri dengan negara yang dikunjunginya.

Selain itu, kita wajar mengakui bahawa Melayu dominan dari segi politiknya dan hak-hak Melayu dilindungi di sisi Perlembagaan, tetapi sejauh mana benarnya istilah ketuanan Melayu bermaksud menghambakan kaum lain mesti dijawab oleh pihak yang berkenaan. Kita tidak pernah terlepas pandang bagaimana harmoninya rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum menjalani kehidupan seharian. Keharmonian ini mesti dizahirkan secara jujur dan ikhlas, agar tiada wujud rasa sangsi dan iri hati sehingga istilah ketuanan Melayu yang telah digunakan turun temurun itu pun mendatangkan masalah.

Mungkin benar keperluan untuk memperkenalkan semula mata pelajaran sejarah bagi memberi pendedahan seluas-luasnya dan mesti diwajibkan di semua peringkat dan aliran, supaya rakyat lebih memahami apa makna sebenar ketuanan Melayu.

Bangsa-bangsa lain masih ada ketuanan di negara asal mereka tetapi Melayu inilah negara tanah tumpah bangsa Melayu. Tiada dua jauh sekali tiga, oleh itu kekalkan istilah ketuanan Melayu.

KETUA UMUM PKR yang SAH tak perlu - Azizah


Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara peribadi merasakan tidak perlu ada jawatan ketua umum yang formal bagi membolehkan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim menyandang kerusi tersebut sebagaimana disarankan oleh Wanita PKR semalam.

Presiden PKR ini berpendapat tidak perlu ada peruntukan perlembagaan khas bagi mewujudkan jawatan itu memandangkan amalan semasa membolehkan keputusan bersama dibuat membabitkan semua lapisan kepimpinan kanan parti.

Wanita PKR memberikan pandangan itu di sebalik pertikaian pihak-pihak pesaing PKR khususnya dari Umno-BN bahawa tiada jawatan khusus di bawah perlembagaan parti bagi membolehkan Anwar dipanggil sebagai ketua umum PKR.

Dr Wan Azizah juga menjelaskan sebab-sebab yang membawa kepada persekitaran Anwar tidak memegang sebarang jawatan formal ataupun mengetuai parti secara rasmi.

Antaranya termasuklah perbicaraan melibatkan Anwar sendiri yang masih berjalan manakala kerjasama antara komponen Pakatan Rakyat tidak mengikat pada keperluan memegang jawatan formal.

"Yang kedua sebagai pemimpin Pakatan beliau tidak terikat dengan keperluan menjadi pemimpin dengan jawatan formal jadi beliau boleh menjalankan tugas dengan baik mengadakan hubungan baik dalam Pakatan. Itu yang sesuatu yang membantu kerana (kononnya wujud) oh Anwar cuma nak keadilan sebenarnya ia menjangkaui tanggapan itu yang penting perlu ada hubungan kerja (dengan komponen Pakatan)", katanya

Anwar bekas timbalan perdana menteri dan bekas timbalan presiden Umno keluar dari penjara pada 2004 tetapi tidak boleh memegang jawatan formal dalam parti dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya serta-merta.

Justeru beliau tidak bertanding pada pemilihan parti 2007 dan pilihan raya umum 2008 sebaliknya hanya bertanding pada pilihan raya kecil Ogos 2008 di kerusi Permatang Pauh yang dikosongkan oleh Dr Wan Azizah.

Anwar kini merupakan Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Ketua Pembangkang di Parlimen

Friday, November 26, 2010

KETUA UMUM PKR bukan jawatan sah


PETALING JAYA, 26 Nov — Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin hari ini mencadangkan supaya jawatan ketua umum — kedudukan tertinggi dalam parti itu diwujudkan dengan serta-merta.

Ahli Parlimen Ampang itu juga mahu jawatan tersebut digubal serta-merta dalam perlembagaan parti itu.

Menurut Zuraida langkah tersebut dibuat bagi memberi pengiktirafan di atas peranan dan pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap perkembangan parti itu selama ini.

Kewujudan jawatan itu ketua umum bukan memberi ancaman terhadap autoriti dan pengaruh presiden dan timbalan presiden sebaliknya hanya berperanan sebagai mentor kepada pembangunan parti.

Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sosok penting dalam sejarah penubuhan Keadilan PKR.

Peranan dan pengaruh utamanya tidak boleh kita nafikan. Malah diketahui beliau seorang tokoh yang amat disegani sehingga ke peringkat antarabangsa.

Pengaruh dan kapasitinya tidak harus disia-siakan dan dimanfaat buat kebaikan parti, kata Zuraida dalam ucapan dasar ketua wanita ketika Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan AMK PKR di sini.

Datuk Seri Anwar Tidak Demokratik

Sebelum ini bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr. Chandra Muzaffar melabelkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang tidak demokratik kerana mempunyai kuasa tanpa dipilih oleh parti.
Soalnya, bagaimana seorang individu yang tidak dipilih secara terbuka boleh mendapat kuasa dan menjadi pemimpin tertinggi dalam satu parti?

“Semua sedar bahawa orang yang paling berpengaruh dalam PKR adalah Anwar dengan jawatannya sebagai Ketua Umum tetapi jawatan tersebut adalah sesuatu yang luar biasa kerana dimana-mana parti strukturnya adalah jelas dengan Presiden yang mempunyai kuasa,” katanya

Jelasnya lagi, setiap parti mesti mempunyai susun lapisnya sendiri yang umumnya terdiri dari Presiden di peringkat tertinggi dengan diikuti oleh Timbalan, Setiausaha Agung dan seterusnya ke jawatan-jawatan lain.

“Semasa saya berada dalam PKR, tidak wujud jawatan Ketua Umum sama ada dalam perlembagaan parti atau mana-mana struktur dalam organisasinya.

“Apa yang menghairankan, bilakah wujudnya jawatan tersebut atau siapa yang melantik dia (Anwar), bagaimana proses pelantikan dibuat dan bagaimana dia boleh menduduki jawatan itu dan berkuasa lebih dari Presidennya,” katanya.

Chandra yang juga Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST)adalah antara pengasas awal PKR bersama-sama dengan Presidennya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pada tahun 1999.

“Jawatan Ketua Umum tidak sepatutnya wujud dalam mana-mana organisasi atau mana-mana pengurusan sama ada parti politik atau pentadbiran kerana biasanya pengurusan akan dilakukan secara terus oleh Presiden yang mempunyai kuasa penuh dengan dibantu oleh barisan kepimpinannya,” katanya yang juga terlibat secara langsung dalam melakukan draf falsafah penubuhan PKR.

Justeru katanya, ini adalah satu bukti yang ketara bahawa Anwar tidak mengamalkan demokrasi dalam menentukan kuasanya dalam PKR sendiri.

