iklan nuffnang

pages

Sunday, October 31, 2010

PM ada tanda sakit cacar - MOGA CEPAT SEMBUH

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan agar berehat di kediaman dan mengelakkan daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar.


Penasihat media beliau, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, dalam kenyataannya menyatakan bahawa Perdana Menteri mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

"Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

"Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," kata Jalaludin.-BERNAMA

GALAS : 4 mahasiswa di tahan

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Mohammed Abdullah Sha'ani berbual dengan empat mahasiswa dari GAMIS iaitu (dari kiri) Muhammad Syahrul Deen Ahmad Rosli, Mohamad Rijaludeen Mohamad Anwar, Ahmad Syukri Abdul Razab dan Mohd Yusof Hadhari Saidon selepas memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, Sabtu malam

Empat anggota Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) termasuk Pengerusi Majlis Politik Nasional, Syukri Razak pada Sabtu ditahan polis sewaktu mengedarkan risalah di kawasan bandar di sini.

Menurut maklumat awal, Syukri bersama tiga yang lain iaitu Mohd Yusof Hadhari, Mohd Sharuldin dam Mohd Rijalludeen ditahan mengikut Seksyen 15(3) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Keempat-empat mereka dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Gua Musang bagi membantu siasatan.

Jurucakap GAMIS, Ahmad Shukri Kamarudin ketika dihubungi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, kumpulan berkenaan didatangi anggota polis berpakaian preman dengan mendakwa menerima aduan berhubung aktiviti mereka yang dianggap 'pengacau' di kawasan berkenaan.

"Anggota polis berkenaan mendakwa mereka menerima laporan daripada PAS dan Barisan Nasional (BN) serta penduduk setempat yang tidak senang dengan kehadiran kami di sini.

"Kami diberitahu bahawa pengadu-pengadu berkenaan menganggap kita sebagai 'pengacau' di kawasan ini," katanya.

Bagaimanapun Shukri berkata pihaknya musykil kerana polis tidak mempunyai bidang kuasa untuk menahan mahasiswa menggunakan AUKU.

"Polis tak ada kuasa nak tahan guna AUKU melainkan menerima arahan daripada Timbalan Naib Canselor universiti," katanya.

GAMIS menggerakkan seramai 200 anggotanya di Galas bermula hari ini sempena pilihan raya kecil kawasan berkenaan bagi menerangkan kepada rakyat mengenai beberapa dasar dan tindakan kerajaan.

Saturday, October 30, 2010

PERJANJIAN SYAITAN : PKR-DAP


Perjanjian rahsia antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan DAP bukan suatu perkara yang boleh dianggap 'main-main' kerana ia didalangi oleh kepimpinan tertinggi parti terbabit.

Menyifatkan perjanjian itu sebagai 'konspirasi syaitan', Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin bagaimanapun enggan mendedahkan dalang yang terlibat kerana masih menunggu masa dan keadaan yang sesuai.

"Pendedahan ini dibuat kerana saya mahu ahli bawahan Pas dan PKR serta rakyat Malaysia tahu bahawa wujudnya 'perjanjian syaitan' melibatkan PKR dan DAP.

"Jangan nanti apabila perkara sudah berlaku baru hendak menyesal. Baru hendak kata tidak jangka semua itu akan berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat semalam, beliau mendedahkan wujud perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik antara PKR dengan DAP yang tidak diketahui Pas.

Melalui perjanjian rahsia itu jelasnya, DAP akan memiliki kuasa autonomi ke atas Pulau Pinang sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Perjanjian itu juga dakwanya, turut membenarkan wakil DAP dilantik sebagai Menteri Besar di negeri-negeri dimenangi parti itu.

Zulkifli menambah, bagi menjayakan rancangan itu, DAP dijangka meletakkan calon-calon Melayu terutamanya di Negeri Sembilan dan Perak untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

"DAP meletakkan calon Melayu bagi membolehkan mereka dilantik sebagai Menteri Besar. Formulanya, mungkin dengan mencari calon Melayu daripada dalam PKR atau meletakkan calon pilihan parti itu sendiri.

"Memang kita lihat Lim Kit Siang seolah-olah tidak mendapat apa-apa. Tetapi sedarlah, autonomi yang diberikan kepada Pulau Pinang sebenarnya adalah ganjaran besar untuk Kit Siang dan keluarganya," ujarnya.

Ditanya bila sebenarnya perjanjian itu bermula, Zulkifli memberitahu, ilham mengenainya bermula apabila berlaku krisis bagi melantik menteri besar sewaktu pakatan pembangkang mula-mula menguasai Perak pada pilihan raya umum lalu.

"Setelah itu, timbul pula isu Kabinet bayangan yang mengatakan Kit Siang akan diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Di situlah, mulanya mereka memikirkan semua ini," katanya.

Mengulas gelaran 'badut' yang diberikan oleh Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas DUN Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah terhadapnya dalam laman web propembangkang, The Malaysian Insider ekoran pendedahan itu, Zulkifli tidak langsung mengendahkannya.

"Mahu kata apa pun, ikut suka dialah. Anwar dulu terang-terang berbohong tentang 16 September, boleh pula dia terima," katanya.

Katanya, semua itu tidak mustahil berlaku kerana DAP memang diketahui tidak boleh menerima Pas.

"Pas tidak sedar mereka dijadikan kuda tunggangan,'' ujarnya.

Pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin tentang perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik di antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang tidak diketahui oleh Pas, bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin berkata, tidak mustahil perjanjian seperti itu wujud kerana beliau sudah lama mengenali Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai individu yang bersikap talam dua muka.

''Anwar sendiri dalam satu pertemuan tertutup ketika saya masih menjadi Timbalan Ketua Menteri pernah menyebut agar Pas tidak diberikan kuasa yang banyak di Pulau Pinang kerana parti itu akan membolot kuasa berkenaan.

''Justeru saya tidak terkejut dengan apa yang didedahkan oleh Zulkifli kerana kalau Anwar sendiri tidak percaya terhadap Pas, apatah lagi anak-anak buahnya,'' katanya

Dalam pada itu, Mohammad Fairus menegaskan, Pas sebenarnya hanya menjadi kuda tunggangan dan korban untuk nafsu politik Anwar dan DAP.

''Terlalu banyak sandiwara berlaku dalam pakatan pembangkang hari ini dan kepada saudara-saudara saya dalam kepimpinan Pas, renungkanlah perkara ini.

''Saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan cuma amat berharap Pas berwaspada dan tengok-tengoklah rakan mereka terutama Anwar yang merupakan politik rakus yang sanggup memperalatkan sesiapa demi kepentingan dirinya sendiri,'' ujarnya.

Tambah Mohammad Fairus, secara peribadi beliau tidak bersetuju Pas diperlakukan sedemikian rupa.

''Percayalah jika kepimpinan Pas mengabaikan apa yang didedahkan satu persatu hari ini, satu hari nanti Pas akan menjadi mangsa korban tikam belakang sekutu mereka sendiri,'' katanya.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, perkara itu amat serius dan perlu diberi perhatian sewajarnya oleh seluruh rakyat negara ini.

Menurut beliau, kenyataan terbaru Zulkifli itu perlu dinilai secara bersama dengan pendedahan sama yang pernah dibangkitkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini tetapi bermati-matian dinafikan oleh parti yang terlibat.

"Hari ini, PKR dan DAP secara bersungguh menafikan kenyataan Zulkifli dengan mempertikaikan kewibawaan dan kemampuannya sebagai wakil rakyat. Apakah seseorang yang pernah menjadi 'jagoan' mereka pada suatu ketika, sudah menjadi individu yang tidak perlu dihormati dan dihargai hanya kerana kenyataan yang tidak selari dengan kepentingan politik.

"Kalau mufti juga pernah dianggap pembohong dan penipu, kita sama-sama dapat menilai 'adab politik' yang ada di kalangan pemimpin pembangkang seperti ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, persamaan ideologi yang terbentuk antara kedua-dua parti tersebut merupakan asas kukuh untuk mereka bertindak membelakangi Perlembagaan negara.

Beliau berkata, jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara kelak, tidak mustahil orang Melayu akan ditindas dan kuasa memerintah negeri akan diserahkan kepada bangsa lain.

"PKR dan DAP masing-masing mempunyai ideologi berasaskan sosialis yang sanggup membuat apa saja asalkan ideologi mereka dapat ditegakkan.

Tambah Ahmad Atory, perjanjian sulit yang berlaku antara kedua-dua parti tersebut bukan rahsia baru tetapi masih terdapat kalangan orang Melayu yang tidak menyedari risikonya.

"Bangsa Melayu masih seperti dulu ketika zaman dijajah oleh kuasa asing, mereka lali, bermimpi dan tidak sedar bahaya yang bakal dihadapi," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Bakar berkata, sudah tiba masanya Zulkifli mendedahkan dalang dan membuktikan semua dakwaan yang dibuat tersebut supaya orang ramai sedar terhadap tindakan licik pakatan pembangkang.

"Sebagai ahli Parlimen, beliau harus bertanggungjawab mendedahkan perkara tersebut demi kepentingan bangsa Melayu sendiri," tegasnya.

Menurut Osman, jika perkara tersebut terbukti berlaku, kerajaan diminta siasat dan mengambil tindakan segera kerana secara jelas pihak berkenaan cuba mengubah Perlembagaan negara.

"Kerajaan harus ambil tindakan seperti mengenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap dalangnya kerana isu tersebut sangat sensitif dan bahaya," katanya.

Walau bagaimanapun isu ini dinafikan oleh pemimpin pakatan. Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, PKR, Pas dan DAP sering mengadakan perbincangan berhubung isu-isu pokok dalam mesyuarat secara berkala. Hanya pucuk pimpinan daripada ketiga-tiga parti hadir.

