iklan nuffnang

pages

Tuesday, December 28, 2010

PR Kaki Gaduh (GENGSTER)

Tak sudah-sudah.Kini kerajaan Pakatan Rakyat Selangor nak berlaga dengan pegawai kerajaan pula.

Malah ada wakil rakyatnya sudah berani tuduh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Sidek Hassan cuba sabotaj kerajaan negeri itu.
Isu terbaru ini berbangkit tidak lama selepas beliau mengumumkan lantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru berkuatkuasa 1 Januari depan pagi Isnin.

Umum tahu adalah menjadi bidang kuasa KSN membuat lantikan pegawai tinggi kerajaan.

Khusrin memang antara pegawai tinggi kerajaan yang senior di Selangor dan dikenali sebagai seorang yang tegas dan ‘ no nonsense’ .

Sebelum ini lantikan Setiausaha Kerajaan Negeri di Selangor tidak pernah jadi masalah.

Soalnya kenapa kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim jadi tak sedap badan pada Khusrin.

Apakah kerana beliau dilihat ‘berlaga pendapat’ dengan kerajaan negeri dalam beberapa isu berhubung penguatkuasaan agama di Selangor.
Di pihak pembangkang ada yang dakwa beliau ‘tak sehaluan’ dengan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu.
Mohd Sidek dalam kenyataan lantikannya memberitahu pelantikan Khusrin telah mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah.
ADUN Kampung Tunku Pertikai Kuasa Sultan
ADUN (DAP) Kampung Tunku, Lau Weng San telah dengan berani mempertikaikan kuasa Sultan dengan menyatakan bahawa tidak disebut dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 bahawa perlantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan baginda.
Tetapi sebaliknya beliau meminta agar pelantikan tersebut perlu mendapat persetujuan kerajaan negeri Selangor memandangkan setiausaha kerajaan negeri merupakan pegawai utama yang akan berkerja bersama-sama dengan kerajaan negeri Selangor.
Jadi disini jelas bahawa beliau telah meletakkan Sultan lebih rendah daripada kerajaan negeri Selangor.
Jika soal peraturan dalam pelantikan tidak diambil kira kerana KSN berhak melantik sesiapa sahaja namun, perkenan Sultan adalah perlu kerana tuanku adalah pemerintah tertinggi di negeri Selangor.
Adakah Pakatan Rakyat jenis yang suka cari gaduh dan akan terus bergaduh dengan semua orang atau menggunakan kata-kata Nik Aziz, mereka ini adalah 'Gengster'.
Posting Terdahulu berkaitan isu Datuk Khusrin :

SUK Selangor - PKR GIGIL lalu sanggup DERHAKA(klik)

PKR Tak Suka, Pengarah JAIS ditukar??(klik)

 

No comments:

Post a Comment

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com