iklan nuffnang

pages

Wednesday, November 10, 2010

YB. Kuala Selangor Pula DIARAH KELUAR DEWAN


YB. Kuala Selangor telah diarah keluar dewan kerana enggan duduk seperti yang diarahkan oleh Yang Dipertua Dewan, namun beliau dibenarkan masuk bagi sesi petang.

Kekecohan berlaku di Dewan Rakyat semasa YB. Kulim Bandar Baru membangkitkan isu berkaitan guru yang merotan pelajar yang membawa bekal makanan yang mengandungi babi.

YB. Kuala Selangor telah bertegang urat dengan YB. Kulim Bandar Baru yang menuduh PAS tidak mempertahankan orang Islam.

Dewan seterusnya menjadi lebih kecoh apabila lebih ramai Ahli Dewan yang terlibat saling masing-masing mempertahankan YB. Kulim Bandar Baru dan YB. Kuala Selangor dan masing-masing meminta agar Yang Dipertua mengambil tindakan terhadap mereka.

Ahli Dewan saling membaca Peraturan Mesyuarat yang menambahkan lagi kekecohan.

No comments:

Post a Comment

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com