Oleh itu, beliau mempersoalkan dakwaan Zuklifli mengenai 'perjanjian sulit' tersebut kerana ahli Parlimen itu tidak mengikuti mesyuarat tersebut.

Sementara itu, Pengarah Strategik PKR, Tian Chua mencabar Zulkifli membuktikan semua dakwaan tersebut.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, perjanjian itu tidak mungkin sama sekali wujud kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri.

Seorang lagi Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menuduh Zulkifli telah melakukan pembohongan melalui pendedahan tersebut setelah disuruh dan dibayar oleh pimpinan UMNO dan BN. "Beliau adalah orang upahan atau pencacai kepada UMNO untuk membuat pembohongan terhadap pakatan pembangkang". katanya.

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa pula enggan mengulas kerana mendakwa tidak tahu menahu mengenai perjanjian tersebut.

MELAYU MESTI BACA - kebenaran peristiwa 13 Mei


PERBAHASAN BAJET 2011 PERINGKAT DASAR DI DEWAN RAKYAT OLEH Y.B. KULIM BANDAR BAHARU
Petikan Hansard Dewan Rakyat

28 Oktober 2010, 3.53 ptg.

Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, sudah banyak hari tunggu. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Alhamdulillah...

[Membaca sepotong doa]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk turut sama dalam perbahasan Belanjawan atau Bajet Negara 2011 ini yang telah diberi dengan pelbagai label oleh beberapa orang yang sudah berucap. Ada yang memanggilnya ‘bajet seluar dalam’, ada yang panggil ‘bajet kelambu’. Jadi saya berharap, kegiatan, perbuatan suka melabel dengan menghina ini dapat dihentikan. Kerana tidak membawa manfaat kepada sesiapa pun. Saya teringat beberapa tahun dahulu mereka ini suka melabel orang. Saya pernah ingat seorang pemimpin UMNO dilabel dengan gelaran ‘al–Juburi’. Hari ini sudah jadi kawan. Jadi kita perlu ingat hendak mengkritik jangan terlampau melampau, berpada-pada. Hendak memuji pun jangan melampau-lampau biar berpadapada. Itu yang Islam ajar kita. Senang sangat hendak melabel orang dengan pelbagai label yang menghina. Kita harap perkara ini dapat dihentikan untuk kebaikan Negara dan umat sendiri insya-Allah.

Dalam bajet kali ini Tuan Yang di-Pertua, Gagasan 1Malaysia disebut beberapa kali. Saya khuatir Tuan Yang di-Pertua gagasan ini telah disalah tafsir apabila melihat iklan sinar lebaran Aidilfitri lepas terbitan TV3 dengan lebai pak santa bawa basikal macam Santa Claus menyalakan pelita di atas bunga lotus. Ini memberi gambaran bahawa Gagasan 1Malaysia ini memang disalahtafsirkan dan salah mengertikan. Ada cubaan untuk membawa konsep 1Malaysia ini ke satu konsep Malaysian Malaysia. Semua orang sama, semua agama sama macam iklan TV3. Sampai dia cacamerba habis semua agama. Hak sama, kedudukan sama.

Saya ingin menegaskan soal persamaan tidak timbul kerana tunggak negara iaitu Perlembagaan Malaysia sendiri yang menjadi undang-undang utama negara, Perlembagaan itu sendiri discriminatory. Ianya sendiri discriminatory tetapi discriminatory positive. Di mana Perlembagaan sendiri discriminate antara rakyat iaitu agama Islam dan bangsa Melayu dilebihkan, itu kedudukan dalam Perlembagaan. Itu kita tidak boleh nafikan. Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan, Artikel 11(4) Artikel 12(4) Artikel 76, Jadual Kesembilan, Senarai 2, Artikel 211A, Artikel 150, Artikel 160. Ini peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang jelas meletakkan yang discriminate agama dan kaum lain dengan agama Islam dan bangsa Melayu. Ini hakikat dalam negara ini.

Contohnya bahasa Melayu, bahasa Melayu bahasa kebangsaan, dia discriminate dari bahasa lain. Kita tidak boleh kata sama. Tidak boleh samakan bahasa Melayu dengan bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Inggeris sebab bahasa Melayu bahasa Perlembagaan yang didaulatkan oleh Perlembagaan.

Akan tetapi malang setelah 50 tahun lebih, ada yang tidak faham lagi bahasa Melayu. Tengok Yang Berhormat Ipoh Timur tadi. Merujuk kepada kata-kata Perdana Menteri dia putarkannya ayat itu, tengok ini bahasa racist, bahasa yang hendak bawa kepada peperangan. Ini jenis yang tidak faham bahasa Melayu. Duduk Malaysia lama, peribahasa pun tidak faham. Ia hanya gambaran bahawa orang Melayu atau sesiapa yang sebut akan mempertahankan ke titisan darah terakhir, akan pertahankan sehingga bercerai badan, tangan dan kaki. Ini peribahasa, menunjukkan kita akan berjuang habis-habisan.

Saya hendak ingatkan Yang Berhormat Ipoh Timur, apa parti dia sebut pada tahun 1969. Peristiwa berdarah 1969. Ini parti dia sebut sendiri dalam rekod negara.“Hold high the Red Flag of Martyrs and carry out revolution to the end, to die for the people is as heavy as the mountain of Tai”. Ini kenyataan yang dibuat.Ini kenyataan yang dibuat oleh parti Yang Berhormat Ipoh Timur tahun 1969, rekod dalam Arkib Negara, pergi baca. Mana lebih bahaya ayat seperti itu dengan peribahasa yang digunakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri?

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan kenyataan bahawa Perlembagaan telah jelas memahat hak dan kedudukan istimewa agama Islam dan bangsa Melayu. Sudah jelas sudah. Tidak boleh dipersoalkan malahan benar tidak boleh dipinda pun kecuali dengan persetujuan kesembilan Raja-raja Melayu tapi yang penting
 
Tuan Yang di-Pertua, bukan soal pemahatan hak dan kedudukan istimewa itu tetapi adalah soal penterjemahan dan pelaksanaan hak dan kedudukan istimewa itu. Hari ini kita tengok bagaimana serangan dibuat terhadap institusi Raja-raja Melayu secara terbuka. Institusi Mahkamah Syariah, institusi berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, SPRM, kehakiman diserang.
 
Kita lihat bagaimana kelihatan sekarang ini seperti satu amalan double standard apabila seorang belia Cina - Namewee, Wee Meng Chee, buat blog yang saya telah dedahkan dalam soalan tambahan saya baru-baru ini. Satu penghinaan kepada Islam, kepada bangsa Melayu, kepada pihak berkuasa tetapi Peguam Negara membuat keputusan, mengikut dalam jawapan Parlimen, tidak akan mengambil tindakan pendakwaan. Tak akan dakwa langsung, dilepaskan begitu sahaja tetapi seorang blogger Melayu - Irwan Abdul Rahman, baru sindir TNB, kena caj di mahkamah.
 
Apabila wartawan majalah - Al-Islam menyamar pergi ke sebuah gereja hendak tengok kegiatan murtad di kalangan orang Melayu, mereka dimaki hamun, dihina. Tindakan keras dituntut diambil terhadap mereka tetapi bila wartawan wanita Cina - Malaysian Insider menyamar masuk menyusup ke perhimpunan agung orang Melayu pakai tudung macam perempuan Islam, dia katakan itu cara yang beretika kewartawanan.
 
Apabila kes anak Melayu bakar gereja penjara bertahun. Anak Cina baling surau dengan arak, cat dengan warna merah, denda. Pegawai BTN bercakap tentang hak Melayu, kedudukan Islam dalam perhimpunan tertutup orang Melayu Islam dimaki hamun, disuruh ambil tindakan tegas tapi bila Presiden MCA mempertikaikan kedudukan orang Melayu, tidak ada apa tindakan.
 
Jadi bagaimana kita hendak menyatakan bahawa hak dan kedudukan istimewa orang Melayu, betul terpahat di dalam Perlembagaan tetapi bagaimana dengan pelaksanaan? Bagaimana dengan penterjemahannya dalam dasar dan perancangan negara?

Hari ini, dalam negara ini seolah-olah umat Islam bangsa Melayu seperti warga kelas kedua, diketepikan. Hari ini, seolah-olah menjadi satu dosa besar kalau kita bercakap tentang isu orang Melayu, isu agama Islam, jadi dosa besar dalam negara ini. Sampai orang kata Pak Janggut pun ketar telur hendak bercakap pasal Islam. Takut.
 
Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa cadangan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk mewajibkan mata pelajaran Sejarah penting supaya rakyat diperingatkan semula apa yang berlaku pada sejarah yang lampau supaya menjadi sempadan kepada kita, menjadi pengajaran, iktibar dan saya cadangkan antara sejarah penting negara yang perlu didedahkan ialah Peristiwa 13 Mei. Bila cakap tentang 13 Mei mereka akan mengamuk. “Sudah jadi historical, tak boleh, mana boleh cakap ini cerita, sudah lama”. Pasal apa yang mereka takut sangat? Pasal apa?

Tuan Yang di-Pertua, saya cuba hendak buat research tentang peristiwa 13 Mei. Saya terkejut ada tiga buku sahaja. Pasal 13 Mei ada tiga buku sahaja. Laporan MAGERAN - Laporan Rasmi, buku tulisan Almarhum Tunku Abdul Rahman - Before and After May 13 dan terbaru tulisan Kua Kia Soong - 13 May. Ini tiga sahaja peristiwa besar macam itu.
 