“Ini jelas bahawa Anwar menggunakan retorik dalam menentukan hala tuju politiknya tanpa memikirkan kepada struktur dan organisasi yang dibentuk dari awal.”

Pentadbiran PKR semakin caca marba dengan pelbagai kepincangan terserlah ditambah pula dengan pemilihan pimpinan di peringkat Cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) 2010 yang kucar-kacir.

politik GILA

Parti 'Sakit' Jangan Mimpi Nak Tawan Putrajaya


Parti Keadilan Rakyat (PKR) seolah-olah berada dalam keadaan 'sakit' dan menghadapi suasana genting kerana dilihat gagal menyediakan persiapan rapi dalam usaha untuk menawan Putrajaya.

Perwakilan Pulau Pinang, Syed Mikail Nizal Aidid berkata, hasrat untuk menuju ke Putrajaya wajar dilupakan sekiranya kepimpinan tertinggi parti itu dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak serius bersiap sedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan.

Menurut beliau, kegagalan kepimpinan parti menangani perkara kecil seperti menyeragamkan penggunaan logo Kongres Nasional PKR dan AMK seperti mencerminkan 'kesakitan' yang wujud dalam parti itu.

"Logo Kongres AMK hari ini berbentuk hati atau seperti logo kesihatan, manakala logo Kongres Nasional pula kita lihat macam logo hospital.

"Jadi kita dilihat seperti seolah-olah sakit sebab nak buat logo pun macam menterjemahkan kesakitan yang ada dalam parti.

"Sepatutnya kita kena kekalkan identiti logo dan tak perlu diubah-ubah," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Ketua AMK disini, Jumaat.

Selain itu Syed Mikail berkata, PKR sebenarnya masih belum bersedia untuk menawan Putrajaya kerana terdapat pelbagai masalah dalaman parti yang belum diselesaikan sepenuhnya.

Jelasnya pelbagai isu yang menjadi tuntutan ahli perlu ditangani terlebih dahulu sebelum mengimpikan untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.

"Pemimpin asyik cakap soal melaksanakan agenda rakyat, agenda nasional... tapi dalam masa yang sama mengabaikan agenda ahli danparti.

"Realitinya banyak tuntutan ahli yang belum kita atasi dengan baik," katanya.

Seterusnya beliau turut menegur kepimpinan AMK kerana gagal menampilkan keunikan kekuatan golongan muda secara total sebaliknyahanya berpaut kepada ikon atasan.

"Agenda besar kita ialah untuk menjadi ikon kepada golongan muda sedangkan kita masih berpaut kepada ikon-ikon atasan.

"Kita gagal mempamerkan keunikan kita sendiri sebagai anak muda," katanya.

Thursday, November 25, 2010

Nombor Plat MCA 1 - 9999 BUKAN Untuk Ahli MCA sahaja


BARU mula...tawaran bidaan bagi nombor plat MCA satu sehingga 9999 dibuka, hari ini.

Sebelum ini Celah Gelegar melaporkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri, Kong Cho Ha, yang juga Setiausaha Agung MCA mendedahkan sepucuk surat berkenaan pendaftaran kenderaan dengan huruf "MCA" yang dikatakan hanya untuk ahli parti MCA.

Surat bertarikh 17 Februari, 2010 itu didapati ditulis Setiausaha Sulit Kanan bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, yang meminta pembukaan tender bagi nombor pendaftaran kenderaan negeri Melaka bermula MCA 1 sehingga MCA 9999 dikecualikan.

Walau bagaimanapun, Ong, menafikan  bahawa beliau telah menggunakan kuasanya ketika itu untuk mengarahkan JPJ membekukan penjualan nombor plat tersebut, bagi dikhususkan kepada MCA.

Namun, Ketua pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata pihaknya menerima surat rasmi bertarikh 17 Februari 2010, dari setiausaha sulit kanan, Menteri Pengangkutan ketika itu, Datuk Seri Ong Tee Keat, mengarahkan JPJ tidak membuka tender nombor pendaftaran tersebut untuk tawaran umum.

"Arahan tersebut masih berkuatkuasa sampai hari ini, dan tidak pernah ada arahan yang baru daripada Datuk Seri Ong Tee Keat sepanjang masa beliau memegang sebagai menteri," katanya

Akhirnya hari ini, tawaran bidaan bagi nombor plat MCA satu sehingga 9999 dibuka jua.

Laporan Celah Gelegar terdahulu:
Nombor Plat Kereta MCA 1 sehingga MCA 9999 Hanya Untuk Ahli MCA?

Pejuang Bahasa Cina MENINGGAL DUNIA


Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tun Dr Lim Chong Eu, disahkan meninggal dunia di kediamannya di Tanjong Bungah pada lebih kurang jam 9 malam Rabu - sebulan selepas beliau diserang sakit angin ahmar.

Mendiang berusia 91 tahun.

Sebelum itu beliau dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Beliau telah dibawa balik dari hospital itu petang Rabu selepas keadaannya semakin uzur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon ketika dihubungi oleh agensi berita nasional BERNAMA mengesahkan berita mengenai kematian Dr Lim itu.

Mendiang merupakan bekas Presiden MCA dan juga mantan Presiden Gerakan yang pertama selama 9 tahun.

Beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang selama 21 tahun mulai Mei 1969 hingga Oktober 1990.

Chong Eu yang merupakan salah seorang pengasas Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) juga pernah menjadi presiden MCA.

Beliau keluar meninggalkan MCA selepas usahanya untuk memartabatkan bahasa Mandarin dan lain-lain bahasa setaraf dengan bahasa kebangsaan ditolak oleh Kerajaan Perikatan.

Selepas membentuk Gerakan, parti itu berjaya merampas Pulau Pinang tetapi kemudiannya Gerakan menyertai Kerajaan Barisan Nasional (BN) sejurus selepas pembentukannya.

Beliau berkhidmat sebagai ketua menteri negeri itu sehinggalah kekalahannya di tangan Lim Kit Siang pada pilihan raya umum 1990.

Tempatnya sebagai ketua menteri diambil alih oleh bekas setiausaha politiknya, Dr Koh Tsu Koon.

Kalaulah Golongan Muda Cina Mempertahankan Bahasa Melayu

Dalam perkembangan yang lain, Kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan ke arah mencari kaedah terbaik bagi memantau dan memperkasakan penggunaan bahasa Melayu meliputi pelbagai skop serta menjamin kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong semasa menjawab di Parlimen semalam.


Wee berkata, kerajaan juga sedang menimbang untuk meminda Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 yang akan memberi kuasa penguatkuasaan kepada badan itu dalam memartabatkan penggunaan bahasa Melayu serta menangani masalah bahasa rojak.

