iklan nuffnang

pages

Wednesday, December 22, 2010

PARLIMEN di TANGGUH Hari Ini


Sesi Persidangan Parlimen akan melabuhkan tirai dengan berakhirnya persidangan Dewan Negara Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen Kedua Belas (2010) yang dijadualkan tamat petang ini. Parlimen akan bersidang semula pada Mac tahun 2011. Terdapat pelbagai warna warni sepanjang persidangan 2010 yang menjadi tontonan rakyat yang bakal menentukan siapakah yang layak mewakili mereka di Parlimen. PRU 13 akan menjadi penentu kepada mana-mana Ahli Parlimen yang terlupa watak sepanjang persidangan.

Celah Gelegar telah membuat beberapa posting tentang persidangan Parlimen sepanjang tahun 2010. Antaranya ialah:

(klik)16 Dis: Perbahasan usul penggantungan Anwar selama 6 bulan di Dewan Rakyat. Parlimen akhirnya menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selama enam bulan. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu digantung ekoran dakwaan beliau mengenai isu berkaitan APCO Worldwide dan gagasan 1 Malaysia.

(klik) Selepas itu Dewan diteruskan dengan membahaskan usul hukuman menggantung enam bulan ke atas Azmin Ali, Karpal Singh dan Sivarasa Rasiah. Dewan turut meluluskan penggantungan enam bulan terhadap Azmin, Karpal dan Sivarasa berhubung kesalahan mereka menghina Dewan Rakyat dengan mendedahkan prosiding Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang mendengar Kes Anwar - APCO dimana Karpal dan Sivara adalah ahli jawatankuasa tersebut.

(klik) 9 Dis, Penyanyi kontroversial Wee Meng Chee yang lebih dikenali sebagai Namewee mengadakan pertemuan singkat dengan Menteri di Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz di Parlimen berhubung kesukarannya mendapatkan geran kerajaan bagi menerbitkan filem. Tindakan ini telah mendapat bantahan oleh orang ramai terutama penulis-penulis blog dan facebook.

(klik) 8 Dis, Perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan 2011 pada peringkat jawatankuasa terganggu apabila Azmin Ali (PKR-Gombak) bangkit dan membentangkan usul tergempar mengikut Peraturan Dewan 18(1) untuk mempersoal hasrat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

(klik) 23 Nov: Rata-rata Ahli Parlimen dan petugas media terkejut apabila bumbung bangunan parlimen bocor lagi. Kebocoran pada 23 Nov itu berlaku di bahagian bumbung kafetaria Ahli Parlimen yang terletak bersebelahan dewan rakyat. Kebocoran itu disedari oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk James Dawos Mamit, selepas parlimen bersidang semula pada jam 2.30 petang selepas berehat untuk makan tenaghari.

(klik) 23 Nov, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Hau Kok Chung memaklumkan Dewan Rakyat bahawa KPT sememangnya menyokong dan menggalakkan program-program pembangunan sahsiah pelajar di IPT termasuk melalui pembentukan Parlimen Mahasiswa.

(klik) 22 Nov, Usul tergempar yang dikemukakan ahli parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub agar Parlimen membincangkan isu tarikh Aidiladha yang berbeza dua hari dengan tarikh dan masa wukuf di Arab Saudi ditolak dalam kamar. Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang dibuat bawah perkara 18(1) itu atas alasan ia sudah dibincangkan sebelum ini

(klik) 8 Nov, Ahli parlimen Puchong, Gobind Singh diarahkan keluar dewan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana terus mengasak menuntut jawapan daripada Menteri Dalam Negeri, berhubung serbuan polis ke atas bekas Sultan Kelantan. Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum itu mendakwa persoalan berkenaan tidak perlu dijawab kerana tiada dalam senarai perbahasan bajet yang dibentangkan.

(klik) 28 Okt, YB Kulim Bandar Baharu semasa perbahasan Bajet 2011 Peringkat Dasar di Dewan Rakyat telah membangkitkan tentang peristiwa 13 Mei yang dikatakan berpunca daripada provokasi kaum Cina. Dewan Rakyat ketika itu senyap kerana memberi fokus kepada ucapan beliau dan tiada ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang bangun mencelah.

No comments:

Post a Comment

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com