Saya baca tentang 13 Mei yang ditulis oleh Kua Kia Soong. Saya tidak berapa setuju dengan tulisan beliau kerana tulisan beliau adalah analisa bukan melaporkan fakta. Dia analisa berdasarkan kepada analisa wartawan barat masa itu. Memanglah, macam sekarang. Dia analisa yang dibuat oleh reporter barat pada peristiwa itu dahulu. Memanglah akan prejudis tapi Laporan MAGERAN oleh pemerintah, bertarikh Oktober 1969, buku Almarhum Tunku Abdul Rahman - 13 May Before and After, buku ini fakta, siap dengan gambar. Kenapa ada golongan tertentu dalam negara ini takut peristiwa 13 Mei diajar sebagai mata pelajaran Sejarah?

Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ambil peluang pada hari ini untuk menceritakan tentang peristiwa 13 Mei ini daripada laporan fakta yang ada supaya rakyat tahu kenapa peristiwa itu berlaku. Ia bukan satu peristiwa spontan yang berlaku pada 13 Mei. Hari itu sahaja, orang Melayu berkumpul dekat Kampung Baru, parang bakar – ada dengar cerita parang terbang dan tahu-tahu beberapa orang Cina mati tergolek. Bukan itu, peristiwa ini bermula jauh pada tahun 1957.

Ia bermula pada tahun 1957 lagi. Pada 2 Januari 1957 di Pulau Pinang, apabila perarakan mengisytiharkan Pulau Pinang sebagai bandar raya yang tidak disertai orang Melayu yang membantah, orang Melayu dikepung dan cuba dikapak oleh sekumpulan Cina. Seorang pegawai polis Cina mempertahankan Melayu yang dikepung itu dan menembak perusuh Cina, maka tension sudah start. Itu tahun 1957.

Pada 1 Mei 1959 di Sungai Pinang, berlaku pergaduhan antara orang Melayu dengan orang Cina. Ia kemudian merebak dan samseng Cina mula merusuh. Imam masjid Sungai Pinang panggil mesyuarat orang kampung untuk membuat kawalan. Kumpulan Cina bersenjata kepung masjid dan berlaku pergaduhan rumah dan kedai terbakar, pembunuhan berlaku di kedua belah pihak iaitu sepuluh tahun sebelum peristiwa itu.

Pada 11 Julai 1964 di pasar Bukit Mertajam, seorang pekerja Melayu diketuk dengan cangkul oleh seorang anak tauke Cina sayur berumur 15 tahun. Dia buat report, polis lambat ambil tindakan. Dia tidak puas hati, dia pergi lapor kepada Majlis Daerah, maka beberapa tindakan diambil. Berlaku pergaduhan dan seorang Melayu dibunuh. Gambar dia ada lagi dalam ini – gambar dia dibunuh. Encik Kasim bin Omar terlentang atas lantai pasar dibunuh oleh sekumpulan Cina – berlaku tension pada masa itu.

Kemudian, saya ingat lagi pada masa itu sudah mula perasaan tidak puas hati ini timbul. Baru-baru ini saya ada ceramah di kawasan Kampung Baru. Orang-orang tua di situ cerita bagaimana terhinanya orang Melayu pada masa itu pergi ke Chow Kit hendak beli barang daripada Cina. Minta cili, minta bawang, dia tunjuk dengan kaki sahaja – lu angkat ini. Ini perasaan orang Melayu pada masa itu.

Maka episod ketidakpercayaan sudah mula wujud, tension ketegangan sudah mula wujud sejak itu lagi.

Pada tahun 1969, pilihan raya berlaku. DAP dan GERAKAN main isu perkauman. Saya hendak sebut pada Tuan Yang di-Pertua, isu yang dimainkan itu supaya kita tengok balik. Dalam laporan yang dibuat, apa dia kempen atau isu perkauman yang dimainkan pada masa itu? Di muka surat 21 sehingga 24 Laporan MAGERAN – sebab saya hendak baca ini Tuan Yang di-Pertua, kerana patennya sama sahaja dengan hari ini, sebiji sama.

Apa yang berlaku pada tahun 1969? Laporan itu menyebut DAP dan GERAKAN mempertikai Artikel 153 (Hak dan kedudukan istimewa orang Melayu), mempertikai status bangsa Melayu sebagai peribumi. Saya tidak lupa kenyataan Ketua Wanita Parti GERAKAN yang menyatakan orang Melayu pun pendatang, tohmahan orang Melayu mendapat keistimewaan dan Cina diketepikan terutama di sektor awam. Padahal, itu tidak betul. Kalau kita baca dalam Laporan MAGERAN, ia menyebut bagaimana sebenarnya fakta itu tidak betul.

Saya hendak baca fakta yang dikemukakan secara ringkas Tuan Yang di-Pertua, yang hendak menyatakan bahawa orang Melayu dapat kedudukan istimewa dalam perkhidmatan awam. Dalam laporan ini di muka surat 22 dan 23 disebut, “Figures relating to division one government officers by racial group as of 1st November 1968:


Maknanya, pada masa itu fakta yang kata orang yang bukan Melayu diketepikan dan Melayu dapat keistimewaan tidak betul pada masa itu. Kalau Tuan Yang di-Pertua tengok sekarang isu yang dikatakan Cina tidak dapat itu, tidak dapat ini, saya hendak baca kenyataan dalam Malaysian Business isu bulan September 2010. Kenyataan oleh seorang tokoh korporat Cina sendiri, Tan Sri Liew Kee Sin daripada syarikat SP Setia Berhad menyatakan bahawa sebenarnya masyarakat Cina di Malaysia mendapat kedudukan yang baik di bawah polisi pro bumiputera.

Dia beri contoh dalam majalah Forbes disebutkan bahawa di bawah dasar pro bumiputera ini, syarikat yang dikuasai oleh kaum Cina account for 37% of market capitalization among the top 300 listed companies compared to bumiputera equity of 7% dengan izin. “Chinese individuals also control 73% of the wealth owned by the top 40 richest Malaysians and make up eight of the top ten richest Malaysian” dengan izin. “He pointed out that Chinese small-to-medium enterprises (SMEs) had done very well too, and that their owners could even afford to buy the multi-million ringgit bungalows built by his company. “One Chinaman want to build a bungalow of RM40 million!” he said.”

Kenyataan Tan Sri Liew Kee Sin dari SP Setia.

Jadi di mana yang kata tidak dapat keistimewaan dan diketepikan?

Kemudian kalau Tuan Yang di-Pertua tengok kenyataan sekarang, ia sama. Pertikai Artikel 153, tohmah kata orang Melayu dapat keistimewaan lebih, selepas itu kata dia diketepikan. Sama, same patent by the same people. Oleh orang yang sama yang masih ada lagi di sini. Malahan Tuan Yang di-Pertua, pada 15 April 1969, Yang Mulia Almarhum Tunku Abdul Rahman yang mereka dewa-dewakan sekarang – dia kata apa? Dia bagi amaran dah masa itu. Tunku memberi amaran – ini dalam Laporan MAGERAN Oktober 1969. Tunku sebut apa? Tunku memberi amaran kepada DAP supaya tidak mempersoalkan Artikel 153 jika DAP – di Kuala Pilah Tunku membuat kenyataan ini.

Dalam muka surat 24 Laporan MAGERAN, Tunku kata jika DAP berterusan mempertikai Artikel 153, kekacauan akan berlaku dan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi akan hancur.

Exactly, sebiji apa yang berlaku sekarang – sama paten.

Tuan Yang di-Pertua...

Saya hendak sebut sahaja apa yang berlaku pada 13 Mei itu untuk menutup. Tuan Yang di-Pertua, cuba Tuan Yang di-Pertua bayang ini kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka pada masa itu.
 
Pada 4 Mei 1969 di Kepong, sekumpulan pemuda Cina menconteng grafiti anti pilihan raya. Polis suruh berhenti dan diserang dengan besi dan lastik besi. Polis pertahan diri dan tembak mati seorang. Mayat di preserved untuk perarakan pada hari undi 10 Mei.


Pada 9 Mei 1969 di Kuala Lumpur, perarakan membawa mayat melalui Kuala Lumpur dan menyebabkan jam, melaungkan slogan ‘Malai Si’ (Melayu Mati) dan slogan ‘Mao Zedong’ termasuk hutang darah dibayar darah.


Pada 10 Mei 1969, Pulau Pinang tumbang, nyaris kalah di Selangor dan Perak. Beberapa kerusi Parlimen tumbang kepada DAP dan GERAKAN.


Perarakan kemenangan dibuat pada 11 Mei 1969 di jalan BrickfieldS pada pukul lima petang. Dia kata apa? “Apa polis boleh buat? Kita Raja,buang semua polis Melayu”.


Pada 11 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang, perarakan DAP – “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.


Pada 11 Mei 1969 pukul 10.00 malam di Jalan Changkat Dollah – “KL sekarang Cina punya”.


Pada 12 Mei 1969, satu perarakan di Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Hill masuk ke Kampung Baru dengan 500 skuter. Apa mereka kata? “Melayu balik kampung, Melayu sudah tiada kuasa. Sekarang kita Cina control.” Bila lalu depan Kampung Baru mereka kata “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam sama lu, sekarang kita ada kuasa”.


Pada 12 Mei 1969 pukul 7.30 petang di pondok polis Jalan Pudu – “Maki polis! Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”


Pada 12 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang – “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau.”


Pada 12 Mei 1969 pukul 7.00 petang di Jalan Canvel – “Butoh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.”


Pada malam 12 Mei 1969 di Jalan Bukit Bintang – “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”


Pada awal tengah malam 13 Mei 1969 di Kampung Baru – “Maki orang Melayu, Melayu balik hutan.”


Pada 12 Mei 1999, 9.30 malam, PJ. – “Sekarang kita perintah apa boleh buat? Melayu balik kampung. Melayu sudah jatuh, MARA boleh keluar. Melayu balik kampung, MARA hendak beri habis.” Tuan Yang di-Pertua, ini yang berlaku pada masa itu.