Katanya, peruntukan mengenai penggunaan bahasa ada dalam undang-undang serta pelbagai peraturan khusus dalam bidang dan sektor, selain Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 iaitu undang-undang induk.

Nampaknya barisan pelapis muda MCA seperti Wee Ka Siong sedar kepentingan untuk memertabatkan Bahasa Melayu yang merupakan BAHASA PERPADUAN.

Biarlah orang-orang lama pergi meninggalkan kita bersama-sama prinsip yang lapuk dan ideologi yang kasar itu.

Kalaulah semua orang Cina, India dan lain-lain kaum di Malaysia sedar tentang perkara ini.....

Wednesday, November 24, 2010

THE END/TAMAT…Kisah Cinta Bekas Permaisuri Agong

Syed Abdullah Alattas @Uncleseekers yang bikin gamat menerusi laman blognya nampaknya langsung tidak memperdulikan berbagai-bagai andaian dan komen yang menghentam serta mempersoalkan kewajaran dia menyiarkan kepada umum kisah peribadinya dengan bekas Permaisuri Agong Cik Puan Aishah.

Ketika Agendadaily menghubunginya petang Selasa, anak kepada penulis buku politik terkenal Syed Hussein Alattas ini tetap bersemangat mempertahankan tindakannya yang lain macam itu ‘ada makna’ yang tersendiri.

Dia bagai menaruh harapan ia sebagai usahanya untuk membantu melepaskan Cik Puan Aishah daripada ‘penderitaan zahir dan batin’ agar dapat kembali ceria dalam hidupnya sebagai manusia biasa.

“Tolong bantu dia… Cik Puan sakit dan perlukan bantuan. Pulihkan dia,’’ begitulah rayu Syed Abdullah yang sebelum ini telah menyiarkan kisah mereka dalam tujuh bahagian di laman blognya www.uncleseekers.blogspot.com mulai 2 November lalu.

Laman blog itu tiba-tiba jadi hot . Jumlah pelawat melonjak mendadak. Namun kebanyakan komen pembaca menghentamnya sakan termasuk dakwaan mengaibkan bekas Permaisuri Agong.

Apa yang agak mengejutkan banyak pihak ialah pada bahagian tujuh yang ditulisnya THE END/TAMAT…Syed Abdullah bertindak menyiarkan alamat kondo kediaman Cik Puan Aishah dan nombor telefon bapanya.

Dalam perbualan telefon dari kediamannya di Janda Baik, Syed Abdullah mengakui hubungannya dengan Cik Puan Aishah yang asalnya bermula antara perawat dengan pesakit telah bertukar menjadi ‘percintaan terhalang’

“Betullah tajuk Agendadaily ( mengenai kisah itu) yang menyebut perhubungan kami sebagai cinta terhalang kerana memang tidak direstui bapa Aishah,’’ katanya .

Namun dia pantas menjelaskan cinta itu sebenarnya ibarat ‘bertepuk sebelah tangan’’ sahaja ‘’kerana saya dah ada ‘sayang’ saya sendiri.”

Tatkala mendengar jawapan tersebut, Agendadaily lantas bertanya ,” dengan Gee (penyanyi Fauziah Latif) ke?”

Syed Abdullah kedengaran ketawa berdekah-dekah sambil berkata pula: “Gee dengan adik saya Hadi…. Bukan dengan saya. Sabtu ni adik saya balik (dari kembara keliling dunia). Nak jadi adik ipar kan…kenalah abangpun baik dengan Gee,’’.

Sebenarnya ramai yang terkeliru apabila dia telah menyiarkan gambar mesranya dengan Fauziah. Ramai yang menyangka penyanyi yang berstatus janda itulah ‘ sayang’ yang dimaksudkan.

Syed Abdullah berkali-kali menjelaskan dia sudah mempunyai ‘buah hatinya’ sendiri, seseorang yang amat memahami keadaan yang dilaluinya kini termasuklah hubungan dengan bekas Permaisuri Agong dan Fauziah.

Dalam tulisan terkininya, Syed Abdullah mengucapkan terima kasih kepada ‘sayangnya’ dengan berkata” Terima kasih kerana memahami Abang.I love you so much. Ada jodoh kita ijabkabul tahun hadapan dan kepada Gee pula dia mengungkapkan: “ Anda adalah sahabat karib saya. Kalau jadi adik ipar Uncle pun best gak (kalaulah)…”

Ditanya kenapa dia perlu memaparkan pelbagai hal yang bersifat agak peribadi termasuk nombor telefon bapa Cik Puan Aishah dan alamat penuh kediamannya, Syed Abdullah berkata dia mahu umum mengetahui kesengsaraan hidup yang dilalui bekas Permaisuri Agong itu.

Mengulas lanjut perhubungan mereka yang terhalang itu,Syed Abdullah menyifatkan dirinya ibarat pipit yang tidak mampu terbang tinggi seperti helang.

“Saya dah beritahu Cik Puan…saya tidak mampu memberikan apa-apa kepada dia, saya sedar siapalah saya. Tetapi beliau perlukan seseorang dalam hidupnya.

“Berilah beliau peluang. Janganlah dikurung lagi dalam kondo tu.’’ Katanya.

Menurut Syed Abdullah ahli keluarga Cik Puan Aishah tinggal di unit berasingan kondo Wangsa Maju itu.

Dia mendakwa bekas Permaisuri itu tinggal bersendirian dan berkunci dari luar.

Seperti dinyatakan dalam laman blognya, Syed Abdullah memberitahu dia akan membuat pelbagai pendedahan lain dalam bukunya bertajuk Cinta Syyhh yang akan dilancarkan bulan hadapan.-24/11/2010

Laporan Celah Gelegar sebelum-sebelum ini:

UNCLE SEEKERS PLAYBOY HAMLA?? - Fauziah Latif la pulak
MELETOP: CINTA TERHALANG BEKAS PERMAISURI AGONG

Tuesday, November 23, 2010

BUMBUNG PARLIMEN BOCOR LAGI


KUALA LUMPUR, 23 Nov: Rata-rata Ahli Parlimen dan petugas media hari ini terkejut apabila bumbung bangunan parlimen bocor lagi.

Kebocoran kali ini berlaku di bahagian bumbung kafetaria Ahli Parlimen yang terletak bersebelahan dewan rakyat.

Kebocoran itu disedari oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk James Dawos Mamit, selepas parlimen bersidang semula pada jam 2.30 petang selepas berehat untuk makan tenaghari.

Beliau dilihat memaklumkan kepada MP Jelutong, Jeff Ooi supaya tidak duduk di sebuah sofa berhampiran kebocoran itu.