Cadangan saya supaya diperbanyakkan bahan terbitan dan bacaan tentang peristiwa13 Mei ini. Kemudian selalu ulangkan di televisyen. Ketiga, kempen kesedaran di sekolah-sekolah berkenaan sejarah khususnya peristiwa 13 Mei ini. Adakan video klip, gambar-gambar yang disimpan di dalam Arkib Negara semua itu bawa keluar bagi orang tengok.

Kemudian saya cadangkan supaya ditubuhkan satu suruhanjaya siasat dalang-dalang 13 Mei ini. Buat satu kertas putih siasat kepimpinan DAP pada masa itu yang masih ada lagi pada hari ini. Ini kerana mereka ini orang kata parti chauvinist infested party. Dia tidak boleh sudah, orang lain semua berubah, dia sahaja tidak berubah.

Saya paling takut Tuan Yang di-Pertua yang saya hendak dedahkan pada hari ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua kalau Tuan Yang di-Pertua tengok rapatnya kepimpinan DAP dengan kepimpinan PKR ini...sebenarnya yang buat mereka rapat saya rasa kawan-kawan saya di PAS pun tidak tahu ada perjanjian sulit di antara mereka sekiranya Pakatan Rakyat menang Kerajaan Persekutuan kuasa autonomi akan diberi kepada Pulau Pinang. Calon-calon Melayu akan diletakkan di Perak dan di Negeri Sembilan, kalau mereka menang Menteri Besarnya daripada DAP.



Mayat Cina di Arak



Mayat Tanpa Kepala



Friday, October 29, 2010

Demokrasi ala PKR makin PARAH

Inilah cerita sedih yang tidak perlu disedihkan, sebuah parti politik yang selama ini dengan bangga mencanang bahawa mereka pejuang demokrasi tulen.

Bercakap tidak semudah melaksanakan, membangkang memang mudah, mengkritik memang senang, mencari kesalahan tidak sesukar mencari kebaikan pada seseorang atau sesebuah parti.

Ini kelaziman dalam kehidupan... Namun jika kumpulan yang sedang porak peranda ini dengan angkuh dan yakin untuk MEMERINTAH di Putrajaya, ianya sedikit mencuit hati. Parti sendiri pun tunggang langgang, bagaimana pula hendak memimpin negara??

Cerita seperti di bawah akan sedikit demi sedikit  terus terbongkar dan pasti menunjukkan paras rupa mereka yang sebenar.

Agen calon jawatan timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mendesak supaya dihentikan pemilihan parti itu kerana mendakwa berlakunya penyelewengan yang serius di empat cabang yang mengadakan pengundian memilih pucuk pimpinan parti itu hari ini.NONEBagaimanapun, setiausaha jawatankuasa pemilihan, Radin Shamsulkamar Radin Shamsudin (kiri), pula berkata dakwaan itu tidak benar sama sekali.

"Saya mengawasi seluruh operasi dan saya tidak mempertahankan orang-orang saya tanpa sebab," katanya.

Menurut agen pemilihan Zaid - Rashid Azad Khan dan pembantunya Muhammad Firdaus Christopher - penyelewengan itu berlaku di empat cabang yang tiga daripadanya mencalonkan Zaid untuk jawatan nombor dua itu.

Dalam satu kenyataan, mereka mendakwa kertas undi di Tumpat dan Alor Setar belum tiba sehingga 12 tengahari - dua jam selepas pengundian sepatutnya bermula (10 pagi).

"Ramai ahli yang telah beredar untuk solat Jumaat tanpa mengundi," kata mereka.

JAWAPAN NIK AZIZ

 
Tergerak hati saya untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden UMNO ketika berkempen di Galas, semalam. Seperti yang disiarkan di bawah tajuk TPM BIDAS ’FATWA’ IKUT SUKA PAS di muka 3, akhbar Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut :
''Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA,"

Nampaknya pilihanraya kecil N.45 Dun Galas sekali lagi menjadi medan UMNO untuk menghentam PAS khususnya berkenaan kerjasama PAS dengan DAP.

Nampak sangat kemarahan UMNO apabila PAS menjalinkan hubungan kerjasama dengan DAP. Gerun benar UMNO apabila PAS yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina rupa-rupanya sudah boleh didekati dan tidak lagi digeruni.

Perbezaan kerjasama antara UMNO dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional dengan kerjasama PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat amat jelas sekali. Bagaikan langit dengan bumi. Hairannya, penjelasan demi penjelasan telah diberikan. Namun, apabila telinga disumbat dan mata ditutup, tidak ada gunanya segala penjelasan yang diberikan. Pada hemat saya, pemimpin UMNO sudah tenggelam dalam keghairahan untuk memburu kemenangan di Galas, hingga lupa tinggi rendahnya lantai tempat berpijak.

Beberapa hari lepas, orang yang sama telah mencadangkan supaya Sejarah menjadi mata pelajaran yang wajib lulus dalam SPM mulai tahun 2013, saya ingin menambah bahawa al-Quran sendiri tidak pernah meninggalkan aspek sejarah dalam penceritaannya. Bermula dengan sejarah penciptaan manusia seterusnya sejarah dakwah para nabi dan juga sejarah kehancuran umat-umat terdahulu, al-Quran mahukan kita belajar dari sejarah. Justeru, PAS sendiri tidak pernah lupa untuk berguru dengan sejarah.

Bukankah sejarah mencatit bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1973? Dengan hati yang ikhlas, PAS pada masa itu menyambut huluran tangan perpaduan tanpa menyedari musibah yang akan dihadapi. Rupanya Barisan Nasional hanyalah merupakan perangkap bagi PAS. PAS bergabung dengan UMNO membentuk Barisan Nasional demi perpaduan, namun hasilnya PAS di Kelantan khususnya telah berpecah kepada empat :- PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut. Seterusnya peristiwa PAS ditendang daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978. Apa hasilnya kerjasama PAS dengan UMNO? Tangan UMNO yang terkapai-kapai kelemasan dipegang erat oleh PAS, lalu PAS pula ditendang supaya lemas keseorangan.

Dengan DAP yang dikatakan chauvinis Cina, PAS tidak dikhianati. Jika Timbalan Perdana Menteri bertanya, apa bezanya kerjama dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat? Jawapannya, kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud. Islam tidak pernah diketepikan di dalam perjuangan PAS. Bahkan DAP sendiri pernah keluar daripada Barisan Alternatif apabila tidak dapat menerima agenda Islam yang dibawa oleh PAS. Secara umumnya, pemimpin DAP tidak anti Islam dan hari ini beransur-ansur mengenali Islam. Sekurang-kurangnya Islam sudah tidak digeruni oleh non muslim sebagaimana yang UMNO mahukan.
 

Pemimpin DAP sekurang-kurangnya ada yang sudah boleh memetik ayat-ayat al-Quran untuk rujukan, pemimpin UMNO pula semakin menjauhi al-Quran. Ingin saya bertanya, apa ruginya Islam apabila DAP mula berjinak-jinak dengan Islam?

Sayang sekali, UMNO masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit. Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama lebai malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama. Jika demikian, kenapa UMNO membenarkan isteri Perdana Menteri sendiri menjadi penaung Islamic Fashion Festival? Pada saat umat Islam yang prihatin di seluruh Malaysia bangun menentang program maksiat yang dibuat atas nama Islam ini, di mana pula ’keris’ pemimpin UMNO? Tersimpan dalam sarungkah atau hanya menjadi hiasan di dinding? Manakala hari ini apabila pentadbiran kerajaan UMNO/Barisan Nasional bercadang untuk menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam kononnya bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP), di pagar mana pula disangkut agenda Melayu Islam ala UMNO?

Hakikatnya, UMNO yang memperalatkan Islam. Bila tersepit, Islam juga yang dicari. Bukankah salah seorang Naib Presiden UMNO sendiri sewaktu Perhimpunan Agung UMNO yang lepas mencadangkan supaya UMNO menjadikan masjid sebagai tempat untuk mendaftar pengundi baru? Hairan saya, tidakkan bagi UMNO politik tidak boleh dibawa ke masjid? Hari ini, bila tersepit UMNO sendiri mula menggadaikan prinsip? Bukankah saya dihentam begitu teruk kerana kononnya ingin berpolitik di atas masjid? Nampaknya, selepas bangunan UMNO di Kota Bharu sudah terjual, UMNO sendiri sudah ingin menjual prinsipnya pula..

Nasihat saya, kembalilah kepada Islam. Tinggalkanlah pemikiran sekular yang tidak akan sampai ke akhirat. Sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular. Orang-orang Mukmin melihat jauh ke akhirat berbeza dengan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja. Umpama seorang anak yang berumur dua tiga tahun bila bersama ibunya ke pasar. Anak kecil itu hanya berfikir untuk membeli belon dan alat-alat permainan yang boleh menyeronokkan. Berbeza dengan pemikiran si ibu yang berfikir lebih jauh, pemikiran ibu berkisar kepentingan sekeluarga, apakah lauk pauk atau makanan yang perlu dibawa pulang untuk kesiapan rumah nanti. Itulah perumpamaan pemikiran sekular yang hanya terhenti setakat di dunia, ia tidak lebih umpama seorang anak kecil yang hanya berfikir untuk alatan permainannya semata-mata
.

Thursday, October 28, 2010

GALAS: Takrif KAFIR HARBI - bila DAP bunuh ahli PAS ke???


Kain rentang ini merujuk kepada laporan akhbar yang dibuat oleh Karpal lebih 10 tahun lalu yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh".

Ia juga mempertikaikan mengapa PAS masih menyokong DAP yang disifatkan mereka sebagai harbi.

Penasihat jentera pilihan raya Galas, PAS, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan setiausaha publisiti DAP, Tony Pua membidas tindakan itu yang dianggap rasis dan tidak demokratik.

Menurut Rahim, mesej kain rentang itu juga bertentangan dengan Islam.

“Adalah perkauman bagi menuduh seseorang itu sebagai 'harbi', kerana 'harbi' melambangkan perang terbuka dengan Islam,” katanya yang juga ahli parlimen Kota Baru. Menurutnya tindakan itu cuba membuat orang Islam marah.

Adakah kenyataan  "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh" tidak merupakan perang terbuka kepada Islam??


Macam mana lagi nak dijelaskan untuk menunjukkan penentangan Kafir harbi terhadap Islam?? Menentang Islam bukan hanya melalui pedang, melalui senjata. Adakah kita akan mengiktiraf DAP sebagai kafir harbi setelah ada ahli PAS yang dibunuh oleh ahli DAP?Semua itu telah jelas lagi bersuluh.

Saya kadang-kadang kesian melihat PAS yang terpaksa bersilat menjaga hati Melayu Islam tetapi dalam masa yang sama DAP langsung tidak mengendahkan mereka. Nampak sangat kita je yang tergila-gila kan dia, tapi dia tak heran pun. MACAM GILA TALAK LA PULAK, (mereka kan pernah bercerai masa Barisan Alternatif dulu)





Wednesday, October 27, 2010

Usah Kafir kan UMNO lagi


Saya tertarik dengan gambar yang diambil dari blog Gerakan Anti PKR tentang amanat Haji Hadi. Saya tertarik dengan kenyataan berikut:

"kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO, kita menentang BN bukan kerana nama BN, kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah."

Saya tertarik dengan hasrat murni PAS untuk menegakkan hukum Hudud TETAPI demi kuasa politik yang sementara, mereka sanggup menjilat ludah untuk bersekutu dengan kafir yang secara terang-terangan menentang hukum Hudud. PAS memberi pelbagai alasan kenapa mereka bertindak sebegitu, namun yang jelas tindakan itu semua demi nikmat kuasa dunia yang sedikit.


Kalau ikutkan logik akal manusia yang waras, jika begini lah hubungan PAS dengan kafir, hentikan lah menuduh UMNO kafir atau fasik. Amanat Haji Hadi yang berbunyi "kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah" sudah TIDAK TERPAKAI LAGI.

Fong Po Kuan (Y.B. Batu Gajah) berasa takut dengan ucapan Najib


Dakwaan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) bahawa beliau 'takut' dengan ucapan penggulungan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak di perhimpunan Agung Umno Sabtu lalu, menghangatkan sesi perbahasan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

Membaca petikan kata-kata Najib yang disiarkan akhbar berbahasa Malaysia, Fong menuntut Najib yang juga perdana menteri memberi penjelasan mengenai apa yang dimaksudkannya dengan kenyataan itu.

"Saya mahu perdana menteri hadir dalam dewan untuk beri penjelasan terutama mengenai: berkecai tulang dan badan, walau bercerai jasad dan nyawa. Saudara dan saudari, walau apapun terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan," kata Fong ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) semalam.

Fong bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang menyebabkan beliau berasa 'takut' dengan ucapan Najib itu.

Sungguh molek kalau benar apa yang Fong katakan beliau takut dengar ucapan sebegitu. Memang sepatutnya orang Cina takut dengan orang Melayu. Mereka harus sedar kuasa majoriti orang Melayu yang boleh bangkit menentang kezaliman apabila secara berterusan ditekan oleh orang Cina dengan pelbagai tuntutan yang melampau.

Walau bagaimanapun, tindakan Fong ini juga menunjukkan kedangkalan beliau menguasai bahasa  Melayu atau dengan kata lain 'Tak Reti Bahasa".

Tuesday, October 26, 2010

Galas - Pimpinan Matang - Pengikut Juga Harus Matang


Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bertandang ke khemah yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk pemimpin Pakatan Rakyat.

Shahrizat dengan nada selamba berkata, beliau pergi ke khemah tersebut untuk bertemu Presiden PAS.
"Kita datang sebab nak bertemu presiden (PAS)," katanya sewaktu menunggu pengumuman rasmi SPR mengenai calon-calon yang akan bertanding pada PRK  Galas, 4 November ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh turut berbual dengan Shahrizat.

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim juga berbuat demikian sambil bersetuju memberikan ruang selama 15 minit kepada Pakatan Rakyat melalui RTM.

Saya tertarik untuk membincangkan isu ini walaupun bagi sesetengah orang ia hanya perkara kecil. Pada saya ini contoh kematangan yang harus diikuti oleh penyokong parti dikedua-dua belah pihak.

Kedua-dua pihak seharusnya boleh saling bertemu muka, bersembang, beramah mesra dan berbincang tentang apa saja isu dengan penuh harmoni.

Namun, apa yang berlaku di kampung saya amat menyakitkan mata di mana penyokong UMNO dan PAS tidak bertegur sapa. Saling bermusuhan seumpama saudara kita itu tergolong dalam kumpulan Yahudi mabok.

Terdapat kedai kopi yang berbeza-beza sebagai tempat melepak. Orang PAS tidak masuk kedai kopi orang UMNO dan begitu sebaliknya.

Kadang-kadang saya jadi bingung melihat telatah mereka. Besar sangatkah dosa orang UMNO hinggakan orang PAS bertindak sebegitu. Salahkah orang-orang yang menyokong PAS hinggakan orang UMNO bertindak sedemikian?

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, kau satukanlah saudara seagamaku agar mereka menentang musuh yang sebenar dan bukan saling bercakaran sesama sendiri, amin"

ETIKA KEWARTAWANAN DICABUL OLEH MALAYSIAKINI.COM


Setelah melihat berita oleh Malaysiakini.com yang menyatakan hampir 82 peratus permohonan yang diterima oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tahun 2008 dan 2009 masih belum diproses, saya terus menghubungi pegawai PTPTN untuk mendapatkan penjelasan. 

Malaysiakini menyatakan, menurut Laporan Ketua Audit Negara, 61 peratus daripada 103,525 borang yang diterima pada 2008 dan semua 124,070 borang yang diterima pada 2009 masih belum diproses.

Pegawai yang dihubungi sangat terkejut dengan kenyataan yang telah diselewengkan dan tidak menyangka kenyataan sebodoh itu boleh dimuatkan dalam Malaysiakini.com. Beliau tidak tahu sama ada Laporan Ketua Audit yang silap atau Malaysiakini.com yang tersalah tafsir.
Namun yang pasti, kenyataan tersebut adalah sangat salah dan tidak logik kerana permohonan pembiayaan PTPTN pada masa ini boleh dibuat secara on-line sepanjang masa. Jadi tidak timbul isu borang permohonan yang belum diproses.

Saya difahamkan bahawa laporan Ketua Juruaudit adalah merujuk kepada dokumen perjanjian dan PTPTN memaklumkan dokumen tersebut telah selesai dan pelajar telah memperolehi wang pembiayaan seperti yang dipersetujui. 

Dokumen perjanjian tersebut adalah dalam proses perekodan untuk dimasukkan kedalam sistem berkomputer  PTPTN sebelum ianya dimasukkan ke dalam setor untuk simpanan.

Monday, October 25, 2010

Siswa UKM sertai raptai perhimpunan Umno?


Jika benar tuduhan yang dibuat oleh KEMAS mengenai penglibatan pelajar UKM semasa raptai penuh perhimpunan agung UMNO, maka boleh dikatakan pihak setiausaha kerja persidangan UMNO memang bodoh kerana melibatkan pelajar UKM dalam hal ini. Namun, jika tuduhan tersebut tidak benar maka, cubaan pihak KEMAS ini sangat bijak dan menarik untuk diteliti dan dijadikan panduan dimasa hadapan.

Saya juga ingin memaklumkan Dato' Saifudin, Khairi Jamaludin, Wee Kah Siong dan lain-lain yang menyokong agar pelajar dibenarkan menjadi ahli parti politik bahawa 80% pelajar IPT yang aktif berpolitik pada masa ini adalah penyokong pembangkang (maklumat daripada HEP). Sebab itulah pembangkang beria-ria mendesak agar pelajar dibenar menganggotai parti politik.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa peluang pelajar IPT untuk terlibat aktif dalam persatuan terutama persatuan belia adalah sangat luas pada masa ini, namun amat mengecewakan kerana penglibatan mereka adalah sangat kecil. Jadi alasan yang mengatakan pelajar disekat daripada bergiat aktif dalam persatuan yang menyebabkan mereka terkongkong dan tidak kreatif adalah TIDAK BENAR.

Apa yang benar adalah pihak pembangkang ingin menggunakan khidmat mereka dalam pilihanraya kerana impak mahasiswa kepada penduduk terutama di pendalaman amat kuat dan boleh mempengaruhi keseluruhan isi rumah.

Maka, jika pelajar IPT dibenar menyertai parti politik sudah tentu MANFAATnya hanyalah untuk kebaikan parti pembangkang. Tiada kena mengena dengan graduan tidak kreatif, terkongkong, kebebasan bersuara disekat dan bermacam tuduhan TANPA bukti yang dilemparkan.

Berbalik kepada isu dua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) didakwa turut mengambil bahagian dalam raptai penuh perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Oktober lalu.

Kumpulan yang dikenali sebagai Kesatuan Mahasiswa Mahasiswa Sedar (KEMAS) mendakwa ia dapat mengecam kedua-dua mahasiswa UKM itu di dalam foto yang disiarkan akhbar Berita Harian pada hari berikutnya.

KEMAS mendakwa mahasiswa terbabit adalah daripada Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Kejuruteraan UKM.

"Kehadiran mereka ini juga berkaitan rapat dengan pernglibatan pentadbiran universiti dengan parti Umno," kata jurucakap KEMAS, Fathi Hisham.

Katanya, KEMAS juga yakin penglibatan mahasiswa UKM dalam perhimpunan agung Umno kali ini melebihi dua orang.