Kakitangan Dewan Rakyat kemudiannya dimaklumkan dan mereka meletakkan baldi supaya lantai lobi itu tidak basah.

Selain lantai yang basah, kebocoran tidak menjejaskan perjalanan Dewan Rakyat.

Hujan lebat mula turun kira-kira jam 1 petang, namun begitu punca sebenar kebocoran belum dikenalpasti.

Kebocoran membabitkan bagunan di Parlimen pernah dua kali berlaku iaitu pada Mei 2008 akibat kebocoran saluran air di laluan ruang legar Dewan Rakyat.

Insiden yang hampir sama pernah beberapa kali berlaku iaitu pada April 2010, Mei 2008 dan April 2005.

Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika mengulas kejadian itu, mahu ianya disiasat.

Menurutnya, bangunan parlimen baru sahaja diselenggara sehingga menelan kos berjuta-juta ringgit.

"Kita persoal apa jadi kepada penyelenggaraan yang dibuat sebelum ini dengan kos berpuluh juta ringgit.

"Adakah ianya dipatuhi dan diteliti?

"Kita minta siasatan dibuat segera," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Bangunan Parlimen mula diubahsuai pada awal tahun 2004 dengan kos RM80 juta melibatkan kerja-kerja mengubah suai Dewan Rakyat, Dewan Negara, lobi serta dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan termasuk teknologi maklumat.

Kerja-kerja ubah suai masih dilakukan terutama di dalam Dewan Negara dan beberapa bahagian lain di tingkat bawah bangunan Parlimen.

Pada 28 April 2005, masalah kebocoran bumbung di Parlimen ketika sidang Dewan Rakyat berlaku disebabkan kesilapan teknikal yang kecil iaitu penutup kabel elektrik (cable trunking) pada bahagian bumbung Dewan Rakyat menghalang pengaliran air hujan.

Ekoran itu, air hujan yang terhalang telah mengalir melalui bahagian 'kanvas PVC' yang digunakan dalam pemasangan penyedut asap yang terkopak dan kemudian terus masuk ke dalam dewan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kejadian itu merupakan sesuatu di luar jangkaan walaupun proses baik pulih telah dilakukan sebelum ini.

Bagaimanapun menurutnya proses membaik pulih bangunan yang dibina pada 1962 itu perlu dilakukan bagi memastikan jangka hayat bangunan Parlimen itu.

"Bangunan ini sudah tua, bila kita lakukan sesuatu seperti memasang pendingin hawa dan ganggu sistem asalnya, ia akan mengalami masalah... jadi kita akan baik pulih bangunan ini," katanya.

Ditanya sama ada kerajaan akan memindahkan bangunan Parlimen ini, Mohamed Nazri berkata: "Tidak, kita akan tetap berada di sini, kita tak akan pindah.

"Kita akan tetap berada di sini, tapi pada masa yang sama akan mendapatkan pandangan daripada pihak berwajib untuk mencari bangunan sementara... tapi Kabinet belum buat apa-apa keputusan lagi."

Sebelum ini Jabatan Kerja Raya (JKR) dilaporkan telah mencadangkan kepada Kabinet supaya kerja pembaikan dijalankan ke atas bangunan sekarang dengan kos RM100 juta

PARLIMEN MAHASISWA - Pembangkang Tidak Akan Pernah Puas


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Hou Kok Chung memberitahu bahawa KPT sememangnya menyokong dan menggalakkan pelaksanaan program-program pembangunan sahsiah pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk melalui pembentukan Parlimen Mahasiswa.


"Sesuai dengan kuasa autonomi yang ada pada IPT, Naib-Naib Canselor telah diberi kuasa dalam menguruskan hal-hal berkaitan perkara ini di IPT masing-masing," kata beliau.


Menurutnya, setakat ini USM telah melaksanakan model Parlimen Mahasiswanya yang tersendiri secara rasmi pada 23 Oktober lalu dengan dikenali sebagai Dewan Perundingan Pelajar (DPP).


Beliau menjawab pertanyaan Dewan Rakyat hari ini (22 Nov. 2010) oleh YB Padang Terap yang bertanyakan adakah kerajaan berhasrat untuk menubuhkan Parlimen Mahasiswa (Student Parliament/Youth Parliament) seperti mana yang dilaksanakan di UK sebagai bukti keterbukaan kerajaan mengiktiraf suara mahasiswa sebagai suara ketiga dalam menjadi rakan pembangunan negara dan juga menggalakkan mahasiswa terlibat secara progresif dan positif dalam politik negara.


Walau bagaimanapun, YB. Padang Terap masih beranggapan bahawa Parlimen Mahasiswa yang merupakan inisiatif KPT itu tidak memberikan kebebasan yang sepenuhnya kepada mahasiswa untuk berperanan sebagai suara ketiga.


"Di UK seperti mana yang kita ketahui, Parlimen Mahasiswa ditubuhkan,mereka mempunyai akta khusus menyebabkan mahasiswa yang memberikan pandangan dalam forum tersebut mempunyai kebebasan untuk menyatakan pandangan-pandangan mereka.


"Di Malaysia kita masih lagi mempunyai sekatan-sekatan seperti AUKU yang menghalang kebebasan mahasiswa daripada menyuarakan pandangan.


Kebebasan Yang Tidak Pernah Puas

USM memaklumkan bahawa idea asal Parlimen Mahasiswa dikemukakan oleh Profesor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor USM   dalam  ucap utamanya dalam Kongres Mahasiswa yang pada tahun 2003.   Pada tahun 2008 dengan semangat pindaan Seksyen 15 AUKU Pindaan 2009, beserta iniasitif Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM  Sidang Akademik 2008/09, draf cadangan idea Parlimen Mahasiswa dikemukakan dan dibentangkan kepada YB Dato Saifudin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. 

Dewan Perundingan Pelajar menyediakan  'platform' yang menggabungkan suara mahasiswa di semua peringkat kepimpinan yang menyatukan kesemua pelajar di pelbagai kampus yang ada, menyatukan kepimpinan semua pertubuhan dan kelab pelajar dan MPP  serta menjadi wadah untuk menyampaikan  suara mahasiswa pada peringkat yang tertinggi.


Ini adalah antara pengiktirafan terbesar universiti dalam mengiktiraf suara mahasiswa dalam membantu penggubalan dasar universiti dengan penglibatan  mereka secara langsung dalam penggubalan dasar-dasar yang melibatkan pelajar dalam perkara-perkara tertentu.

Terdapat beberapa perbezaan yang wujud dalam model "Parlimen Mahasiswa" ini, jika dibandingkan dengan model-model Parlimen di Malaysia atau di tempat-tempat lain.  Pertama, Dewan ini  tidak wujud klasifikasi ahli kerajaan dan ahli pembangkang.  Semua ahli mempunyai status yang sama iaitu ahli Dewan yang boleh berbahas tanpa terikat dengan mana-mana perjuangan atau ikatan.