Fathi yang juga pelajar tahun dua Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan berkata gambar tersebut menunjukkan mahasiswa terlibat memakai baju Melayu Putih, bersongkok dan bersampin yang mempunyai logo Umno.

Kejadian itu, katanya, adalah sama sepertimana kes mahasiswa yang telah dikenakan hukuman di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) - Saudara Soh Sok Hua - yang dihukum kerana gambarnya tersiar di akhbar dengan memakai pakaian yang mempunyai logo parti politik beberapa tahun lalu.

Sementara itu, setiausaha KEMAS Syamir Zulkefli- dalam kenyataannya - menggesa pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti berkenaan supaya segera menyiasat perkara ini mengikut undang-undang dan prosedur seharusnya.

Beliau juga mendesak agar Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin supaya menubuhkan jawatankuasa khas menyiasat penglibatan pentadbiran universiti dan mahasiswa dalam perhimpunan agung Umno itu.

Sementara dalam sidang media selepas itu, Fathi berkata pihaknya mendapat maklumat berhubung perkara tersebut melalui sumber yang dipercayainya.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti dan jumlah individu sebenar yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.

"Mungkin satu pasukan diarahkan (menyertai perhimpunan)....Saya tidak mahu menyatakan (jumlahnya) pada hari ini," katanya.

Sunday, October 24, 2010

Orang bukan Melayu tak ikhlas sebagai sahabat kita dalam BN


Pada persidangan Perhimpunan Agung UMNO yang baru sahaja menutup tirai semalam (23 Oktober 2010), kenyataan jujur dan benar yang dapat saya kutip adalah daripada perbahasan usul ekonomi oleh Hasnoor Sidang Husin (wakil Melaka, Bahagian Bukit Katil) yang menyatakan bahawa orang bukan Melayu tak ikhlas sebagai sahabat kita dalam BN.

Beliau berkata sekiranya permuafakatan “ayahanda-ayahanda” kita yang terdahulu dilanggar, akan wujudlah insiden seperti peristiwa 13 Mei 1969.


“Apakah kuota 30 peratus untuk bumiputera terlaksana? Pada pendapat saya, kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana golongan bukan Melayu tak bantu pencapaiaan tersebut.

Justeru, menurutnya lagi, negara ini mestilah mewujudkan ekosistem ekonomi yang bersandarkan keadilan sosial dan bukannya ditentukan oleh pasaran semata-mata.


"Betulkan ini, pasaran tak sempurna. Wujudkan padang permainan yang sama rata. Sektor swasta mesti dipastikan jadi pemacu ekonomi dan menghapuskan diskriminasi terhadap kaum bumiputera," katanya.

Saya tertarik dengan kenyataan ini kerana ini merupakan inti pati yang sebenar yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin BN.

ORANG CINA MEMANG TIDAK IKHLAS MEMBANTU MELAYU UNTUK MAJU DALAM EKONOMI. MEREKA KALAU BOLEH INGIN MEMPERLAHANKAN KEMAJUAN EKONOMI ORANG MELAYU AGAR TERTINGGAL JAUH DI BELAKANG MEREKA.

Ini hakikat yang sebenar yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapapun. Semua peniaga Melayu tahu permainan saudagar-saudagar Cina yang kaya raya memonopoli pasaran hingga menyukarkan peniaga Melayu untuk bertatih dan berdiri. Persatuan perniagaan Cina yang akrab dan kukuh saling bantu membantu antara mereka. Bukan itu sahaja, malah mereka juga mengatur strategi untuk menghalang dan menindas peniaga Melayu.

Kenapa perkara sebegini tidak di war-warkan, kenapa? Inilah rasis dan sikap perkauman yang sangat hodoh dan jahat terhadap rakan sendiri (Melayu) yang sanggup berkongsi tanah air dengan mereka.
MEREKA SANGAT ZALIM DAN KEJAM

Nazri Aziz 'DITAMPAR' oleh Datuk Seri Najib


Sudah seminggu saya tak sempat untuk update blog kerana terlibat dengan pengendalian konvensyen antarabangsa dan disambung pula dengan persidangan Perhimpunan Agung UMNO ke-61 pada 19-23 Oktober 2010 di PWTC.

Pada 20 Oktober 2010 (Rabu) saya mengikuti persidangan pergerakan sayap UMNO iaitu Pemuda, wanita dan Puteri yang berjalan serentak dengan menggunakan tiga saluran tv yang berbeza. Sepanjang perbahasan, saya tertunggu-tunggu isu yang konkrit seperti tuntutan-tuntutan mereka terhadap negara ini. Saya sungguh kecewa kerana tiada satupun perwakilan membahaskan usul dengan membangkitkan perkara yang jelas dan terkini yang boleh meyakinkan rakyat Islam dan Melayu di negara ini. Hanya perkara-perkara biasa-biasa saja yang diulang-ulang oleh semua perwakilan.

Ia merupakan satu perhimpunan penting bukan hanya untuk UMNO tetapi juga negara dan rakyat Malaysia secara keseluruhan mengenai hala tuju yang akan dibawa oleh Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi gagasan UMNO.


Kita lihat dalam keadaan masyarakat yang diadun dengan pelbagai sebaran maklumat, keupayaan rakyat menerima benar atau tidak tentang maklumat ini penting bagi pimpinan dalam satu-satu negara itu mengemudikan satu hala tuju yang lebih jelas dan terancang. Bukan hanya dalam konteks pentadbiran parti tetapi lebih-lebih lagi dalam pentadbiran negara.

Pada 21-23 Oktober 2010, persidangan Pehimpunan Agung UMNO bermula dengan perbahasan usul ucapan presiden, diikuti dengan usul ekonomi dan seterusnya usul agama dan pendidikan.

Persidangan diakhiri dengan ucapan penangguhan oleh Ketua Puteri, Wanita dan Pemuda dan seterusnya naib-naib presiden, Timbalan Presiden dan Presiden UMNO.

Menurut Presiden UMNO, seperti yang ditegaskan beliau baru-baru ini, soal hak istimewa Melayu dan bumiputera adalah sesuatu yang telah terpateri dan terkunci kemas dalam Perkara 153 Perlembagaan dan tidak mungkin dipinda.


“Itulah sebenarnya hakikatnya. Peruntukan-peruntukan mengenai kepentingan orang Melayu dan bumiputera, yang melibatkan soal keistimewaan orang Melayu sudah pun terpateri kemas, telah terkunci, tersimpul mati dalam Perlembagaan negara kita.

“Ia tak boleh dipinda melainkan dengan persetujuan raja-raja Melayu dan saya tak nampak raja-raja Melayu akan pinda peruntukan Perlembagaan ini.

“Soal Perlembagaan ini tak usah bangkit pada sesiapa lagi. Habis, tutup cerita, kita mara ke depan, orang putih kata lets move on. Tak ada apa lagi, dah... dah... dah, habis cerita, tutup buku,” katanya.

Pada 23 Oktober 2010 (Sabtu), saya kemas semua barang dan bawa balik sebuah kesimpulan yang jelas mengenai konsep 1Malaysia.

Saya rasa kenyataaan Presiden UMNO ini jelas memberi TAMPARAN kepada Nazri Aziz yang sudah terpesong mempertahankan konsep 1Malaysia mengikut pandangan beliau sendiri yang akhirnya memakan diri. Nazri sebelum ini mempertahankan pegangan beliau dengan menyahut cabaran Lim Kit Siang untuk menyatakan beliau hanya mengutamakan kedudukan bangsa Malaysia dan bukanya bangsa Melayu.

Saya akan ingat selama-lamanya kata-kata Datuk Seri Najib semasa menangguhkan persidangan dengan menyatakan darah yang mengalir dalam tubuh beliau adalah darah Perdana Menteri yang telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru. Adakah mungkin darah yang sama mengalir dalam tubuh Perdana Menteri pada masa ini akan membelakangkan Melayu??
Sekurang-kurangnya saya pulang dari persidangan dengan membawa sebuah keyakinan dan saya akan berpegang kepada janji tersebut.

Sunday, October 17, 2010

PERLUKAH BINA MENARA 100 TINGKAT ?


Sebagai satu lagi mercu tanda kebanggaan negara menjelang 2020, Permodalan Nasional Berhad akan mula membangunkan projek bersepadu yang dinamakan Warisan Merdeka. Ia akan mengekalkan Stadium Merdeka, Stadium Negara dan pembinaan sebuah menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia. Keseluruhan  projek ini bernilai 5 bilion ringgit, di mana, menaranya dijangka akan siap pada tahun 2015, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia adalah antara projek strategik impak tinggi yang akan merangsang permintaan domestik serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang.

Kementerian Pelancongan menyambut baik cadangan membina menara setinggi 100 tingkat seperti yang dibentangkan oleh YAB PM dalam Bajet 2011.

Menterinya Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata dengan adanya menara itu, dikenali sebagai Warisan Merdeka, sektor pelancongan negara akan terus pesat dan yakin ia juga mampu menarik lebih ramai pelancong ke negara ini.

"Ia bukan sahaja memberi faedah kepada industri pelancongan tetapi juga kepada sektor perdagangan dalam negara.

"Rakyat Malaysia seharusnya menyambut baik cadangan membina menara 100 tingkat ini kerana ia untuk faedah negara juga," katanya

"Kita boleh membina kerana kita ada kapasiti untuk membina menara seperti itu. Tengok Shanghai (China), dia ada tower dia dan dia tambah lagi, seperti juga di Taipei.

"Kita nak tunjuk kepada dunia kita boleh buat," katanya.

Katanya, Malaysia telah mengambil langkah berani untuk bersaing dengan negara lain untuk membina menara pencakar langit itu.