Kedua, Dewan ini membenarkan para pemerhati Dewan untuk turut berbahas usul yang sedang dibentangkan melalui sesi khas yang disediakan sebelum sesi pengundian usul.  Ini sebenarnya akan memberi ruang yang cukup luas agar usul itu dibahaskan dengan lebih serius dan terperinci serta  turut memberi satu ruang kepada pihak ketiga untuk memberi pandangan. 

Ketiga, Dewan ini akan diberikan satu kebebasan tanpa kehadiran pihak Universiti, maknanya Dewan tidak akan dikawal oleh pihak Universiti dan ia adalah 100% dikendalikan oleh kuasa Speaker seperti yang terkandung di dalam "standing order" yang telah disediakan dengan keterlibatan pelajar juga.  Ini bermakna, semangat Seksyen 15 memberi ruang kebebasan kepada pelajar telah dapat direalisasikan.

Seperti mana juga Dewan Parlimen yang memberi kebebasan kepada ahli-ahlinya berdebat secara terbuka dan berasaskan fakta, demikian juga Dewan ini akan membuka ruang yang lebih dalam kalangan mahasiswa untuk  berdebat secara terbuka, bebas dengan berhemah untuk melahirkan para pemimpin yang bersiasah tinggi yang  menghormati adab dan etika keilmuan, menghormati orang lain dan menerima kepelbagaian pendapat dan pandangan sebagai satu tradisi yang perlu dipupuk mala diterima sebagai satu aspek utama kehidupan global.

Kadang-kadang Ahli Parlimen Pembangkang masih terbawa-bawa dengan AUKU sebelum pindaan 2009. Mereka seharusnya sedar kebebasan yang diberikan sudah semakin luas. Guna dahulu peluang-peluang yang telah dibuka luas sebelum menuntut yang selebihnya.

Untuk makluman, AUKU Pindaan 2009 telah membuka seluas-luasnya ruang kebebasan, mahasiswa boleh menganggotai semua pertubuhan hanya tidak boleh menjadi ahli parti politik. Masih banyak pertubuhan belia yang mengeluh kerana mahasiswa tidak menggunakan peluang menganggotai pertubuhan tersebut sebagai platform mengasah bakat kepimpinan mereka. Untuk makluman juga, usul agar pelajar berpolitik kepartian yang dibahaskan di Dewan Perundingan Pelajar USM tersebut telah ditolak oleh Ahli Dewan.

Biarlah pelajar yang menentukan arah tuju mereka dengan bimbingan daripada pimpinan yang berpengalaman. Biarkan mereka bebas berbahas secara ilmiah berdasarkan fakta dan bukti tanpa dipengaruhi oleh parti-parti politik yang berhujah berdasarkan kepentingan masing-masing.


Janganlah kita menuduh penubuhan Parlimen Mahasiswa ini sebagai retorik dan pelbagai tuduhan lain yang negatif. Berilah peluang kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk melaksanakan tanggungjawabnya dengan cara yang terbaik.



Jangan anggap semua kehendak kita yang membangkang itulah yang terbaik. KPT juga ingin lahirkan mahasiswa yang terbaik seperti mana kehendak pembangkang, namun KPT juga ada perancangannya.


Sama-samalah memberi idea dan buah fikiran TETAPI bila idea tersebut masih belum dilaksanakan, jangan terus melatah, mungkin belum sampai masanya.

Monday, November 22, 2010

Usul TARIKH AIDIL ADHA PELIK di tolak


Usul tergempar yang dikemukakan ahli parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub agar Parlimen membincangkan isu tarikh Aidiladha yang berbeza dua hari dengan tarikh dan masa wukuf di Arab Saudi ditolak dalam kamar.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang dibuat bawah perkara 18(1) itu atas alasan ia sudah dibincangkan sebelum ini.

Posts Celah Gelagar sebelum ini berkenaan isu tarikh aidil adha:

TARIKH HARI RAYA AIDILADHA - Apa kata FUQAHA

PARLIMEN:USUL TERGEMPAR-Tarikh Aidil Adha PELIK

Sunday, November 21, 2010

SAMY VELLU - Selamat Tinggal Malaysia

Selamat Tinggal Malaysia
Keputusan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu untuk meninggalkan jawatan tertinggi dalam parti itu Januari depan mengundang pelbagai reaksi daripada rakan sejawatan dalam komponen Barisan Nasional (BN) serta musuh politiknya.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup, meminta semua pihak menghormati keputusan berkenaan dan yakin ia dibuat atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi tekanan atau desakan politik mana-mana pihak. “Keputusan Samy Vellu perlu dihormati semua pihak. Tidak wajar mencipta spekulasi semata-mata untuk mensensasikan perkara ini, sebaliknya semua pihak harus terima kenyataan dan menghormati keinginan beliau untuk bersara.

“Samy Vellu sudah banyak menyumbang ke arah pembangunan serta pembentukan masyarakat India di negara ini dan saya percaya, beliau berasa masa sudah tiba untuk melepaskan kepemimpinan MIC kepada orang lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas, berkata Samy Vellu seharusnya meletak jawatan sebelum 2004 lagi, iaitu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-11.

“Keadaan akan menjadi lebih baik untuk masyarakat India sekiranya beliau melakukannya sebelum itu (PRU Ke-11) berbanding sekarang,” katanya.

Bagi pengasas Gerakan Anti Samy Vellu (GAS), V Mugillan, beliau secara rasmi membubarkan gerakan berkenaan bermula semalam sambil mendakwa berjaya dalam misinya mendesak Samy Vellu berundur.

“Meskipun beliau akan berundur awal, GAS tidak menganjurkan jamuan atau pesta seperti dikatakan sebelum ini... tindakan Samy Vellu berundur lebih awal pun sudah memadai.

“Saya mempunyai kepercayaan tinggi terhadap penggantinya, Datuk G Palanivel kerana pernah berkhidmat di bawah kepimpinan beliau,” katanya



Datuk Seri S Samy Vellu hari ini berkata beliau akan mengumumkan butiran terperinci tentang persaraannya sebagai presiden MIC pada 13 Disember ini.

Bekas Menteri Kerja Raya berusia 74 tahun itu berkata beliau akan melepaskan jawatan presiden MIC dengan senang hati kerana ia akan memberinya lebih banyak masa untuk bersama keluarga, rakan taulan dan masyarakat.

"Pada hari berkenaan (13 Disember), saya juga akan umumkan rancangan saya selepas berundur daripada jawatan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-46 Majlis Belia Hindu Malaysia di Kuala Lumpur.

Turut hadir Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk T Murugiah.

Sebelum itu, Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam adalah yang terakhir bagi Datuk Seri S Samy Vellu sebagai Presiden MIC berikutan keputusannya untuk mengundur diri daripada menerajui parti itu, Januari depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata justeru, beliau bagi pihak BN merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan besar yang dilakukan Samy Vellu selama ini.

"Datuk Seri Samy Vellu adalah rakan setia kepada BN sejak dulu lagi. Oleh itu, kita amat menghargai sumbangannya dan percaya beliau akan terus bersama BN serta turut menyumbang dalam kapasiti lain untuk kepentingan kita bersama,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini, semalam.


Samy Vellu Sepintas Lalu
 
Dato' Seri Samy Vellu Sangalimuthu (Lahir 8 Mac 1936), lebih dikenali sebagai Samy Vellu, adalah seorang ahli politik Malaysia berketurunan India (Tamil) dan seorang ahli arkitek berdaftar. Beliau merupakan Presiden MIC dan telah memegang jawatan berkenaan sejak 1979. Beliau merupakan bekas Menteri Kerja Raya Malaysia.

Kedua ibu bapanya merupakan seorang penoreh getah di Kluang, Johor, bersama-sama imigran India yang lain yang dibawa oleh penjajah British bekerja di ladang-ladang getah. Semasa remajanya, beliau pernah menjadi konduktor bas di GTC Bus Company, syarikat pengangkutan tempatan pada 1950. Kemudian beliau menjadi budak pejabat di sebuah firma arkitek. Dengan tidak putus asa beliau belajar secara sambilan sehingga berjaya menjadi seorang arkitek yang bertauliah.

Pada 1961, beliau bertanding kerusi di MIC Selangor tetapi kalah. Tahun berikutnya, beliau dilantik menjadi Pengerusi Biro Kebudayaan MIC. Pada 1967, belau dilantik memegang jawatan Setiausaha MIC Selangor dan pada 1972, beliau ditauliahkan sebagai seorang arkitek. Dua tahun kemudian, beliau bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Sungai Siput.

Dengan sokongan dan popularitinya dalam parti, beliau telah dipilih sebagai Naib Presiden MIC. Beliau mengalahkan pencabarnya, S. Subramaniam, yang ketika itu Setiausaha Agung MIC dengan majoriti 26 undi. Kemudian, beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden dan pada tahun 1979, beliau dilantik menjadi Presiden MIC berikutan kematian Tan Sri Manickawasagam.

Beliau dipilih menganggotai kabinet pertama kali pada 1979 dan dilantik sebagai Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dari tahun 1979 hingga 1989, beliau dilantik sebagai Menteri Kerja Raya. Kemudian dari tahun 1989 hingga 1995, beliau dilantik sebagai Menteri Tenaga, Komunikasi dan Pos. Beliau memegang semula jawatan sebagai Menteri Kerja Raya sehingga 2008 berikutan kekalahan beliau pada pilihan raya umum. Jawatan beliau sebagai Menteri kabinet mewakili parti MIC digantikan oleh setiausaha parti tersebut, Dato' Dr. S. Subramaniam sebagai Menteri Sumber Manusia.

Beliau pernah memecat beberapa pemimpin parti tersebut. Antaranya termasuklah bekas Naib Presiden, Tan Sri M. G. Pandithan kerana dikatakan telah menggunakan perkataan perkauman. Selain itu, beliau juga pernah menjadi punca kekalahan Timbalan Presiden Parti tersebut, Dato' S. Subramaniam dengan menyokong Dato' G. Palanivel untuk bertanding jawatan tersebut.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad ketika ditemuramah telah menyatakan bahawa beliau tidak dapat menggugurkan Samy Vellu daripada kabinetnya kerana khuatir akan mendapat tentangan daripada masyarakat India khususnya ahli-ahli MIC.

Kekalahan Samy Vellu di Parlimen Sungai Siput telah dijangkakan oleh ramai pihak. Ada yang mengatakan bahawa ini berpunca daripada peristiwa Hindraf. Bagaimanapun, sebelum pilihan raya diadakan, Samy Vellu dikatakan berkata: "Sapa berani lawan sama saya. Ampat puluh lima kali masuk tanding, saya juga minnang (menang)".Akan tetapi selepas keputusan pilihan raya diumumkan, beliau dikatakan berkata pula: "Rakyat marah sama BN, bukan sama saya".

Beliau juga terkenal dengan memberi jawapan dan komen-komen yang pelik kepada wartawan dan di Parlimen.

"Apa? Ingat saya boleh pegang itu tanah. Dia mau jatuh, dia jatuh la..." kata Samy Vellu ketika menjawab soalan wartawan berkaitan dengan tanah runtuh di Sungai Siput.

Samy Tolak Gelaran Tun dan Jawatan Duta

Pada Mei 2010 lalu, anak Samy Velu, S. Vell Paari menyatakan ayahnya telah menolak kedua-dua tawaran itu ketika 'kompromi' dicapai berhubung isu calon pilihan raya kecil Hulu Selangor lagi.

"Saya hendak beritahu anda hari ini, ayah saya menolak apabila pegawai khas Perdana Menteri datang jumpa dengan ayah saya ketika pilihanraya kecil Hulu Selangor dengan tawaran gelaran "Tun" dan jawatan dilantik sebgai duta. Ayah saya kata tidak, beliau tidak mahu terima kedua-dua tawaran itu" katanya.

Adakah Samy akan membawa diri ke India tanpa kedua-dua tawaran tersebut dan hidup kaya raya di sana.

Atau menerima jawatan sebagai duta ke India setelah berfikir kali kedua dan juga hidup kaya raya di sana.
SAMY VELLU bersalam dengan Najib pada mesyuarat terakhir beliau bagi Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur


TARIKH HARI RAYA AIDILADHA - Apa kata FUQAHA

Celah Gelegar sebelum ini melaporkan (click)  bahawa Ahli parlimen Kubang Kerian mengemukakan usul tergempar bagi menangguhkan sidang Dewan Rakyat yang akan bersambung esok, 22 November 2010 (Isnin) bagi membincangkan isu tarikh Aidil Adha yang berbeza dua hari dengan tarikh dan masa wukuf di Arab Saudi.

Menurut pakar usul fiqh dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Datuk Prof Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, langkah Salahuddin itu sebenarnya lebih banyak mengundang kekeliruan di kalangan rakyat, khususnya umat Islam.

“Kalau saya boleh jumpa kawan saya itu (Salahuddin), saya harap supaya tidak dibawa ke Parlimen.

“Benda-benda semacam ini lebih baik dibawa ke forum yang lebih menjurus (khusus) supaya diselesaikan oleh orang yang benar-benar mahir, bukan Ahli Parlimen.