Bagi menjawab pertanyaan sama ada perlu atau tidak Warisan Merdeka dan menara 100 tingkat itu, mari kita kembali kepada sejarah. Sejarah yang baru sahaja berlaku di zaman pemerintahan Tun Mahathir. Pertanyaan yang sama telah disoal berkaitan pembinaan projek mega seperti Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL, litar F1 di Sepang, Menara KL dan banyak lagi.

Jawapannya telah kita perolehi, dalam masa hanya beberapa tahun sahaja Tun Mahathir membuktikan  Putrajaya; KLIA tidak menjadi gajah puteh seperti yang digembar-gemburkan. Tun amat bertuah kerana beliau telah menempelak pengkritik-pengkritik semasa Tun masih hidup dan mereka yang mengkritik dahulu telah menyorok muka dalam kain.

Kali ini sejurus pembentangan Bajet 2011, terdengar juga kritikan adakah zaman Mahathirism akan bermula kembali. Kenyataan ini dibuat ekoran terdapat beberapa projek yang mereka katogerikan sebagai projek mega.

Namun, apa yang boleh diperkatakan adalah kita boleh menyatakan pendapat tetapi jangan sampai pendapat kita itu memakan diri sendiri. Jangan sampai orang kata, "CAKAP BERDEGAR-DEGAR TAPI TAHI LEKAT CELAH GELEGAR"

Saturday, October 16, 2010

ADAKAH NAZRI AZIZ SESUAI BERJUANG DALAM PKR & DAP ?


Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan dirinya sebagai seorang ahli politik yang berpandangan bebas. Menteri di jabatan perdana menteri itu berkata beliau langsung tidak peduli dengan pelbagai label yang dilemparkan terhadap dirinya, mahupun pandangan daripada golongan yang skeptis dengan pendiriannya.

Tindakannya sering meletakkan beliau dalam keadaan yang tidak selari dengan aspirasi pemimpin lain dalam BN, UMPAMANYA  dalam isu mempertahankan BTN, walapun modul latihannya didakwa memupuk perkauman.
 
Satu lagi isu yang menyeret beliau ke kancah kontroversi ialah apabila menyahut cabaran penasihat DAP Lim Kit Siang supaya menyatakan bahawa beliau mengutamakan kedudukan sebagai 'bangsa Malaysia' dan bukannya sebagai 'bangsa Melayu.'

Beliau merupakan satu-satunya pemimpin Umno yang berani berbuat demikian, setelah dicabar oleh Lim untuk membuktikan konsep 1Malaysia yang diilhamkan Najib.

Katanya, beliau tidak kisah walaupun rakan-rakan sejawatannya yang lain tidak mengikut rentak langkahnya.

"Saya percaya dengan apa yang saya buat, dan saya (bertindak) dengan betul. Kalau anda main bola sepak sebagai striker, anda tidak akan tanya kenapa pemain pertahanan atau sayap kanan tidak menjaringkan gol.

"Saya tidak mahu peduli tentang orang lain, sebab ia akan buatkan kita berasa serba salah. Jadi kenapa saya perlu peduli? Saya cuma tumpukan kepada gol saya," katanya lagi.

Tambahnya, beliau tidak mendukung pegangan yang ultra dalam mengutarakan isu-isu kaum dan beliau konsisten dalam hal ini semenjak menjadi ahli pergerakan pemuda Umno.

Malangnya, beliau tidak dapat mengulangi slogan "Malaysian first" itu di Perhimpunan Agung Umno memandangkan beliau kini dalam majlis tertinggi parti.

Sejak akhir-akhir ini, perjuangan Datuk Seri Nazri seakan-akan sudah tidak selari lagi bukan sahaja dengan Tun Mahathir tetapi juga dengan sebahagian besar pemimpin UMNO.

Datuk Seri Nazri juga seolah-olah lemas kerana tidak dapat menyuarakan dasar perjuangan beliau yang tidak selari di Perhimpunan Agung UMNO kerana beliau merupakan Ahli Majlis Tertinggi yang terpaksa mengambil hati perwakilan-perwakilan UMNO yang dilihat masih kolot dan tidak terbuka dalam isu kaum.

Rasanya eloklah Datuk Seri duduk termenung sekejap dan jika UMNO tidak lagi sesuai dengan pegangan beliau MAKA sesuai sangat lah beliau keluar UMNO dan menyertai PKR atau DAP yang dilihat lebih sesuai dengan pegangan beliau.

PEMILIHAN PUCUK PKR-NURUL & KHALID TARIK DIRI

Setelah saban hari mengikuti perkembangan pemilihan pucuk pimpinan parti PKR yang bermula dengan pergaduhan semasa pemilihan di cabang, konspirasi menghalang pencalonan Nurul Izzah, percaturan Zaid menarik diri, dan bermacam lagi permainan politik, menyedarkan saya betapa PKR bukanlah parti yang ideal seperti yang didambakan oleh rakyat Malaysia yang inginkan perubahan pemerintahan negara di peringkat pusat.

Menyebabkan saya menjadi sangsi akan keupayaan sebenar Pakataran Rakyat yang selama ini telah juga berjaya menawan hati saya untuk memberi harapan kepada mereka untuk memerintah Malaysia dengan harmoni seperti yang dilaung-laungkan oleh pimpinan mereka.

Di awal lahirnya barisan alternatif dan seterusnya menjadi Pakatan Rakyat, memang ramai yang tertarik hati akan kejujuran mereka menentang rasuah, memperjuangkan rakyat semata tanpa ada kepentingan diri dan pelbagai janji diukir sehingga mereka dilihat seperti rakyat biasa. Dilihat hanya mereka yang mampu memperjuangkan rakyat.

Ramai juga pelajar universiti dan anak muda yang dahagakan perjuangan turut terjerumus dalam perangkap kehidupan yang tidak mengenal siapa kita.

TETAPI pemilihan PKR kali ini menyedarkan saya dan mungkin ramai yang lain untuk tidak sangat memberi harapan kepada mereka kerana mereka sama saja. Tak lah ideal sangat, Tak lah hebat sangat, tak lah jujur sangat, tak lah perjuangkan rakyat sangat... malah mereka semakin menampakkan diri yang sebenar.

Tak apa lah kawan-kawan di PKR, teruskan memilih pimpinan parti anda tetapi pilihlah mereka yang terbaik yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Bukan mereka yang gigih mengangkat diri sendiri..untuk kepentingan diri sendiri dan kroni....

Berbalik kepada maklumat terkini pemilihan pucuk pimpinan PKR, menurut sumber parti, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan puteri reformasi PKR yang juga ahli parlimen Nurul Izzah Anwar dijangka menolak pencalonan masing-masing.

Dipercayai anak ketua umum PKR dan presiden parti itu akan bertanding merebut satu daripada empat jawatan naib presiden yang dipertandingkan.

Sementara itu, ahli parlimen Batu, Tian Chua, yang juga merupakan bekas naib presiden PKR telah memilih untuk tidak bertanding jawatan timbalan presiden meskipun telah mendapat lima pencalonan.

Azmin yang juga adalah ketua Selangor, merupakan calon pertama mengemukakan borang penerimaan pencalonan manakala Zaid pula mengesahkan bahawa beliau akan bertanding menerusi blognya.

Persaingan merebut jawatan nombor dua PKR dijangka adalah pertandingan tiga penjuru membabitkan naib presiden parti itu, Azmin Ali, ketua Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dan ketua Perak Mustaffa Kamil Ayub.

Pilihlah mereka yang jujur..




Friday, October 15, 2010

Nama ROSMAH diheret dalam Pembentangan BAJET 2011


Program Permata yang dipopularkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri turut mendapat manfaat dari Bajet 2011.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan I mengumumkan sebanyak RM111 juta diperuntukkan bagi agenda Permata memperkasa pendidikan awal negara.

Peruntukan itu meliputi projek pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.

Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti Permata Pintar, Seni, Insan dan Remaja.

Semasa pembentangan, Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dengan kuat menjerit “Rosmah! Rosmah!”, sambil disambut Najib dengan senyuman sinis.

Pembangkang, khususnya PAS berang kerana walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi namum program Permata yang diuruskannya didakwa seakan mendapat bajet 'istemewa'.

"Pengurangan cukai untuk bag, penyembur rambut, minyak wangi...hadiah Krismas awal Najib untuk Rosmah? Tulis MP Serdang Teo Nie Ching dalam Twitter mengenai cadangan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan dimansuhkan.

“Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut...” kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen.

"Ini macam Bajet RM (Rosmah Mansor)," jawab MP Bukit Bendera Liew Chin Tong.

Rosmah sepatutnya malu untuk menggunakan gelaran ‘First Lady’


Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mempersoalkan sama ada penggunaan gelaran ‘Wanita Pertama’ oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang berakhir 13 Oktober yang lalu adalah akibat daripada kealpaan Bahagian Protokol Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menasihati beliau ataupun disebabkan kedegilan beliau sendiri.

“Rosmah sepatutnya malu untuk menggunakan gelaran ‘First Lady’, kerana umum mengetahui gelaran itu untuk Permaisuri Agong. Namun, walaupun isu ini telah dijelaskan oleh pelbagai pihak namun ianya berterusan berlaku, dan boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan pimpinan asing,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau memberikan komen tersebut sebagai mengulas laporan portal Suara Keadilan yang memetik pakar perlembagaan negara, Prof Dr Abdul Aziz Bari yang mempersoalkan tugas Bahagian Protokol adalah di bawah JPM yang sepatutnya, pada pandangan beliau menasihatkan Rosmah mengenai penggunaan gelaran 'First Lady'.

“Sepatutnya bahagian ini menjalankan tanggungjawabnya dan memberi garis panduan kepada isteri Perdana Menteri mengenai isu ini.