“Di Parlimen itu, ada orang Islam, ada orang bukan Islam, ada yang faham dan ada yang kurang faham... jadi isu ini akan digunakan oleh pihak tertentu untuk menuduh orang Islam tidak akan bersatu sampai bila-bila.

“Saya tak faham politik, saya tak faham (cara berfikir) ahli politik, saya yang bukan ahli politik, fikir lebih baik tak bawa (ke Parlimen) kerana itu lebih mengelirukan,” ujar Mahmood Zuhdi.

Nada yang sama turut disuarakan oleh penyarah kanan Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr Luqman Abdullah.

“Kalau kita di Malaysia, kita ikut ketetapan kerajaan Malaysia, ia bukan masalah politik atau apa (sebagainya), kita tak nampak unsur yang mengacaunya (mengelirukan).

“Kalau masyarakat sudah boleh menerima ketetapan Majlis Raja-Raja Melayu, tidak timbul kekeliruan itu seperti yang dianggap Salahuddin,” kata beliau.

Seorang lagi ahli fuqaha Wan Ji Wan Hussin pula berpendapat, inisiatif Salahuddin membawa isu tersebut ke Parlimen adalah wajar kerana perbahasan akan memangkin semua pihak berwajib, khususnya ulama untuk membuat satu ketetapan baru untuk kepentingan umat.

“Pada saya, Parlimen perlu mencetuskan sesuatu yang besar kerana Parlimen akan memangkin perkara yang dianggap kontroversi atau mengelirukan ini dibincangkan oleh mereka yang berkelayakan seperti ulama dan ahli fuqaha.” kata beliau.

“Macam isu kalimah Allah, yang sesetengah kita tidak bersetuju (penganut) bukan Islam menyebutnya (Allah).

“Kalau nak kira Parlimen tidak layak berbincang tetapi dengan tercetusnya isu itu di Parlimen akhirnya menjadi perhatian agamawan sehingga kita menemui keketapan baru iaitu harus bagi masyarakat bukan Islam menyebut kalimah Allah,” kata beliau.

Beliau menjelaskan, tiada masalah jika isu itu dibincangkan di Dewan Rakyat kerana Malaysia ada persamaan dengan negara-negara jiran seperti Thailand, Singapura dan Indonesia.

“Lagi pun, Parlimen mempunyai hak membincangkan sesuai yang menjadi kepentingan awam,” kata beliau.

Oleh itu katanya, beliau yakin bahawa usul tergempar Salahuddin itu tidak akan mengelirukan sesiapa kerana perbahasan di Parlimen akan menarik perhatian agamawan dan ilmuan untuk memainkan peranan masing-masing.

Pun begitu, Mahmood Zuhdi yang juga Timbalan Dekan di Institut Pemikiran Ketamadunan Islam Antarabangsa memberitahu, penentuan tarikh Aidiladha di tanah air tidak wajar mengikut hari dan waktu wukuf di Arafah.

Jelas Mahmood Zuhdi, sudah memadai sekiranya ahli falak Islam tempatan menggunakan kaedah “ar-rukyah” (melihat anak bulan) dan “al-hisab” (kiraan hari dalam sebulan) untuk menentukan tarikh Hari Raya Aidiladha.

Ini kerana penetapan Aidiladha di Malaysia, mestilah mengikut al-matla” (waktu timbul) di Malaysia, bukannya mengikut al-matla” di Arab Saudi.

“Sembahyang Asar sekarang pun tidak sama waktunya dengan Mekah (Arab Saudi), ertinya tidak semua waktu itu sama di seluruh dunia ini, ia dipanggil perbezaan matla.

“Dahulu pun, kita pernah ada amalan (iaitu) kita akan berhari raya sehari selepas hari wukuf, tetapi amalan itu ternyata tidak memberi kesan yang baik kerana Arab Saudi terlampau lewat mengisytiharkan ketetapannya (tarikh Hari Raya Aidiladha),” katanya lagi.

Ujar Mahmood Zuhdi lagi, sepatutnya ketetapan Hari Raya Aidiladha yang diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu tidak mengelirukan mana-mana pihak.

Ini kerana katanya, persidangan fiqh sedunia di Istanbul telah pun menetapkan bahawa penentuan waktu dan masa berhubung ibadat umat Islam berdasarkan al-hisab dan al-rukyah.

Luqman turut sependapat dengan Mahmood Zuhdi iaitu penentuan tarikh Hari Raya Aidiladha di Malaysia tidak perlu terikat dengan ketetapan di Arab Saudi.

“Kita ikut kita punya kawasan (Malaysia) sebab puasa pun kita ikut waktu tempatan, sembahyang pun kita tidak ikut Arab Saudi.

“Kalau diminta kita ikut Hari Arafah, sebenarnya Arab Saudi sendiri pernah mengubah hari (mengerjakan) wukufnya.

“Kalau diminta berpuasa mengikut Hari Arafah seperti yang hadis kata sekali pun, ada pendapat ulama berkata tuntutan itu di Arafah, bukan di tempat lain.

“Ertinya, dalam menetapkan isu Aidiladha ini sebenarnya masih bersifat dzon (sangkaan) tak kiralah kita nak ikut cara al-hisab atau ar-rukyah atau ikut (perbuatan) Arab Saudi,” ujarnya lagi.

Wan Ji pula memberikan pendapat yang berbeza dengan Mahmood Zuhdi dan Luqman dalam soal menetapkan tarikh Hari Raya Aidiadha.

“Kenapa mesti dirujuk Arab Saudi? Isunya sekarang Nabi Muhammad s.a.w menyebut puasa Arafah, Nabi tak sebut puasa pada 9 Zulhijjah.

“Apabila sebut puasa Arafah, ia perlu dirujuk pada Arab Saudi, tidak patut menggunakan kaedah al-hisab dan al-rukyah kerana kedua-dua kaedah tersebut digunakan ketika nak menentukan hari berpuasa pada 1 Ramadan dan Aidilfitri pada 1 Syawal sahaja,” ujar Wan Ji.

Kata pengasas Sekolah Pemikiran Asy-Syatibi — sebuah pertubuhan bukan kerajaan — itu lagi, pendapat tersebut berdasarkan hadis riwayat Imam Muslim.

“Puasa hari Arafah, aku (Nabi Muhammad s.a.w) berharap agar Allah kifarat dosa selama setahun sebelum dan setahun selepas...,” ujarnya memetik hadis ke-1979 dari kitab Sahih Muslim.

Tambah Wan Ji lagi, pendapatnya itu sebagaimana dipetik daripada Naib Presiden Majlis Fatwa dan Kajian Eropah Dr Faisal Maulawi.