"Perlembagaan amat jelas siapa sepatutnya menggunakan gelaran Wanita Pertama iaitu dalam perkara ini Raja Permaisuri Agong," tegas Dr Abdul Aziz yang juga pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Dr Aziz Bari turut berkata Perkara 32(2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan jelas menyatakan hak gelaran Wanita Pertama Malaysia adalah kepunyaan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Perkara 32(2) berbunyi, "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

“Sehubungan itu pihak istana negara disaran mengeluarkan kenyataan rasmi agar kesilapan ini tidak berterusan dan gelaran ‘First Lady’ tidak digunakan sewenang-wenangnya,” kata Tuan Ibrahim, sambil menambah bahawa tindakan Rosmah dilihat sebagai tidak memahami protokol rasmi dan juga konsep institusi Raja Berperlembagaan.

“Kalau ini berlaku dalam Pakatan Rakyat, kita yakin media perdana akan terus melabelkan kita dengan label pengkhianat,” ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Thursday, October 14, 2010

Demokrasi Ala PKR- seribu tanda tanya

Saksikan kemelut yang berlaku dalam demokrasi ala PKR apabila kuasa dan jawatan menjadi keutamaan yang utama. Mereka akan berebut dan berbalah asalkan dapat apa yang dicita-citakan.

Mereka sudah lupa 'reformasi', mereka sudah lupa 'perjuangan rakyat', mereka sudah lupa segala-galanya. Apa yang diperjuangkan hanya tuntutan nafsu diri semata-mata.

Inikah perjuangan yang ideal yang didamba-dambakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Mereka inikah yang akan memerintah negara dengan penuh adil dan saksama?

Tuan/Puan fikir lah sendiri...



Nurul Izzah akhinya layak tanding timbalan

Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar akhirnya layak bertanding jawatan timbalan presiden PKR setelah biro politik memutuskan menerima pencalonan dari Sempoerna yang lewat dihantar.

Setiausaha Agung Saifuddin Nasution berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat terbarunya malam tadi.

Semporna nafi calon Nurul Izzah tanding timbalan?

Ketua cabang PKR Semporna, Md Abdul Wahab Abdullah menafikan bahawa cabang itu mencalonkan Nurul Izzah untuk jawatan timbalan presiden. Sebaliknya, kata beliau, Semporna mencalonkan naib presiden Azmin Ali untuk bertanding jawatan timbalan.

Ditanya mengenai laporan yang menyebut bahawa cabangnya telah mencalonkan Nurul Izzah bagi jawatan timbalan, Md Abdul Wahab berkata beliau tidak tahu siapa yang bertanggungjawab membuat kenyataan tersebut.

Katanya, pengundian dibuat secara angkat tangan bagi mempercepatkan proses pemilihan tersebut.

"Pengundian itu dibuat di pejabat parti. Lebih 50 ahli hadir mengundi," tambahnya.


Konspirasi untuk halang pencalonan Nurul Izzah?

Enam cabang PKR mendakwa wujudnya konspirasi bagi menafikan Nurul Izzah Anwar bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan PKR yang akan datang.

Dalam kenyataan bersama, empat cabang di Selangor mendakwa mereka “terkejut” bahawa pencalonan 35 cabang ditolak oleh ibu pejabat parti kerana gagal menepati tarikh akhir 10 Oktober itu.

Lanjutkan tarikh akhir

Aahli majlis tertinggi PKR, S Manikavasagam mencadangkan jawatankuasa pemilihan melanjutkan tarikh akhir kepada 16 Oktober ini bagi membolehkan Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan presiden.

"Ini bagi membolehkan cabang-cabang memperbetulkan apa-apa salah faham yang mungkin berlaku,” katanya pada satu kenyataan akhbar.

Semalam, Pentadbir Pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin berkata , selepas tarikh akhir penghantaran pencalonan dari bahagian ditutup pada 10 Oktober (Ahad) lalu, Nurul Izzah hanya mendapat satu pencalonan dari Keningau, Sabah.

Sehubungan itu, katanya, ahli parlimen Lembah Pantai itu Anwar tidak layak bertanding jawatan timbalan presiden PKR kerana gagal mendapat cukup pencalonan.

Tuesday, October 12, 2010

Kebenaran Yang Sebenar - CINA=MCA=DAP=GERAKAN=PAP + Melayu Liberal Bang'gan


SEMUA CINA ADALAH SAMA (kecuali 3-4 kerat je)

Untuk makluman semua Cina, permainan politik kaum Cina sebenarnya telah lama dibaca oleh orang Melayu. Janganlah menganggap orang Melayu sangat bodoh untuk diperkuda-kudakan dengan bermain wayang melalui penubuhan parti politik yang dilihat lebih kompromi seperti MCA dan GERAKAN yang menyertai BN. Manakala DAP pula dilihat lebih ganas dan tidak mengenal hati dan perasaan apabila membuat sesuatu tuntutan.

MCA ke, GERAKAN ke, DAP ke semuanya mempunyai satu agenda sahaja iaitu memperjuangkan kaum Cina di Malaysia dan kalau boleh ingin meletakkan kaum Cina di Malaysia seperti di Singapura. Cina Singapura adalah merupakan sumber inspirasi semua Cina Malaysia - semua orang tahu.

Strategi mereka menggunakan MCA dan GERAKAN untuk membuat tuntutan dari dalam dan DAP menyalak dari luar amat berjaya. Pelbagai tuntutan telah mereka nikmati seperti memansuhkan kuota bagi kemasukan ke universiti, menambah kuota bagi pemberian biasiswa JPA kepada pelajar Cina, menggagalkan sekolah wawasan dan mengekalkan sekolah Cina, terbaru Kerajaan telah memberi biasiswa tanpa syarat kepada pelajar lulusan UEC dan pelbagai lagi kejayaan yang diraih dari tahun ke tahun.

Bukti jelas permainan politik kaum Cina adalah berkenaan isu pengiktiran sijil Unified Examination Certificate (UEC) yang dikeluarkan oleh Sekolah Persendirian Cina yang sebelum ini diperjuangkan oleh DAP di Parlimen. Namun sejak akhir-akhir ini MCA pula telah bersama-sama memperjuangkan agar sijil UEC diterima bagi kemasukan ke IPTA.

Sijil UEC sebenarnya menggunakan kurikulum pengajian Taiwan dan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar yang tidak selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Badan yang mengesahkan kelulusan sijil tersebut juga dijalankan oleh mereka sendiri dan tidak melalui Lembaga Peperiksaan.

Tuan/Puan lihatlah permainan mereka dalam membuat tuntutan. Terang-terang sekolah-sekolah persendirian Cina ini mengeluarkan sijil yang ikut selera mereka tetapi mereka masih sanggup meminta kerajaan mengikut kehendak mereka. Sepatutnya sekolah-sekolah Cina ini lah yang mesti mengikut dasar-dasar Kerajaan.

Pada 29 Mac 2000, Kerajaan telah bersetuju menerima pakai UEC atau Senior Middle Three bagi kemasukan ke IPTS.

Saya bagi jaminan disini, lambat laun Kerajaan akan mengiktiraf juga UEC untuk kemasukan ke IPTA. Tuan/Puan tengok la nanti, cakap banyak tak guna...


Kebenaran Yang Sebenar - Hak Milik Ekuiti Cina








Tuan/Puan tafsir sendiri betapa jarak/jurang pemilikan equiti dan harta (bangunan) yang di miliki oleh kaum Cina yang jauh meninggalkan rakan-rakan mereka di bumi bertuah ini walaupun mereka hanya mewakili 25% populasi penduduk. Bandingkan juga peratusan pemilikan Bumiputera yang mewakili 66% populasi penduduk negara ini.

INGATLAH SELURUH WARGA KU, KETIDAKADILAN EKONOMI DISEBABKAN OLEH SOCIAL DISADVANTAGE YANG WARISI, JIKA TIDAK DITANGANI DENGAN BAIK BOLEH MENYEBABKAN PERTUMPAHAN DARAH YANG TIADA PENGHUJUNGNYA.

Ini perlu kita akui, walau cuba disanggah oleh Melayu liberal (kononnya mereka lebih liberal) yang tidak faham sejarah dan tidak mengambil iktibar daripada pertumpahan darah yang berlaku di seluruh dunia. Dengan pelbagai strategi Kerajaan yang membantu kaum Bumiputera sejak merdeka pun masih tidak mampu membawa mereka agar memiliki 30% ekuiti, cuba tuan/puan bayangkan jika semua langkah-langkah yang diambil Kerajaan ditarik balik seperti yang disarankan oleh MCA??

Melayu Liberal tidak mampu melihat ke hadapan kerana dibutakan oleh kemewahan yang mereka miliki hari ini, dilahirkan di bandar besar, dibesarkan di bandar besar, makanan yang mewah-mewah. Kami yang dibesarkan di kampung amat memahami dan dapat merasai peritnya hidup di bangsal beratapkan rumbia, berdindingkan buluh dikala rakan kita dari kaum Tionghua memiliki segala-segalanya, banglo mewah, kereta besar dan makan besar, sedangkan tanah tumpah darahku ini asalnya Tanah Melayu.

"Melayu tidak mahu berusaha" - inilah yang selalu diherdik oleh Melayu liberal. Sedarlah sahabatku, tengok lah kebelakang, bacalah sejarah bagaimana kaum Cina yang diberi peluang oleh Inggeris yang ketika itu mempunyai kuasa penentu mencatur negeri jajahan mereka. Kuasa ekonomi kaum Cina mengatasi semua kaum lain dan mereka telah bertukar menjadi gergasi ekonomi.

Oleh itu strategi kerajaan dalam membawa kaum Bumiputera untuk memiliki lebih ekuiti tidak seharusnya dilihat dari pandangan yang salah, malah itulah langkah memastikan keamanan dan kedamaian bumi Malaysia yang faedahnya akan dinikmati oleh kaum Cina juga kerana harta dan kekayaan orang Cina tidak akan bermakna jika Malaysia huru hara.


POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com