“Faisal sendiri mengatakan, perbezaan pendapat itu mungkin berlaku pada melihat anak bulan Ramadan dan anak bulan Aidilfitri, tetapi jumhur (majoriti) ulama bahawasanya semua orang Islam itu berpuasa dan berbuka puasa dengan cara melihat anak bulan berdasarkan pada negeri masing-masing.

“Ada pun nisbah pada Aidiladha, tidak harus berlaku seperti itu dan tidak dilihat (menggunakan) pada al-hisab serta tidak juga melihat pada anak bulan pada negeri-negeri tertentu dalam menentukan anak bulan Zulhijjah (1 Zulhijjah), tetapi perlu dilihat pada berlakunya jamaah haji secara perbuatan.

“Maka hari Arafah itu adalah hari para haji mengerjakan wukuf secara perbuatan dan tidak ada pengajaran dengan melihat anak bulan pada seluruh negara lain dengan kiraan hisab untuk menentukan Aidiladha,” ujarnya lagi.

Bagaimana pun, Wan Ji berkata Pengerusi Himpunan Ulama Muslim Sedunia Dr Yusof al-Qaradawi sendiri sebenarnya tidaklah menolak pendapat ulama yang menggunakan kaedah al-hisab dan al-rukyah dalam menentukan tarikh Aidiladha.

“Al-Qaradawi sendiri bersetuju dengan pendapat Prof Maulawi ini, cumanya al-Qaradawi mengambil sikap yang lebih toleransi dengan pendapat segelintir ulama yang bersetuju menggunakan al-rukyah dan al-hisab kerana tidak ada ijmak (kesepakatan) dalam perdebatan ini.

“Maulawi sendiri menyebut jumhur (majoriti) ulama, bukannya kesepakatan (ijmak) ulama dalam perkara ini, apabila disebut majoriti ertinya wujud minoritilah,” ujarnya.

Bagi Wan Ji, Yusof berpendapat demikian mungkin bertujuan untuk mengelak pepecahan di kalangan umat Islam dalam mengamalkan ibadat Islam kerana Islam mengajar perpaduan umat, bukannya pepecahan umat.

“Oleh kerana tidak ada kesepakatan ulama, lebih baik berlapang dada seperti Dr Yusof al-Qaradawi kerana pepecahan di kalangan umat itu lebih besar mafsadahnya (keburukan) berbanding menajamkan perselisihan pendapat di kalangan ulama dalam perkara ini (menentukan tarikh Aidiladha),” ujar Wan Ji.

Saturday, November 20, 2010

Tiada GANYANG ARAB SAUDI?? Tiada Buluh Runcing??


19 Nov. 2010, JAKARTA: Menteri Hal Ehwal Wanita Indonesia, Linda Agum Gumelar, dilaporkan akan ke Arab Saudi hari ini untuk membantu siasatan berhubung kes penderaan kejam seorang pembantu rumah warga negaranya di sana.

Linda akan mengetuai satu pasukan daripada beberapa kementerian untuk memastikan keadilan bagi Sumait Salan Mustapa, 23, yang didera hingga cedera yang sekali lagi menarik perhatian mengenai isu penderaan pekerja wanita warga asing di Asia Barat. “Seperti diarahkan Presiden (Susilo Bambang Yudhoyono), keadilan perlu ditegakkan,” kata jurucakap Kementerian Luar, Michael Tene.

Ekoran beberapa kejadian penderaan dan kematian pembantu rumah warga negara itu yang dilaporkan kebelakangan ini yang disyaki akibat penderaan oleh majikan mereka, maka terdapat gesaan agar kerajaan Indonesia menghentikan penghantaran pembantu rumah ke Arab Saudi.

Speaker Dewan Perwakilan, Marzui Ali, dipetik Xianhua berkata tindakan itu penting bagi menjaga kebajikan dan keselamatan warganegaranya.

Menurut Marzuki, penderaan teruk dialami Sumiati Salan Mustapa, 23, yang disyaki dilakukan oleh majikannya perlu diberi perhatian serius.

Sumiati, dari Dompu, Nusa Tenggara Barat, cedera di sebahagian badannya termasuk digunting bibirnya oleh majikan tanpa belas kasihan sehingga mencetuskan kemarahan rakyat di negara itu.

Kelmarin pula, seorang pembantu rumah lain, Kikim Kpomalasari, 36, ditemui mati dipercayai didera majikannya dan mayatnya pula dibuang di tempat pembuangan sampah.

Kempen Ganyang Arab Saudi 

Apa yang menjadi tanda tanya ialah kemanakah perginya kumpulan BENDERA dan pendekar buluh runcing yang sanggup bermandi darah, memijak jalur gemilang dan melempar najis manusia kepada kedutaan Malaysia tempoh hari.

Dalam kejadian tersebut, penunjuk perasaan melemparkan najis ke dalam perkarangan kedutaan Malaysia melepasi pintu pagar hadapan. Mereka turut melepaskan najis ke atas bendera Malaysia yang dipijak-pijak di atas jalan tempat mereka berkumpul di hadapan kedutaan Malaysia.

Demonstrasi itu diadakan bagi menandakan kemarahan mereka terhadap Malaysia yang mereka dakwa telah merendahkan maruah Indonesia dalam insiden di perairan Bintan pada 13 Ogos 2010 apabila polis Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia. Kemarahan mereka juga dikatakan berpunca daripada kes-kes penderaan pembantu rumah rakyat Indonesia yang berkhidmat di Malaysia.

Kenapa mereka begitu biadap terhadap jiran serumpun mereka Malaysia yang sanggup bersusah payah dikala mereka ditimpa bencana dan musibah.

Malaysia juga merupakan tempat utama mereka mencari rezeki untuk hidup.Pada masa ini, Malaysia merupakan negara penempatan Tenaga Kerja Internasional (TKI) terbesar di luar Indonesia. Jumlah TKI yang bekerja di Malaysia menurut data rasmi Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi (Kemenakertrans) Indonesia sudah pun mencapai bilangan 1.2 juta orang. Kemudian barulah diikuti negara Arab Saudi dengan mencatatkan bilangan seramai 927,500 pekerja Indonesia.

Kenapakah mereka sanggup melakukan begitu sekali terhadap Malaysia, seolah-olah di dunia ini rakyat Malaysia lah yang paling jahat. Seolah-olah kes-kes sebegitu tidak belaku di negara-negara lain.

Sekarang terbukti, kejadian jenayah tidak mengenal negara, kaum dan warna kulit, ia boleh berlaku di mana-mana. Biarlah pihak polis di negara masing-masing membuat siasatan dan mereka yang bersalah di dakwa dimuka pengadilan.

Usahlah mudah melenting dengan melempar najis dan membuat kempen 'ganyang' tak tentu hala.

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com